5 Idea Bisnes Berbeza Untuk Bulan Ramadhan.

oleh Team Richworks pada 18 May 2017

POSTER 00

Ramadhan Tiba..Ramadhan Tiba!

InsyaAllah, kita bakal menyambut Ramadhan dalam tempoh lebih kurang seminggu lagi.  Mesti ada antara anda yang terfikir nak cari duit lebih untuk kegunaan musim raya nanti.  Mungkin ada antara anda yang dah terfikirkan banyak idea, tapi banyak idea orang lain pun dah mula guna.  Macam mana?

Jangan risau, kami nak bantu anda untuk berikan 5 idea bisnes untuk bulan Ramadhan yang agak berbeza.  Jom baca dan sharekan dengan kawan-kawan.  Mana tahu ada gunanya.

Jika anda nak lebih banyak ilmu percuma, layari www.mentorusahawan.com/webinar.  Atau PM Tepi jika anda nak tahu lebih lanjut.

1. Perkhidmatan Pembimbing Tadarus.

POSTER 01

Dalam bulan puasa, ramai orang yang terbuka hatinya untuk mengaji dan membaca Al-Quran.  Tapi mengaji tanpa bimbingan  dan dengan bacaan tajwid yang salah maka akan kurang manfaatnya.  Dan selalunya, bila ada kumpulan yang khas untuk bertadarus sepanjang Ramadhan, ahli-ahlinya adalah akan lebih berdedikasi dan akan memberikan komitmen yang tinggi.

Jika anda, mahir dalam membaca Al-Quran, apa kata anda cuba tawarkan khidmat pembimbing  tadarus untuk sepanjang Ramadhan ini.  Anda boleh tawarkan servis ini dari rumah ke rumah, atau ke pejabat-pejabat dan anda bolehlah tentukan sedikit harga sebagai bayaran masa dan tambang perjalanan.

2. Perkhidmatan Pembelian Dan Penghantaran Makanan.

POSTER 02

Anda nampak ini remeh tapi sebenarnya ini ialah sesuatu yang boleh buat duit.  Berapa ramai dari manusia yang ada masalah malas dan tak suka nak bersesak-sesak di Bazar Ramadhan untuk membeli juadah berbuka?  Nak memasak, pasti tak sempat atau tak pandai.  Tapi tekak rasa nak makan macam-macam?  Bagusnya kalau ada orang tolong belikan dari mana-mana Bazar ramadhan.  Ayam percik, nasi kerabu, murtabak, cendol…

Jadi, apa kata anda berikan perkhidmatan seperti ini kepada orang ramai.  Mereka boleh order apa yang mereka mahu, dan anda belikan.  Anda mungkin boleh minta mereka bayar separuh dahulu dan selebihnya anda boleh  minta mereka bayar ketika penghantaran.

Apa yang ‘best’ lagi, anda mungkin tak perlu pun pergi membeli belah di bazar Ramadhan, anda mungkin boleh uruskan sahaja dan ada beberapa ‘runner’ lain yang boleh bantu anda.

3. Perkhidmatan Menjaga Anak Di Waktu Solat Terawih.

POSTER 03

Tahu tak, berapa ramai ibu-ibu yang nak sangat bertarawih di masjid tapi terpaksa lupakan hasrat mereka kerana ada anak-anak kecil yang tak boleh nak ditinggalkan?

Adalah amat menyeronokkan bagi ibu-ibu ini, jika di bulan Ramadhan yang mulia, mereka dapat pergi bersolat terawih walaupun mungkin tak mampu setiap hari, sebahagian pun dah mencukupi.

Di sinilah anda boleh menawarkan perkhidmatan anda, untuk memberikan perkhidmatan menjaga anak-anak bagi membantu ibu-ibu untuk menunaikan ibadat solat sunat terawih.  Anda mungkin tak perlu menjaga kanak-kanak tersebut, mungkin anda boleh uruskan orang lain menjaganya dan anda boleh monitor sahaja, jadi anda pun boleh bersolat terawih juga.

4. Perkhidmatan Menyediakan Juadah Sahur.

POSTER 04

Berapa ramai dari anda, bila bangun sahur, rasa macam tak lalu nak makan.  Lebih-lebih lagi jika lauk-pauknya lebihan berbuka tadi.

Ada yang sanggup tak bersahur hanya kerana tak berselera.  Nak keluar mencari kedai makan pagi-pagi macam ni, macam malas lah pulak.

Jadi, inilah peluang anda untuk menyediakan satu perkhidmatan penghantaran juadah sahur kepada mereka yang nak bersahur makanan panas yang menyelerakan tapi malas nak memasak atau nak bersiap untuk ke kedai.  Anda mungkin boleh sediakan mangkuk tingkat dan ambil order dari awal.  Anda juga mungkin boleh berikan menu untuk mereka pilih hari apa yang mereka mahu menggunakan servis anda.

Nak lagi mudah, anda tak perlu masak atau tak perlu hantar, tapi anda uruskan sahaja orang lain yang memasak dan orang lain yang menghantar.  Anda hanya jadi orang tengah dan cari pelanggan.

5. Perkhidmatan Mengambil Tempahan Pakaian Dari Rumah.

POSTER 05

Bila tiba hari raya, ramai orang yang ada masalah nak cari tukang jahit.  Ramai tukang jahit tak mahu terima lagi tempahan.  Tapi jika anda kenal beberapa jiran atau saudara mara yang boleh menjahit tapi tak pandai nak ambik tempahan, anda boleh bantu mereka cari duit tambahan untuk hari raya dan bantu pelanggan yang ‘last minute’ nak buat tempahan.

Anda tak perlu pandai menjahit tapi hanya perlu tahu sedikit marketing, dan khidmat pelanggan kerana andalah nanti yang kena berurusan dengan pelanggan, ambil ukurannya, dan berbincang tentang fesyen yang mereka mahu.  Kan senang?

Nampak?  Kami dah kongsikan 5 idea busines yang lain dari lain, yang anda boleh cuba gunakan di musim Ramadhan ini. InsyaAllah, kalau komited dan konsisten, perniagaan anda akan jadi besar.  Ramai orang mula berniaga pada musim Ramadhan, jadi ini masanya anda nak rebut peluang.

#TeamRichworks #ResultMatters

Lagi mengenai artikel: Pengumuman, Tip Motivasi dan Inspirasi, Tip Pemasaran Bisnes, Tip Perniagaan
 

Ruangan Komen

  • Percuma! Dapatkan 50 Idea Pemasaran Luarbiasa Disini

  • Maklumat Anda Selamat Bersama Kami.

  • Post Terkini
  • Sertai Alumni Dr. Azizan Osman (Facebook)
  • Kategori
Hak Cipta Terpelihara 2017 © Richworks International Sdn. Bhd.
Open Chat
1
Close chat
Hello! Thanks for visiting us. Please press Start button to chat with our support :)

Start