4 Kesilapan Besar Yang Dilakukan Oleh Pemilik Restoran. Jangan Ingat Makanan Dah Sedap Dah Cukup Bagus Untuk Buat Sales.

oleh Team Richworks pada 12 September 2017

Ada ramai orang berpendapat bisnes kedai makan atau restoran dan gerai mudah nak berkembang sebab orang ramai memerlukan makanan.  Samada ekonomi turun atau merudum, atau keadaan teruk macam mana pun, orang pasti perlukan makanan.

Betul, makanan adalah sumber kehidupan.  Tapi anda perlu juga ingat bahawa bisnes makanan adalah antara bisnes yang banyak persaingan. Dan bila ada banyak persaingan, orang ramai akan ada banyak pilihan.

Kami ada menemubual Tuan Mohd Zahrizan Jailani dan Puan Nur Laila Alias, pasangan suami isteri yang merupakan pemilik Melewar  Kitchen di Senawang, Negeri Sembilan.  Mereka yang merupakan #AnakDidikDrAzizanOsman telah berkongsi dengan kami 5 kesilapan besar yang sering dilakukan oleh pemilik restoran.

 1/ Tunggu Pelanggan Setia Datang

Melewar Kitchen adalah merupakan perniagaan yang awalnya dimiliki oleh ibu bapa Puan Nur Laila.  Oleh kerana bisnes ini dah lama, mereka fikir ramai pelanggan lama akan terus setia bersama mereka.  Tapi mereka lupa, dengan wujudnya ramai pesaing baru, orang ramai termasuk pelanggan setia mereka ada banyak pilihan.  Akibatnya mereka mula perasan ramai pelanggan lama dah tak datang ke kedai mereka.

 2/ Tak Perlukan Perubahan

Oleh kerana mereka dah wujud bertahun-tahun dan dah dikenali dari zaman mereka buka kantin di kawasan industri di sekitar senawang, mereka fikir mereka hanya perlu kekal dengan imej lama merela dan tak perlu upgrade imej baru.  Tapi, bila mereka buka cawangan di Senawang, yang berhampiran dengan kawasan perumahan, mereka mula sedar orang ramai tak tertarik dengan imej dan nama mereka yang lama.  Jadi mereka mula tukar branding mereka.

 3/ Tak Perlu Ada Facebook

Facebook Page adalah medium percuma yang ramai peniaga tak tahu nak gunakannya untuk tujuan marketing.  Ramai peniaga restoran fikir untuk promosikan restoran mereka, hanya perlu gantung banner, bunting, dan edar flyers.  Tuan Zahrizan berkongsi rahsia dengan kami bahawa pada awal-awal dulu Facebook Page beliau hanya ada 100 orang followers je dan mereka jarang update.  Tapi selepas hadir ke Program Millionaire Marketing Mastery (MMM), beliau mula tahu kepentingan online marketing dan beliau aplikasikan semua teknik online presence yang dipelajari, hasilnya tak sampai 2 minggu FB Melewar Kitchen dah ada 3000 followers.

4/ Tak Perlu Ada Database

Seperti ramai pemilik restoran yang lain. Dulu Melewar Kitchen pun tak pernah simpan database pelanggan.  Masa tu mereka tak faham apa keperluan database?  Kenapa Nak kena simpan?  Apa gunanya?  Dan mereka pun tak tahu apa cara untuk dapatkan database pelanggan.  Tapi selepas cuba ilmu dari Program MMM mereka mendapat idea untuk buat cabutan bertuah hadiah motorsikal dan hamper.  Dengan cara ini, ramai pelanggan mula sertai dan dari sini mereka dapat database.

Alhamdulillah, selepas belajar teknik-teknik marketing dan buat tindakan, Melewar Kitchen yang terkenal dengan makanan resipi Nogori dan Minang ini sentiasa penuh dan mendapat sambutan orang ramai sehingga ada yang sanggup datang dari jauh untuk menikmati masakan mereka.

Anda pernah menikmati makanan di Melewar Kitchen atau anda rasa ilmu ini berguna?  Sila tinggalkan komen anda di ruangan di sediakan.

Lagi mengenai artikel: Blog
 

Ruangan Komen

  • Percuma! Dapatkan 50 Idea Pemasaran Luarbiasa Disini

  • Maklumat Anda Selamat Bersama Kami.

  • Post Terkini
  • Sertai Alumni Dr. Azizan Osman (Facebook)
  • Kategori
Hak Cipta Terpelihara 2017 © Richworks International Sdn. Bhd.
Open Chat
1
Close chat
Hello! Thanks for visiting us. Please press Start button to chat with our support :)

Start