3 Teknik Pemasaran Tanpa Kos Yang Anda Boleh Lakukan Sebaik Sahaja Selepas Baca Artikel Ini.

oleh Team Richworks pada 12 September 2017

Dalam berniaga, marketing adalah benda yang penting.  Nyawa bisnes ialah marketing.  Masalahnya, ramai pelanggan takut nak buat marketing kerana mereka fikir marketing perlu banyak kos.

Ada beberapa teknik marketing terutamanya secara online. yang tak perlukan kos atau menggunakan kos sangat rendah TAPI, malangnya masih ramai peniaga tak tahu macam mana nak lakukannya.

Contohnya, jika anda ada ‘friends’ dengan peserta program kami yang berniaga dan yang banyak buat tindakan mengikut ilmu yang mereka dapat, mereka selalu update posting di Facebook Page mereka sehingga lebih dari 5 kali sehari. Dan dah semestinya itu free dan tak memerlukan kos yang tinggi.  Ini tujuannya untuk ‘create engagement’  dengan orang ramai yang follow Faebook Page mereka.  Apa yang di share sehingga  5 kali, anda boleh share tip, cara menggunakan, kisah inspirasi, testimoni pelanggan anda dan lain-lain.

Yang kedua, ramai #AnakDidikDrAzizan suka gunakan teknik buat FB Live Video di mana mereka akan update aktiviti mereka di Facebook.  Merek selalunya share tentang aktiviti di kedai mereka sekarang, mereka juga buat video dan kongsikan ilmu yang mereka ada, mereka juga kongsikan proosi yang mereka jalankan dan banyak lagi.

Ketiga, anda boleh buat ebook, mungkin anda boleh buat himpunan tip bisnes, tip dan kebaikan produk anda atau macam-macama lagi yang anda boleh tulis menggunakan Microsoft Words dan simpan dalam bentuk PDF file.  Lepas tu, anda boleh kongsikan di Facebook, promosi untuk dapatkan ebook tersebut.  Jika ada yang berminat, anda boleh minta mereka berikan nama, nombor telefon dan alamat email untuk mereka download atau untuk anda emailkan kepada mereka.  Dengan cara ini, anda dah dapatkan database (iaitu nama, nombor telefon dan alamat email mereka).

Senang je kan?

Ramai #AnakDidikDrAzizan yang menggunakan cara ini.  Anda boleh tonton video SITI FATIMAH JANNA ini, pemilik SFJ Beauty yang hanya menggunakan blog untuk marketkan  bisnesnya.

Adakah ilmu ini membantu anda? Jika anda nak lagi ilmu seperti ini, anda boleh komen di sini dan Team kami akan bantu anda.

 

Salam Kejayaan

Team Richworks.

Lagi mengenai artikel: Blog, Tip Pemasaran Bisnes
 

Ruangan Komen

  • Percuma! Dapatkan 50 Idea Pemasaran Luarbiasa Disini

  • Maklumat Anda Selamat Bersama Kami.

  • Post Terkini
  • Sertai Alumni Dr. Azizan Osman (Facebook)
  • Kategori
Hak Cipta Terpelihara 2017 © Richworks International Sdn. Bhd.
Open Chat
1
Close chat
Hello! Thanks for visiting us. Please press Start button to chat with our support :)

Start