5 Kesilapan Dalam Perniagaan.

oleh Azizan Osman pada 08 August 2017

Ingin memulakan perniagaan? Tunggu! Sila ambil masa anda beberapa minit untuk menilai semula potensi diri sebelum anda memulakan perniagaan. Siapa tidak mahu menjana ribuan ringgit melalui perniagaan sendiri, bukan?

Perkongsian ini adalah untuk membuka perspektif anda mengenai antara kesilapan-kesilapan yang sering dilakukan di dalam perniagaan. Semoga melalui perkongsian ini anda tidak melakukan kesilapan yang boleh menjatuhkan perniagaan anda.

1. Berniaga bertahun-tahun tetapi tidak mampu capai jualan yang tinggi.

Sesuatu yang ganjil apabila perniagaan anda telah bertahun-tahun beroperasi tetapi gagal mencapai hasil jualan yang tinggi. Pasti ada kesilapan di mana-mana.

Anda perlu tahu bagaimana untuk mengenalpasti potensi produk dan pasaran dengan jelas di dalam industri yang anda ceburi. Anda perlu menetapkan matlamat, tujuan, visi dan misi perniagaan yang jelas dan merancang sebaik mungkin disiplin kerja yang perlu diutamakan seperti pengeluaran, pengurusan, pemasaran, penghantaran dan sebagainya.

Takut-takut jika selama ini anda berniaga tanpa halatuju yang jelas dan tak pernah ada target!

2. Berniaga dengan modal yang terlalu banyak dan akhirnya berhutang di awal perniagaan.

Optimumkan pengeluaran modal anda. Optimum bermaksud mengeluarkan modal pada nilai yang diperlukan sahaja.

Pada peringkat awal dalam perniagaan, tidak digalakkan untuk membuat pinjaman peribadi yang banyak kerana dikhuatiri pulangan perniagaan anda yang tidak seberapa gagal membantu melunaskan hutang anda.

Gunakan apa yang anda ada untuk melaksanakan perniagaan anda. Tidak perlulah menggajikan ramai pekerja sekiranya anda mampu melakukan urusan operasi perniagaan kerana perniagaan anda peringkat awalnya hanyalah berskala kecil sahaja.

3. Tidak ada fokus dalam perniagaan, buat macam-macam bisnes.

“Buat apa yang ada! Buat satu persatu! Habiskan segala yang anda telah mulakan!”

Tidak dapat dinafikan, ketika peringkat awal perniagaan kita terlalu teruja untuk melakukan pelbagai cara untuk mendapatkan hasil pendapatan yang lumayan. Tetapi kita juga perlu bijak didalam menguruskan perjalanan perniagaan kita.

Usah terburu-buru kerana sekiranya kita mengalami sedikit kerugian, semangat berniaga akan pudar dan terus tidak mahu serius didalam perniagaan.

4. Tidak ada masa. Sibuk tetapi jualan serta kewangannya tidaklah menguntungkan.

Rancanglah masa anda sebaik-baiknya. Ianya akan menjadi sia-sia apabila anda terlalu sibuk menguruskan perniagaan anda tetapi pulangan yang dihasilkan membuahkan kekecewaan.

Usah habiskan masa kepada perkara-perkara yang kurang produktif sedangkan kerja-kerja yang lebih penting belum siap.

Di dalam pengurusan masa, utamakan disiplin kerja yang membantu anda memperoleh keuntungan. Jangan sekadar merancang sahaja, anda juga haruslah bertindak agar masa yang ditetapkan tidak sia-sia.

5. Tidak pandai pemasaran dan tidak pandai menarik pelanggan.

Ini menyebabkan jualan tidak cukup tinggi. Sedangkan ia adalah antara perkara paling penting dalam bisnes.

Gunakan kemudahan yang ada seiring dengan pertumbuhan teknologi yang semakin hari semakin memudahkan hidup manusia.

Tiada alasan untuk anda tidak menguasai ilmu pemasaran. Terdapat pelbagai kaedah promosi di dalam dunia perniagaan. Anda boleh gunakan teknik pemasaran online dan offline. Ada juga usahawan yang hanya fokus kepada satu kaedah sahaja, contohnya, hanya fokus kepada jualan di Facebook. Tidak salah tetap ianya akan menghadkan jumlah prospek yang tahu tentang perniagaan anda.

Antara cara pemasaran yang terbaik ialah dengan menggunakan online di laman sozila dan menggambungkannya dengan teknik pemasaran offline. Contoh seperti kekerapan muncul di FB melalui teknik ‘online presence’ dan 50 banner yang dipasang di sekelilig kawasan.

#TeamRichworks
#ResultMatters

Lagi mengenai artikel: Tip Motivasi dan Inspirasi, Tip Pemasaran Bisnes, Tip Perniagaan
 

Ruangan Komen

  • Percuma! Dapatkan 50 Idea Pemasaran Luarbiasa Disini

  • Maklumat Anda Selamat Bersama Kami.

  • Post Terkini
  • Sertai Alumni Dr. Azizan Osman (Facebook)
  • Kategori
Hak Cipta Terpelihara 2016 © Richworks International Sdn. Bhd.
Open Chat
1
Close chat
Hello! Thanks for visiting us. Please press Start button to chat with our support :)

Start