5 Disiplin Utama Leader Pemasaran Berjaya

oleh Team Richworks pada 04 January 2018


Setiap orang miliki jumlah waktu yang sama setiap hari. 24 jam. Tapi kenapa ada yang lebih berjaya dari kita? Usahawan, anda turut bergerak sebagai leader bagi pemasaran bisnes anda. Anda perlu tingkatkan produktiviti, keuntungan dan juga menyeimbangkan kerjaya dan kehidupan peribadi anda. Jom lihat 5 disiplin utama yang boleh anda gunakan dalam membentuk diri menjadi leader pemasaran berjaya.

  1. Peka isu semasa

Pemasaran melibatkan anda dan dunia pada setiap saat. Anda perlu peka dengan apa jua yang berlaku di luar sana. Sebab itu, news feed anda perlu tersusun, dan memaparkan isu yang berkaitan dengan anda sahaja. Ini membantu kurangkan gangguan fokus setiap kali anda baca informasi di internet. Pilih apa yang anda nak baca dan apa yang anda nak lihat.

  1. Urus emel

Antara tabiat pemasar paling berjaya ialah mereka menyemak emel mereka selang sehari setiap hari. Barangkali anda akan ada rasa gesaan untuk membalas setiap emel yang masuk pada waktu itu jiga, tapi sebenarnya ia tak bagus untuk kesan emosi anda.

Saring emel anda. Itu adalah rahsia produktiviti yang anda peu tahu. Asingkan emel mana yang perlu tindakan segera, dan serah emel lain pada staf yang berkaitan. Maksimakan penggunaan masa anda selain daripada hanya membaca emel.

  1. Serah tugas

Anda tak perlu buat semua untuk berjaya. Serah tugas yang sesuai pada staf yang tepat. Belajar untuk let go dan jangan buat semuanya sendiri. Percayakan staf anda atau perkhidmatan luar yang menyediakan platform tersebut. Ya, memang sukar untuk cari yang benar-benar anda percaya dan yakin tapi jika anda tak belajar untuk melepaskan, anda akan memakan diri sendiri dan paling teruk, anda tak boleh buat perkara lain yang lebih penting dan lebih untung.

Di sinilah kepentingannya membina team sokongan anda. Untuk jadi leader yang hebat, anda perlu tahu dan mahu membuat serahan tugas.

  1. Belajar setiap hari

Pembelajaran adalah sepanjang hayat. Era digital sekarang memerlukan perubahan pantas hampir setiap hari. Anda perlu faham semua benda baru yang muncul dan adaptasikan situasi syarikat anda dengan segera. Jika anda tak mengikuti perkembangan digital ini dengan betul, anda meletakkan syarikat anda pada risiko besar. Umur tak penting. Anda tua atau muda, anda kena sentiasa belajar dan ambil tahu ilmu baru jika mahu syarikat anda kekal maju dan dihadapan.

  1. Jadualkan rehat yang cukup

Pemasaran tak pernah berehat tapi anda sebagai manusia perlu tahu dan cari waktu yang sesuai untuk berehat sebentar menenangkan fikiran. Walaupun hanya sekejap, rehat itu penting untuk kembalikan fokus anda pada kerja yang sepatutnya. Ia buat anda lebih produktif. Sekali sekala, ambil cuti dan pergilah melancong. Bukan saja rehatkan minda dan fizikal tapi idea baru dan lebih segar akan muncul untuk anda nanti.

Paling utama, laburkan masa dan sumber yang betul untuk membina team supaya anda mampu bekerja dan berfikir dengan tenang dan tersusun. Kejayaan tak datang pada anda dengan mudah jika anda tamak, dan gila kuasa ! Semua nak buat sendiri? Anda juga yang penat nanti!

Lagi mengenai artikel: Blog, Tip Pemasaran Bisnes
 

Ruangan Komen

  • Percuma! Dapatkan 50 Idea Pemasaran Luarbiasa Disini

  • Maklumat Anda Selamat Bersama Kami.

  • Post Terkini
  • Sertai Alumni Dr. Azizan Osman (Facebook)
  • Kategori
Hak Cipta Terpelihara 2017 © Richworks International Sdn. Bhd.
Open Chat
1
Close chat
Hello! Thanks for visiting us. Please press Start button to chat with our support :)

Start