4 Cara Bijak Urus Wang Untuk Capai Satu Juta Pertama Anda

oleh Team Richworks pada 05 December 2017

 

Orang dahulu kala kata, kalau nak banyak duit, kena simpan, simpan dan simpan. Tapi, makin berubah zaman, strategi pun makin berbeza. Nak banyak duit, kena belanjakan – di tempat yang sesuai dan berpatutan.

Nak tahu apa 4 cara bijak wang supaya anda tak perlu “simpan semua dan tak belanja apa-apa”? Jom teruskan pembacaan.

1) Kategorikan dan selia perbelanjaan

Senaraikan apa item perbelanjaan anda. Apa yang tetap untuk setiap bulan, dan apa pula yang mungkin anda belanjakan sebagai tambahan setiap bulan. Ada 4 kategori perbelanjaan.

  • Destructive

Hati-hati. Perbelanjaan yang termasuk dalam kategori berbahaya ini ialah yuran overdraf, kad kredit melampau, beli barang atau perkhidmatan yang tidak diperlukan dan tak beri nilai pada kehidupan.

  • Productive

Perbelanjaan yang produktif ialah sesuatu yang akan bawa pulangan kembali pada anda. Contohnya, melabur dalam produk viral, menggajikan pekerja berbakat, melabur dalam ilmu keusahawanan dan bisnes, makanan berkhasiat dan juga regim kesihatan.

  • Protective

Perlindungan termasuklah insuran kesihatan, nyawa atau perubatan untuk diri, dan juga keluarga.

  • Lifestyle

Gaya hidup tentulah yang berkaitan dengan keseronokan seperti percutian, gajet terbaru dan juga pakaian atau perhiasan.

Bila anda dah kategorikan perbelanjaan anda pada 4 cabang ini, anda boleh teruskan dengan langkah “buang mana yang tak perlu, kurangkan mana yang tak sesuai dan tambah mana yang menguntungkan”.

2) Elak belanja ikut emosi

Ini paling biasa tapi paling bahaya. Bila stress, shopping. Sedih, shopping. Gembira, shopping. Semua shopping? Bila masa nak capai satu juta kalau asyik shopping saja?

Memang shopping boleh ubah mood anda sekelip mata tapi ia cumalah satu situasi jangka pendek. Cuba berfikir secara rasional. Redakan emosi anda dengan bercakap bersama rakan atau keluarga. Atau anda boleh bercuti dan cari idea baru selain menyegarkan minda menggunakan bajet gaya hidup anda tadi. Strategi untuk mencapai satu juta pertama bukan semata mengenai kawalan kewangan tapi juga kawalan emosi.

3) Hutang – pilih dan langsaikan

Nak berhutang perlukan kajian dan senarai pilihan. Pilih yang paling menguntungkan (ya, ada hutang yang untung dan rugi-dari segi masa, dan bayaran balik). Jadi buat survey. Cari langkah untuk bagaimana nak buat bayaran balik dengan kadar paling efisyen dan juga senaraikan apa pro dan kontra bagi setiap pinjaman.

Jika anda sudah terikat dengan pinjaman, langsaikan segera dahulu bagi pinjaman yang ada interest tinggi. Jika pinjaman lain boleh dirombak tempoh masa untuk lebih panjang dengan kadar rendah, lakukan.

Paling mudah, berunding dengan penghutang anda dan minta pertolongan agensi kewangan jika anda buntu.

4) Melabur dengan berhemah

Buat pelaburan yang menguntungkan. Contohnya, melabur dalam produk atau syarikat yang sedang top, melabur dengan hartanah yang mendapat banyak permintaan (untuk sewaan, terutamanya), melabur dengan team yang bijak dan boleh bawa keuntungan segera pada syarikat, dan lain-lain pelaburan yang beri pulangan berganda pada aliran tunai anda.

Untuk capai satu juta pertama dalam setahun dengan menabung, anda perlu kira berapa yang anda perlu tabungkan sehari selama 365 hari. Dan ini mungkin bermakna anda perlu ikat perut! Jika anda mahukan sejuta pertama dengan menjual produk dan perkhidmatan, anda perlu kira pula berapa jumlah jualan sehari untuk capai sejuta setahun. Dan masih, perbelanjaan perlu dikawal supaya tunai tidak bocor. Tak kiralah cara apa pun anda nak buat untuk capai sejuta pertama anda dalam setahun (atau mungkin kurang dari itu), anda perlu buat perkiraan anda, dan pastinya, selia perbelanjaan anda supaya anda keep on track, aliran tunai anda positif dan berjaya dengan matlamat satu juta pertama anda. Yang penting, konsisten dan konsisten!

Lagi mengenai artikel: Blog, Tip Pemasaran Bisnes
 

Ruangan Komen

  • Percuma! Dapatkan 50 Idea Pemasaran Luarbiasa Disini

  • Maklumat Anda Selamat Bersama Kami.

  • Post Terkini
  • Sertai Alumni Dr. Azizan Osman (Facebook)
  • Kategori
Hak Cipta Terpelihara 2017 © Richworks International Sdn. Bhd.
Open Chat
1
Close chat
Hello! Thanks for visiting us. Please press Start button to chat with our support :)

Start