3 Cabaran Unik Sebagai Usahawan Wanita

oleh Team Richworks pada 05 December 2017

1) Stereotaip personaliti

Ramai orang menganggap wanita lebih beremosi berbanding lelaki. Stereotaip ini tak berhenti di rumah, malah dibawa ke tempat kerja, pandangan awam dan sektor korporat. Wanita terutamanya di sektor korporat sering menjadi “mangsa” skeptikal ini. Usahawan wanita turut tidak terkecuali. Terlalu sensitif, emosional, tidak profesional, dikatakan menjadi punca kenapa ramai wanita berniaga tapi tenggelam timbul. Ini menimbulkan situasi di mana wanita seakan dinafikan tempat sebagai seorang ketua atau leader sesebuah organisasi. Tapi apa yang mereka tak tahu, sifat dan personaliti penuh emosi ini juga yang sebenarnya memberikan lebih kekuatan, keazaman dan passion untuk stay at the top of the game!

Jadi sebagai wanita, gunakan advantage ini ke arah kebaikan diri sendiri. Kumpulkan kekuatan dari dalam, dan tunjuk pada mereka yang skeptikal bahawa wanita yang emosi dan sensitif itu boleh lebih berjaya, dan lebih hebat. Berlian terhasil daripada tekanan bumi yang paling kuat. Dan anda wanita, pun boleh jadi seperti berlian itu.

Lihat saja Dato Seri Vida, Nur Aini Nurraysa, Vivy Yusof, (sekadar menyebut beberapa nama) dan lain-lain lagi individu wanita berjaya dalam bidang perniagaan. Mereka bukan robot, dan tentulah mereka bukan lelaki. Tapi mereka bukti wanita yang dikatakan penuh emosi itu mampu bergelar jutawan berjaya!

2) Kurang role model profesional berjaya

Diakui, dulu tak ramai wanita terutamanya usahawan yang berjaya, yang konsisten yang mampu dicontohi. Tapi, bukan tak ada langsung. Kini situasi itu sudah terlalu banyak beza. Ramai, dalam kalangan rakyat Malaysia sendiri yang berjaya. Apalagi luar negara, yang boleh anda sebagai wanita mahupun lelaki untuk contohi dan ambil nilai-nilai positif mereka. Untuk berjaya tak semestinya perlu connect dengan semua wanita lain yang telah berjaya, tapi sudah pastilah network yang bernilai tinggi memberikan pulangan yang besar juga pada bisnes. Kini, semua itu sudah boleh diakses dengan mudah, tinggal lagi usaha anda sendiri dan juga waktu dan bajet yang sanggup dilaburkan.

Dan sebenarnya, tak mesti wanita perlu mencontohi wanita sahaja. Contohi semua orang yang berjaya tak kira gender, pangkat mahupun umur dan juga bidang. Sebab sifat dan rahsia usahawan berjaya kebanyakannya sama – disiplin, usaha, konsisten dan tidak putus asa.

3) Halangan keluarga

Keluarga boleh jadi pendorong, boleh juga jadi penghalang. Alah, perempuan duduk rumah saja, tak payah sibuk niaga, sibuk sana sini. Jaga saja rumahtangga, masak, lipat kain, cuci baju. Dulu? Ya, boleh kalau anda sebagai wanita nak “tunduk” dan mengiyakan tanpa bantahan atau hujahan. Sekarang, anda sebagai wanita pasti ada rasa nak bantu keluarga, nak ringankan beban, dan beri nilai tambah lebih baik pada kehidupan diri sendiri dan keluarga bukan? Jadi, biar apa orang luar nak kata, mereka tak tanggung anda. Jika keluarga menghalang? Berikan alasan dan hujah yang padat. Jika masih menghalang, buat dulu sendiri. Sembunyi. Bila dapat hasil, tunjuk pada mereka apa yang anda buat bukan sia-sia. Siapa yang tak suka kalau mereka boleh dapat manfaatnya sekali bukan? Slow talk. Show results.

Wanita ni, walau apa jua cabaran yang mendatang, mereka pasti mampu mengharunginya. Wanita sudah tersedia dicipta untuk jadi hebat, dan berada di sisi orang-orang hebat. Serta menyokong dan disokong orang-orang hebat. Lihat sejarah zaman nabi. Saiyidatina Siti Khadijah binti Khuwailid, bidadari Rasulullah SAW, merupakan usahawan yang berjaya dan penyokong terbaik baginda. Jadi, wanita, jangan bimbang atau runsing. Tetapkan hati, dan usaha sampai jadi.

Lagi mengenai artikel: Blog, Tip Motivasi dan Inspirasi, Tip Perniagaan
 

Ruangan Komen

  • Percuma! Dapatkan 50 Idea Pemasaran Luarbiasa Disini

  • Maklumat Anda Selamat Bersama Kami.

  • Post Terkini
  • Sertai Alumni Dr. Azizan Osman (Facebook)
  • Kategori
Hak Cipta Terpelihara 2017 © Richworks International Sdn. Bhd.
Open Chat
1
Close chat
Hello! Thanks for visiting us. Please press Start button to chat with our support :)

Start