5 Sebab Kenapa Usahawan Takut Bayar Cukai

oleh Azizan Osman pada 12 July 2017

Bila sebut cukai dan GST, ramai orang rasa seram.  Ada jugak yang marah-marah.

Relaks….

Kadang-kadang, kita akan rasa takut dan marah tak tentu pasal hanya sebab kita tak tahu realiti yang sebenarnya. Tak ada ilmu yang secukupnya.  Untuk anda para usahawan semua, tahukah anda bahawa:

Jika tempoh akaun tahunan anda berakhir pada 31 Dis 2016,

31 Julai 2017 ini adalah tarikh akhir anda bayar cukai korporat dan anda perlu hantar Borang C dan buat pembayaran.  Tapi berapa ramai dari anda, usahawan semua yang tahu dengan jelas tentang cukai pendapatan, cukai korporat dan GST?  Kami nak share dengan anda, kenapa ramai orang takut nak bayar cukai dan GST.

Semoga bila anda sedar perkara ini anda akan cari jalan macam mana nak jadi usahawan yang lebih prihatin.

1/ Tak ada simpanan dokumen pendapatan dan perbelanjaan.

Ramai peniaga fikir mereka boleh suka hati berbelanja menggunakan duit perniagaan mereka.  Dan bila dah rasa boleh buat suka hati, mereka pun tak pernah terfikir nak simpan resit, voucher dan apa saja berkaitan dengan perbelanjaan mereka.

Yang lagi teruk, tak ada langsung rekod duit masuk dan duit keluar.  Jadi, bila dah berniaga tanpa rekod, sudah tentulah takut bila nak bercakap tentang GST dan Cukai.

2/ Tak audit akaun sendiri.

Ada usahawan yang tak pernah audit akaun.  Yang lebih teruk, tak pernah lantik auditor untuk buat audit akaun syarikat.  Bila tak audit, dah tentu anda tak tahu berapa jumlah cukai yang perlu dibayar, adakah anda layak bayar cukai, adakah perniagaan anda untung atau rugi.

Bila dah tak audit, anda seolah-olah berniaga dalam gelap, dan takutkan bayang-bayang sendiri.

3/ Tak urus cashflow dengan betul.

Gagal urus cashflow menyebabkan ramai usahawan beri alasan mereka tak ada duit nak bayar GST dan cukai.  Betul kan?  Sebab bila tak urus cashflow, kemungkinan besar anda dah terguna duit yang sepatutnya anda ‘allocate’ untuk bayar GST dan cukai.

Ini bahaya. Anda perlu buat sesuatu.

4/ Dah Biasa Lari Dari Cukai.

Ramai usahawan dah biasa lari dari cukai. Bila dah lari sekali, mulalah timbul rasa takut sebab tak settlekan cukai dan GST yang lepas.

Sepatutnya kena settlekan cepat, bukan main nyorok-nyorok dan lari-lari lagi.

5/ Tak Tahu Apa-Apa Pasal Cukai.

Ini sebenarnya masalah utama. Bila dah tak ada ilmu pasal GST dan cukai, kita mula buat andaian sendiri. Lebih teruk bila kita dengar pula ‘fakta-fakta’ salah dari individu yang tak bertauliah.

Jadi, carilah ilmu dan belajar dari mereka yang arif dan pakar tentang GST dan cukai.

#TeamRichworks #ResultMatters

Lagi mengenai artikel: Uncategorized
 

Ruangan Komen

  • Percuma! Dapatkan 50 Idea Pemasaran Luarbiasa Disini

  • Maklumat Anda Selamat Bersama Kami.

  • Post Terkini
  • Sertai Alumni Dr. Azizan Osman (Facebook)
  • Kategori
Hak Cipta Terpelihara 2016 © Richworks International Sdn. Bhd.
Open Chat
1
Close chat
Hello! Thanks for visiting us. Please press Start button to chat with our support :)

Start