5 Alat Pemasaran Dalam Talian

oleh Team Richworks pada 06 September 2017

Dengan keadaan turun naik ekonomi negara kita yang tidak menentu, molek kiranya kita mula menjinakkan diri dengan perniagaan lebih-lebih lagi perniagaan online.

Perniagaan online tidak memerlukan modal yang banyak. Anda hanya perlukan laptop atau komputer, internet dan smart phone. Anda tidak memerlukan produk anda sendiri sebagai permulaan. Apa kata anda bermula dengan menjadi agen atau dropship barangan kawan-kawan atau barangan orang lain.

Apabila anda mendapat bonus atau hasil keuntungan daripada perniagaan tersebut, mulakanlah perniagaan anda sendiri. Mulakan dengan kecil-kecilan dahulu dengan mempromosikannya kepada keluarga atau rakan-rakan terdekat.

Inilah masanya anda menggunakan peluang yang ada. Gunakan kelebihan media sosial yang anda ada seperti Facebook, Instagram, Twitter, Email, Blog dan Youtube.

Jika tidak ada, buka akaun tersebut. Ingat, anda mesti pandai menggunakan media sosial ini dengan bijak agar rakan-rakan sosial anda tidak jemu dan bosan sehingga boleh unfriend anda.
Sila share ilmu ini dengan rakan-rakan lain.

1. Facebook.

Menurut statistik yang dikeluarkan pada pada tahun 2013, Malaysia berada di tangga ke-18 paling ramai menggunakan Facebok dan ini bermakna, 70 peratus rakyat Malaysia memiliki akaun Facebook. Purata rakyat Malaysia menghabiskan masa 3 jam melayari Facebook sehari.

Untuk memulakan perniagaan online, adalah lebih baik jia anda ada Facebook Page dan tidak menggunakan Facebook peribadi. Dengan Facebook Page, anda boleh buat FB Ads.

Ingat! Anda tidak boleh terlalu mempromosikan produk barangan anda sampai penuh wall rakan-rakan anda. Dalam satu hari, anda mesti mengemaskini status anda sebanyak 6 kali, tidak termasuk promosi produk. 6 kali tersebut ialah perkongsian menarik kata-kata motivasi, hadis, ayat-ayat al-Quran dan sebagainya. Tambahan 2 kali untuk promosi barangan anda. Setiap status tersebut mestilah ada jarak masa antara satu sama lain.

Untuk menambah kenalan, anda boleh add rakan kepada rakan-rakan anda. Selain itu, minta rakan-rakan anda untuk klik like dan kongsi video tutorial atau produk anda di wall mereka. Jangan lupa untuk menggunakan kuasa link untuk menghubungkan Facebook ke blog atau Instagram anda. Ini kerana, pasaran Facebook sangat luas dan perniagaan anda boleh melepasi pasaran Brunei, Singapura dan Indonesia.

2. Instagram & Twitter.

Medium ini anda boleh khususkan untuk pasarkan produk anda. Masukkan gambar-gambar produk anda beserta harga. Sekiranya ada yang berminat, minta mereka Private Massage (PM) detail dan berikan data beribadi seperti nama, email dan no telefon.

Untuk lebih menarik, lakukan promosi harga bagi produk terbaru dan jualan stok penghabisan anda. Anda juga boleh lakukan pertandingan “share and hashtag rakan” untuk memperkenalkan lagi produk jualan. Ini secara tidak langsung, dapat memperluaskan pasaran perniagaan anda.

3. Blog.

Blog juga antara medium terbaik untuk mempromosikan perniagaan anda. Apa yang perlu anda lakukan ialah, hias blog anda agar kelihatan menarik, tetapi jangan letakkan terlalu banyak ikon yang boleh memberatkan dan menyemakkan ruangan blog. Anda perlu search blog-blog popular yang mendapat banyak visitor dan entri-entri yang mendapat share.

Pastikan blog anda ada tagline menarik dan unik yang boleh menarik ramai visitor. Pastikan tagline ini juga digunakan untuk produk anda.

Gunakan entri-entri yang menarik seperti perkongsian tips, info dan video yang berkaitan perniagaan atau tutorial yang anda lakukan sendiri. Masukkan link Facebook, Instagram Youtube dan media sosial lain yang ada.

Sekiranya blog anda mendapat maklum balas yang baik dari pembaca dan gunakan peluang ini untuk menghargai mereka dengan memberi free gift dan mengadakan peraduan. Luaskan pengaruh anda dengan melawat bloger yang popular dan minta mereka melawat blog anda sebagai balasan. Ini secara tidak langsung dapat mempengaruhi visitor di blog anda.

4. YouTube.

Anda boleh memuat naik video tutorial yang anda lakukan di YouTube. Sekiranya anda menjual tudung atau shawl, tunjukkan cara-cara memakai shawl atau tudung yang mudah dan ringkas. Bahagikan kepada beberapa jenis video tutorial seperti cara memakai ke pejabat dan ke majlis-majlis tertentu.

Tetapi jika anda menjual produk kecantikan seperti alat solek, rakam video cara-cara memakai alat solek yang ringkas tetapi menarik. Viralkan video tersebut agar ia menjadi rujukan kepada orang ramai. Pastikan juga, ketika anda merakam video tersebut, anda promosikan bersama produk anda.

5. Email.

Ramai yang tidak tahu bahawa email boleh digunakan alat untuk memasarkan perniagaan. Dalam sistem jual beli itu sendiri, jualan akan lebih banyak terhasil jika kita berinteraksi terus dengan prospek pembeli dan pemasaran email adalah yang paling berkesan.

Dalam dunia perniagaan online, pemasaran email merupakan satu strategi terbaik dan pantas dalam meningkatkan trafik ke website anda. Hampir semua perniagaan online menggunakan pemasaran email sebagai strategi utama mereka. Pemasaran email adalah teknik mempromosikan produk anda melalui email.

#TeamRichworks #ResultMatters

Lagi mengenai artikel: Tip Motivasi dan Inspirasi, Tip Pemasaran Bisnes, Tip Perniagaan
 

Ruangan Komen

  • Percuma! Dapatkan 50 Idea Pemasaran Luarbiasa Disini

  • Maklumat Anda Selamat Bersama Kami.

  • Post Terkini
  • Sertai Alumni Dr. Azizan Osman (Facebook)
  • Kategori
Hak Cipta Terpelihara 2017 © Richworks International Sdn. Bhd.
Open Chat
1
Close chat
Hello! Thanks for visiting us. Please press Start button to chat with our support :)

Start