10 Kesalahan Majikan Buat Bila Cari Pekerja. Baca Supaya Tak Tersilap Langkah Nanti.

oleh Team Richworks pada 01 October 2017

“The secret of my success is that we have gone to exceptional lengths to hire the best people in the world.”  ~ Steve Jobs

Teringat kepada kata-kata Tuan Jerry Rizal dalam Entrepreneur Foundation Program (EFP) ~ “Korang ambik staf ikut suka hati, anak buah, anak jiran, anak kawan, janji dia orang, janji dia manusia dan bernafas korang ambik je jadi staf kan?”

Memang tergelak bila dengar beliau cakap macam tu, tapi sebenarnya makan dalam sebab itulah yang selalu dan ramai usahawan seperti anda buat dalam urusan seharian.

Memang tak ada siapa boleh nafikan, dalam buat bisnes seharian, kadang-kadanag anda rasa macam tak cukup tanah nak berlari, tak cukup kaki dan tangan nak uruskan bisnes, tak cukup otak nak fikir strategi dan segala benda TAPI itu bukan alasan untuk anda ambil dan lantik sesiapa sahaja untuk jadi pekerja anda.  In fact, itu tak akan menyelesaikan masalah, dan ada kemungkinan ianya akan menimbulkan masalah kepada anda.

Satu perkara yang ramai usahawan terlepas pandang dan ambil mudah ialah proses pemilihan dan temuduga staf (selection and interviewing process).  Kalau di syarikat-syraikat besar, mereka ada  satu unit khas di bawah Jabatan Sumber Manusia yang menguruskan ‘selection and interviewing process’ ini, bahkan ada eksekutif khas yang kerjanya jaga carta organisasi dan Deskripsi Tugas (Job’s Description) sahaja.  Ini menunjukan betapa mereka ambil berat sangat untuk ‘hire’ kakitangan yang betul.

Ada ramai majikan buat silap dalam proses mencari calon dan melantik mereka menjadi pekerja.  Kami nak kongsikan 10 kesalahan utama, supaya anda tak buat dan tersalah lantik staff lagi.

1/ Tak Tahu Siapa Yang Dicari Dan Untuk Apa

Bila nak cari staff baru, anda perlu jelas, siapa yang anda nak cari, untuk buat tugas apa, dan kepada siapa mereka nak ‘report’.  Bukan boleh ambil sahaja staff tanpa tahu dengan jelas apa tugas mereka.  Sebelum buat pemilihan juga, anda dah kena tahu apa- ciri-ciri orang yang anda nak ambil. Orang yang bagaimana anda rasa sesuai dengan tugas yang anda nak mereka buat. Anda kena pastikan ilmu serta pengalaman yang diperlukan untuk buat sesuatu tugas dan attitude yang mereka perlu ada untuk lakukan tugas.

Sebab itu pentingnya untuk ada ‘Job’s Description’ atau Deskripsi Tugas.  Dalam Deskripsi tugas ini juga akan menyatakan dengan jelas apa kriteria, ilmu dan pengalaman yang perlu ada untuk buat tugas tersebut.

2/ Tak Tahu Situasi Pasaran Pekerjaan Sekarang

Majikan juga perlu buat sedikit kajian tentang jawatan yang mereka nak iklankan.  Anda perlu tahu, apa kelulusan yang diperlukan, berapa tangga gaji yang sesuai dan apa faedah lain yang perlu ada.  Ini supaya anda tak dilihat sebagai majikan yang ‘underpaid’ atau ‘overpaid’.  Jika ‘underpaid’ anda mungkin akan susah nak cari calon, kerana mereka fikir mereka boleh dapat kerja yang sama dengan gaji dan faedah yang lebih baik di tempat lain atau jika ‘overpaid’ anda mungkin membazirkan duit syarikat kerana bayaran dan faedah yang mereka dapat tak setimpal dengan tugasan

3/ Terlalu Ramai Penemuduga Dalam Satu Masa

Terlalu ramai penemuduga tak membantu anda untuk memilih calon yang terbaik.  Lebih-lebih lagi kalau penemuduga adalah orang yang tak arif dalam tugas yang hendak diisi.  Akan berlaku situasi di mana akan ada banyak sangat soalan dan akan ada banyak sangat pendapat.

Kadang-kadang ada majikan yang suka bawa masuk ramai penemuduga dengan tujuan untuk mengukur kekuatan mental calon, adakah mereka tahan cabaran, adakah mereka gentar dan banyak lagi sebab, boleh sekiranya anda dah tentukan siapa yang akan bertanya soalan, siapa yan gakan jadi pemerhati.

