6 Rahsia Bisnes Jutawan Produk Kecantikan Mesra Wuduk. Oleh – Nur Aini Zolkepeli

oleh Team Richworks pada 12 September 2017

Puan Nur Aini Zolkepeli dan suaminya merupakan ahli Titanium Premier, iaitu sebuah kumpulan yang mendapat bimbingan dan mentoring dari Dr Azizan Osman secara rapat.

Nurraysa Beauty telah saya asaskan pada Julai 2012 setelah saya merasakan hidup tersepit dengan maslah kewangan.  Maklumlah, saya ketika itu adalah seorang surirumah dan terpaksa bergantung kepada suami sahaja.

Pada awalnya, saya hanya berniaga rumpai laut tapi lama kelamaan wujud terlalu banyak persaingan sehingga harganya jatuh teruk.  Bermula dari situ, saya mula berjinak-jinak dengan ilmu buat sabun kolagen, yang saya buat di rumah sahaja.  Dari situlah mulanya jenama Nurraysa Beauty.

Bila berbisnes tanpa ilmu, saya mula stuck pada income RM10k sebulan.  Dan Allah SWT dah bantu saya dengan temukan saya dengan program  Klinik Usahawan Dr Azizan Osman di Kuantan Pahang.  Setelah saya hadir ke program setengah hari itu saja, saya dah nampak perubahan besar dalam bisnes saya.

Syukur sangat-sangat.  Semakin saya menuntut ilmu, semakin ramai orang yang saya boleh bantu terutamanya surirumah seperti saya yang mahu cari pendapatan tambahan atau membantu suami.  Dari situ, timbul idea untuk menggunakan sistem agen dan dropship.  Alhamdulillah, kini saya dah mempunyai hampir 5000 agen yang aktif.

Siapa sangka perniagaan yang saya bina tidak sampai 5 tahun, kini  dah jadi besar sehingga boleh mengendalikan seminar  untuk beribu-ribu agen jualan kami  yang dinamakan Grow Your Business.  Bukan itu sahaja, produk ini yang mesra wuduk juga telah mempunyai kilangnya sendiri, dan  telah berjaya menembusi pasaran antarabangsa iaitu di Singapura, Brunei, Thailand, Indonesia, Arab Saudi dan juga Mesir.

Apa yang saya cuba buat dalam Nurraysa adalah membangunkan BRAND, satu jenama insyaAllah akan dikenali di seluruh dunia Saya juga nak berkongsi dengan pembaca semua 6 rahsia perniagaan yang mungkin berguna untuk anda.

1) Konsep bisnes secara berjemaah –  apa yang menarik tentang Nurraysa Beauty ini ialah ia menekankan konsep berniaga secara berjemaah. Apabila kita melakukan kerja secara berjemaah, secara tidak langsung ia menjadi sesuatu yang mudah dan berkat kerana ia mewujudkan suasana ‘sharing’ berkongsi, saling bantu-membantu antara satu sama lain, malahan ‘teamwork’ yang lebih mantap!

2) Fahami betapa pentingnya pentingnya ilmu dan strategi dalam pemasaran dan jangan lokek untuk kongsikannya bersama – Salah satu usaha Nurraysa Beauty dalam membantu agen-agennya ialah dengan memberikan bimbingan, diskusi, secara percuma secara di dalam kumpulan dan juga melalui seminar yang mereka ada.

3) Guna segala peluang yang ada! – Nurraysa Beauty menggunakan pelbagai cara serta teknologi dari billboard, iklan tv, Talkshow, iklan radio, YouTube, Google, Apps, Facebook dan sebagainya untuk mempromosikan produknya. Semua platform media ini dilihat sebagai satu peluang untuk dieksploitasikan dengan sebaiknya, supaya lebih ramai lagi yang mengenali produk mereka.

4) Jangan biarkan diri terganggu dengan perkara-perkara yang remeh! – Sebagai peniaga, tipulah jika kita tidak dilanda dengan masalah atau apa jua rintangan. Jangan biarkan perkara ini menghantui dan menghalang hidup anda untuk fokus!

 

5) Berdoa dan sentiasa kuatkan diri – Sentiasalah berdoa kepadaNya untuk diberikan kekuatan dalam menghadapi pelbagai dugaan ketika kita berniaga. Kejayaan tidak akan hadir dengan mudah tanpa usaha yang gigih!

6) Fikir POSITIF, yang baik – baik aja… – Pandang lah setiap orang dengan pandangan kasih sayang walau siapa pun mereka. Melihat orang lain dengan hati yang sakit sebenarnya hati kita yang sedang bermasalah bukan kerana dia yang membuat masalah. Kita cuba bantu beri manfaat kepada seramai manusia, InsyaAllah kita pun akan dapat manfaat yang lebih baik.

Semoga tip ringkas ini bantu anda juga untuk berbisnes.

Lagi mengenai artikel: Blog, Tip Motivasi dan Inspirasi
 

Ruangan Komen

  • Percuma! Dapatkan 50 Idea Pemasaran Luarbiasa Disini

  • Maklumat Anda Selamat Bersama Kami.

  • Post Terkini
  • Sertai Alumni Dr. Azizan Osman (Facebook)
  • Kategori
Hak Cipta Terpelihara 2017 © Richworks International Sdn. Bhd.
Open Chat
1
Close chat
Hello! Thanks for visiting us. Please press Start button to chat with our support :)

Start