The 100 Most Influential Young Entrepreneur Award – Tambahan Satu Lagi Memori Manis 2017 Buat Jurulatih Kejayaan No.1 Asia, Dr Azizan Osman

oleh Team Richworks pada 30 November 2017

Berani, Kreatif dan Inovatif. Melalui personaliti yang menginspirasikan ramai orang dan semangat yang tidak pernah padam dalam membina kehidupan yang terbaik melalui platform keusahawanan, 100 Most Influential Young Entrepreneurs 2017 telah mengiktiraf 100 individu paling berpengaruh di Malaysia dari industri perniagaan pada majlis makan malam gala di The Majestic Hotel, Kuala Lumpur 24 November lalu. Dihoskan oleh Armani Media Sdn Bhd, di sinilah berkumpulnya 100 individu paling berpengaruh dalam bidang keusahawanan di seluruh Malaysia.

Antara penerima kehormat bagi anugerah ini merupakan Mentor dan Jurulatih Kejayaan No.1 Asia, Dr Azizan Osman. Penganugerahan ini sudah tentunya atas dasar penilaian yang rapi, melihat pada kredibiliti, usaha keras, ketabahan dan kreativiti dalam memacu industri yang diceburi.

Antara kriteria utama dalam pemilihan 100 Usahawan Muda Paling Berpengaruh di Malaysia ini ialah individu berusia kurang dari 45 tahun yang telah berjaya dalam industri mereka melalui pelaksanaan model bisnes yang inovatif dan disruptif, diikuti dengan kejayaan berterusan dalam memberikan impak positif kepada masyarakat dari segi sosial, ekonomi mahupun industri.

Ternyata hasil usaha Dr Azizan Osman selama 9 tahun dalam memartabatkan kehidupan anak bangsanya melalui penglibatan dalam melahirkan usahawan yang kaya dan berjaya telah memberi impak yang cukup besar sekali. Nilai demi nilai yang diberi, tiada lain kerana misi beliau untuk membantu anak bangsa meningkatkan taraf kehidupan diri, keluarga, masyarakat dan seterusnya negara yang tercinta.

Pegangan kunci kejayaan beliau – sentiasa belajar daripada kejayaan-kejayaan mereka yang telah berjaya, sentiasa berfikiran jauh ke hadapan dan bergerak selari dengan perkembangan teknologi terkini ternyata tidak sia-sia.

Dengan harapan akan terus memberi ilmu dan nilai pada masyarakat, Dr Azizan Osman telah meletakkan misinya untuk melahirkan lebih ramai multi-millionaire Malaysia pada masa akan datang.

Jutaan tahniah dari kami di Richworks untuk Dr Azizan Osman dan juga segunung terima kasih pada lebih 650 000 orang dalam kalangan anda yang sentiasa menyokong dan menerima nilai dan memanfaatkan ilmu perniagaan yang dikongsikan oleh beliau.

100 ikon, 100 idea, 100 inovasi dan 100 inspirasi, 100 Most Influential Young Entrepreneurs 2017, telah memberikan pandangan baru dan tentunya lebih segar dalam industri kejurulatihan perniagaan di Malaysia.

Terima kasih yang tidak terhingga!

Lagi mengenai artikel: Blog, Tip Motivasi dan Inspirasi, Tip Perniagaan
 

Ruangan Komen

  • Percuma! Dapatkan 50 Idea Pemasaran Luarbiasa Disini

  • Maklumat Anda Selamat Bersama Kami.

  • Post Terkini
  • Sertai Alumni Dr. Azizan Osman (Facebook)
  • Kategori
Hak Cipta Terpelihara 2017 © Richworks International Sdn. Bhd.
Open Chat
1
Close chat
Hello! Thanks for visiting us. Please press Start button to chat with our support :)

Start