3 Prinsip Utama Untuk CTA Bisnes Yang Berkesan

oleh Team Richworks pada 05 December 2017

Anda pasti dah tahu kepentingan sesebuah landing page untuk bisnes anda – pengumpulan database. Dan setiap landing page yang anda sediakan perlu mengandungi call-to-action (CTA) yang berkesan supaya anda tak kehilangan prospek dan pelanggan yang berpotensi untuk bisnes anda. Tapi, 70% daripada kebanyakan laman web bisnes TAK ADA CALL-to-ACTION langsung. Yang lain pula mungkin ada tapi tak digunakan sebaiknya hingga menyebabkan apa yang mereka jangka tidak diperolehi.

Teknik CTA yang terbaik perlu dipelajari supaya anda tak lagi kehilangan prospek yang berpotensi. Biasalah jika pelanggan anda tak berapa nak “rajin” membaca, atau bila dah tahu harga terus senyap tak berkata apa. Tapi sekurang-kurangnya, anda tingkatkan skil CTA anda untuk tarik pelanggan sasaran anda yang seterusnya.

Kebanyakan pelawat laman sesawang memerlukan kurang dari 15 saat untuk “close tab” atau “stay and read” apa yang anda mahu katakan. Jadi anda perlu tarik perhatian mereka dengan sesuatu yang benar-benar menarik supaya anda dapat yakinkan mereka dengan apa yang anda nak sampaikan.

Mari kita lihat 3 prinsip utama dalam memperbaiki dan menghasilkan CTA yang berkesan dan terbaik buat bisnes anda.

1) Visibility – senang dan boleh dilihat

Tak nampak, macam mana nak respon, betul?

  • Ada yang kata anda perlu letak CTA di bahagian pertama laman web (bahagian atas) sebab 80% dari prospek tak akan skrol ke bawah laman web anda.
  • Yang lain pula mengatakan anda perlu letak CTA anda di bahagian tengah, yang dekat dengan informasi atau tawaran anda yang paling menarik – kajian sudah dibuat dan hasilnya memang terbaik. 304% kadar pulangan diterima.
  • Gunakan warna yang berbeza dengan maklumat yang lain dalam landing page anda.
  • Butang CTA anda perlu “pop” supaya lebih nampak dan menarik.
  • Gunakan saiz yang sesuai. Bukan terlalu besar (hingga memberikan tekanan pada prospek) dan bukan terlalu kecil sampai tak kelihatan.

Nak tahu apa yang paling berkesan, buat split test dengan landing page anda. Lihat saiz apa, warna apa, dan kedudukan di mana yang paling memberi kesan pada CTA dan kadar conversion pelanggan anda.

2) Mesej jelas dan menarik

Setiap CTA anda perlu berikan 2 jawapan penting pada persoalan prospek anda. Apa yang anda nak mereka buat, dan kenapa mereka perlu lakukan itu.

Mesej perlu jelas, dan berikan rasa “segera” pada mereka yang membaca.

  • Elakkan arahan seperti “Hantarkan/Submit”, atau “Beli Segera” kerana anda tak berikan mesej yang jelas tentang nilai apa yang anda nak beri pada mereka. Contoh, “Belajar 10 cara tingkat sales” lebih berkesan berbanding “Respon segera hari ini”. Butang CTA anda perlu beritahu mereka dengan jelas apa yang mereka akan dapat dari anda.
  • Buat mereka rasa mereka perlu bertindak segera dengan penggunaan perkataan yang berkaitan dengan masa seperti “Hari ini”, “Sekarang”.

Cara mudah nak tahu adakah CTA anda sesuai dan hit the spot, minta rakan anda untuk respon. Adakah mereka akan tertarik atau akan close tab dengan CTA sebegitu. Split test jika anda ada beberapa opsyen untuk CTA anda.

3) Pilih elemen sokongan dengan betul

Gambar dan lain-lain elemen sokongan CTA anda perlu dipilih dengan berhati-hati kerana ia mempengaruhi kadar keberkesanan landing page anda.

  • Testimoni perlulah betul, dipercayai dan “wow”. Jangan reka testimoni.
  • Gambar perlu berkualiti dan hanya pilih yang berkenaan sahaja.

CTA perlu lebih kontra dan tidak sama warna dengan elemen lain.

Lagi mengenai artikel: Blog, Tip Motivasi dan Inspirasi, Tip Pemasaran Bisnes
 

Ruangan Komen

  • Percuma! Dapatkan 50 Idea Pemasaran Luarbiasa Disini

  • Maklumat Anda Selamat Bersama Kami.

  • Post Terkini
  • Sertai Alumni Dr. Azizan Osman (Facebook)
  • Kategori
Hak Cipta Terpelihara 2017 © Richworks International Sdn. Bhd.
Open Chat
1
Close chat
Hello! Thanks for visiting us. Please press Start button to chat with our support :)

Start