4/ Proses Yang Terlampau Lama

Tidak bagus sekiranya anda mengambil masa terlalu lama untuk proseskan aplikasi pekerjaan, untuk set tarikh temuduga, proses temuduga dan proses memaklumkan keputusan.  Jangkamasa terbaik untuk ‘hiring process’ ialah 30-40 hari sahaja tetapi di negara kita, statistik menunjukkan jangkamasa yang diambil ialah antara 90-120 hari!

Proses yang terlampau lama menyebabkan calon yang bagus akan hilang minat atau dah dicuri oleh syarikat lain.

5/ Teknik Interview Yang Tak Bagus

Setiap majikan perlu pastikan Pengurus yang mengendalikan sesebuah unit dan jabatan perlu ada kemahiran menemuduga calon atau ‘interviewing skill’.  Cara yang paling baik ialah anda perlu pastikan ada set soalan yang sama, rekod semua jawapan dan bandingkan jawapan dari semua calon.  Itu cara yang paling mudah.  Pastikan anda ada struktur soalan yang sama kepada semua calon yang hadir temuduga untuk jawatan yang sama.

6/ Pilih Berdasarkan Perasaan

Kesalahan besar yang majikan buat ialah bila mereka temuduga calon dan buat keputusan 100% berdasarkan perasaan, tanggapan dan andaian mereka.  Ramai penemuduga tak baca resume atau tak tahu baca resume.  Ada juga yang buat keputusan hanya berdasarkan ‘first impression’ dan selalunya ini tak berapa tepat.

Dalam sesi temuduga, jangan biarkan emosi dan andaian mempengaruhi keputusan anda.

7/ Tak Ada Cukup Calon Untuk Ditemuduga

Atas alasan terdesak, kita selalu adakan temuduga dengan mana-mana calon yang ada sahaja.  Kalau ada 2, cukuplah.  Kalau ada 1, yang itulah yang ditemuduga dan terus dilantik menjadi pekerja!

Atas alasan sibuk, kita tak nak temuduga ramai calon.  Sebaiknya, untuk satu-satu jawatan, kita boleh interview 9-10 calon. Ini akan membantu kita pilih yang terbaik dan bukan asyik nak guna alasan “tak ada calon, tu je yang terbaik.”

8/ Tak Berkomunikasi Dengan Calon, Selepas Temuduga Berlangsung

Ramai majikan terlalu sibuk sehingga tak sempat nak maklumkan pemohon tentang status permohonan mereka.  Bila kita lakukan seperti ini, kita sebenarnya beri imej tak bagus untuk syarikat.  Kita pun tak pasti siapa pemohon, apa kemampuan mereka untuk sebarkan kebaikan atau keburukan kita. Kisah yang selalu diperkatakan dalam industri Sumber Manusia ialah bila seseorang ditemuduga oleh satu majikan A dan tidak mendapat response dari majikan tersebut atau sebarang maklum balas.  Setelah beberapa tahun, setelah calon tersebut berjaya menjawat jawatan besar dan majikan A mahu ‘pitch’ beliau untuk satu jawatan, tapi sebaik sahaja mendengar nama majikan A dan teringat bagaimana beliau dilayan beberapa tahun dulu, beliau terus menolak tawaran yang hendak diberikan.

9/ Tidak Bercerita Dengan Bangga Tentang Tugas Dan Syarikat

Kesilapan besar yang majikan lakukan ialah melakukan temuduga sambil lewa.  Cara bercakap, cara menjalankan temuduga, cara menjelaskan ‘nature of business’ syarikat tidak dilakukan dengan penuh bersemangat.

Macam terpaksa!  Akibatnya, anda gagal untuk memberikan imej yang membanggakan dan rasa teringin serta teruja  untuk menjadi pekerja syarikat anda.  Yang lebih tak bagus ialah mereka juga akan menyebarkan cerita-cerita tak baik ini kepada orang lain.

Dan juga gagal untuk ‘impress’ calon yang terbaik untuk menjadi pekerja anda.

10/ Tak Ada Calon ‘back up’

Jangan fikir anda dah dapat seorang calon terbaik dan ianya dah cukup. Ada banyak kes di mana selepas menyertai syarikat anda, calon tersebut akan berhenti kerja kerana mendapat tawaran lain yang lebih baik.  Bagus untuk anda ada sekurang-kurangnya 3 calon terbaik, sebagai back up jika calon pertama tidak dapat meneruskan tugas atau ‘reject’ tawaran yang anda berikan.

Lagi mengenai artikel: Blog, Tip Perniagaan
 

Ruangan Komen

  • Percuma! Dapatkan 50 Idea Pemasaran Luarbiasa Disini

  • Maklumat Anda Selamat Bersama Kami.

  • Post Terkini
  • Sertai Alumni Dr. Azizan Osman (Facebook)
  • Kategori
Hak Cipta Terpelihara 2017 © Richworks International Sdn. Bhd.
Open Chat
1
Close chat
Hello! Thanks for visiting us. Please press Start button to chat with our support :)

Start