5 Kesilapan Manusia Sering Buat Kepada Diri Sendiri.

oleh Team Richworks pada 28 April 2017

5 Kesilapan Manusia Sering Buat Kepada Diri Sendiri - 000

Siapa nak mengaku silap sendiri?  Betul tak?  Baik sorokkannya kat mana-mana, bukannya ada orang nampak.  Tapi, ramai tak sedar, dalam kita nak menyorok kesilapan kita, makin lama, makin banyak kita akan buat kesilapan baru.  Dan kesilapan inilah yang akan memakan diri kita sendiri.  Kesilapan inilah yang buatkan kita tak mampu nak ubah kehidupan menjadi lebih baik.

Di hari Jumaat yang mulia ini, kami nak ajak bersama-sama muhasabah diri sikit dan fikirkan 5 kesilapan yang manusia sering lakukan kepada diri sendiri ini.

1. Sabotaj Diri Sendiri.

5 Kesilapan Manusia Sering Buat Kepada Diri Sendiri - 001B

Selalunya, orang yang bunuh diri sendiri ialah diri sendiri.  Macam mana pulak tu?  Dalam diri kita selalunya ada dua suara hati.  Suara hati yang baik dan suara hati yang jahat.  Selalunya, suara hati yang baik, sering ajak kita untuk berbuat kebaikan, nak berusaha lebih, nak cari ilmu tapi malangnya, suara hati jahat yang selalu membunuh cita-cita kita.

Bila diri dan akal kita tak kuat, suara hati yang jahat ni akan bersuara lebih kuat dari suara hati yang baik.  Dan tubuh badan kita akan buat tindakan ikut suara hati jahat sebab kita gagal nak melawannya.

2. Takut.

5 Kesilapan Manusia Sering Buat Kepada Diri Sendiri - 002B

Ramai orang biarkan ketakutan menguasai fikiran dan hati mereka.  Tak salah untuk rasa takut, itu normal tapi membiarkan ketakutan menguasai fikiran, menguasai hati dan perlakuan kita itu tak normal.

Masalahnya, ramai yang tak tahu, benda yang kita takutkan tu hanya didalam perasaan dan fikiran.  Ianya tak berlaku lagi.  COntohnya, kita takut gagal dalam bisnes sedangkan kita tak mula berbisnes lagi, kita takut sakit bila jatuh basikal, sedangkan kita tak mula kayuh lagi.

Ingat masa kita kecil, kita hidup tanpa ketakutan.  Lihat apa perkara yang kita boleh capai waktu itu.  Mana lingkang yang kita tak lompat, mana pokok tinggi yang kita tak panjat.  Cuma bila dewasa, kita banyak sangat biarkan pengalaman dan faktor sekitar serta cakap-cakap orang kuasai hati dan fikiran kita.  So jadilah kita penakut!

3.  Malas Belajar.

5 Kesilapan Manusia Sering Buat Kepada Diri Sendiri - 003B

Orang yang malas nak tambah dan tingkatkan ilmunya adalah manusia yang sangat rugi.  Mereka macam katak di bawah tempurung.  Duduklah dalam kegelapan dan ruang yang sempit, dan tak tahu apa yang berlaku di luar, dan tak tahu bahawa dia boleh lompat di kawasan yang lebih luas di luar tempurung.

Bila malas belajar, banyak peluang kita akan terlepas.  Peluang nak perbaiki diri, nak tingkatkan pendapatan, nak tambah kejayaan dan macam-macam lagi. Ada juga orang yang rasa bijaklah sangat, sehingga tak rasa perlu untuk menuntut ilmu.  Mereka rasa maklumat semua ada di dalam otak atau di hujung jari sedangkan sebenarnya dia tak tahu apa yang dia tak tahu. Orang yang malas belajar adalah orang yang sangat rugi.  Belajar bukan bermaksud kena masuk universiti, carilah mana-mana sumber ilmu yang dah terbukti, yang ada hasil yang anda rasa dapat bantu anda tingkatkan tahap kehidupan sendiri.

4. Buang Masa.

5 Kesilapan Manusia Sering Buat Kepada Diri Sendiri - 004B

Ramai orang tak suka cakap tentang cita-cita mereka sebab mereka anggap ianya membuang masa.  Memikirkan tentang cita-cita adalah perkara buang masa kerana mereka yakin cita-cita mereka takkan tercapai!  Pelik kan?

Habis tu? Yang asyik buang masa dengan gadget dan hiburan sehingga langsung tak luangkan masa untuk buat tindakan demi nak capai kejayaan ‘tu tak membuang masa, namanya?

Ramai orang suka buang masa dan abaikan cita-cita mereka kerana mereka tak rasa cita-cita mereka penting.  Mereka tak rasa PERLU untuk capai cita-cita dan mereka tak faham apa perubahan yang bakal mereka dapat bila cita-cita mereka tercapai.

5. Ambil Yang Mudah.

5 Kesilapan Manusia Sering Buat Kepada Diri Sendiri - 005B

Kita memang suka ambil yang mudah dan buat sesuatu yang senang.  Yang lebih best, kita suka buat sesuatu yang kita dah tahu macam mana nak buat dan macam mana hasilnya.  Lebih-lebih lagi, hasilnya itu memberi rasa cukup dan selesa kepada kita.

Inilah silapnya!  Bila kita biarkan diri kita berada di tahap selesa, dan bila kita rasakan semua yang kita buat adalah mudah, itu tandanya kita tak meningkat dan tak maju.  Itu tandanya kita berada di tahap yang sama, tahap pendapatan yang sama, tahap kejayaan yang sama, dan tahap kebahagiaan yang sama.

Ditambah pula bila kita ada rasa ‘tak apa, cukuplah apa yang ada’.  Maka, lagi tak berkembang baiklah diri kita.   Jika anda nak berjaya, anda perlu berada di dalam keadaan yang sentiasa mencabar anda untuk buat lebih baik dari sebelumnya. Barulah ada hasil yang lebih baik yang boleh kita banggakan.

#TeamRichworks #ResultMatters

Lagi mengenai artikel: Blog, media, Tip Motivasi dan Inspirasi, Umum
 

Responses

  1. nurfa122 29 April 2017, 6:04 pm (#)

    ia memberi saya banyak pengajaran thanks

Ruangan Komen

  • Percuma! Dapatkan 50 Idea Pemasaran Luarbiasa Disini

  • Maklumat Anda Selamat Bersama Kami.

  • Post Terkini
  • Sertai Alumni Dr. Azizan Osman (Facebook)
  • Kategori
Hak Cipta Terpelihara 2017 © Richworks International Sdn. Bhd.
Open Chat
1
Close chat
Hello! Thanks for visiting us. Please press Start button to chat with our support :)

Start