6 Cara Tingkatkan Kewangan Anda

oleh Azizan Osman pada 06 Januari 2017

6_cara_tingkatkan_kewangan

Mana pergi duit gaji?

Anda bekerja, tapi gaji anda masih lagi tak cukup nak menampung hidup anda? Pasti, setiap kali dapat gaji, anda risau macam mana nak ada lebihan dari gaji tersebut, betul?

Banyak cara yang anda boleh guna untuk tingkatkan kewangan anda. Anda boleh berniaga, melabur, menyimpan wang gaji dan banyak lagi la. Tak payah risau, kami akan kongsikan dengan anda 6 cara nak tingkatkan kewangan anda. Mungkin, anda akan dapat gambaran yang lebih jelas lagi.

Jika anda masih risau yang anda tak mampu nak hadapi cabaran kewangan ni dan teringin nak berniaga, anda boleh cuba hadir ke Program Millionaire Marketing Mastery (MMM). Jangan lepaskan peluang untuk belajar lebih 200 teknik pemasaran. Belajar sampai berjaya. Program Millionaire Marketing Mastery (MMM) akan datang berlangsung di Borneo.

Layari www.marketingmastery.com.my/borneo atau PM kami segera. Anda juga boleh hubungi/whatsapp kami di 016-2103090 / 016-2614439.

#TeamAzizan

1/ Simpan sebelum habis

6_cara_tingkatkan_kewangan2

Ramai orang, bila ada lebihan gaji baru simpan. Apa kata anda tukar dengan simpan dulu, baru guna. Rasanya lebih selamat, betul?

Simpan secara konsisten wang anda, bukan bulan ni simpan, bulan depan tak. Bila dah simpan, jangan la pula anda rompak balik. Anda boleh simpan di bank atau buat tabung buluh kat rumah.

Jika anda menabung di rumah, anda boleh simpannya di bank apabila sudah penuh. Anda juga boleh guna wang simpanan ini untuk join pelaburan yang berdaftar seperti ASB dan SSP.

2/ Anda boleh berniaga

6_cara_tingkatkan_kewangan3

Anda boleh jadikan bisnes sebagai part time anda, itu pun kalau anda masih bekerja. Tak perlu pun nak ada produk sendiri, anda boleh je guna produk yang sedia ada.

Anda boleh jadi agen atau dropshipper. Bukan tu saja, sekarang urusan perniagaan berada di hujung jari anda. Apa yang anda risau, anda pasti ada smartphone, betul?

Orang sekarang dah tak guna telefon model lama seperti 3310 atau seangkatannya. Jadi, gunakan kelebihan ini untuk anda berniaga dan balas PM pelanggan. Sangat mudah kan?

3/ Kurangkan perbelanjaan

6_cara_tingkatkan_kewangan4

Ada juga orang yang nafsu membeli mereka melebihi pendapatan yang mereka dapat. Ada yang berpegang pada prinsip, biar papa asal bergaya. Itu sebab anda tak kaya-kaya, malah berhutang pula.

Kalau anda nak tingkatkan kewangan anda, fikir dulu sebelum membeli. Adakah ia kehendak atau keperluan? Beli apa yang perlu sahaja.

Tapi ada juga yang jadikan kehendak sebagai keperluan mereka. Ini semua boleh di atasi bila anda merancang perbelanjaan anda dan bandingkan perbelanjaan anda setiap bulan.

4/ Dapat wang dari barang terpakai

6_cara_tingkatkan_kewangan5

Bila anda suka membeli, pasti anda ada banyak barang terpakai yang masih boleh digunakan seperti baju-baju yang dah tak muat, kotak-kotak kosong dan sebagainya.

Gunakan barangan tersebut untuk tambahkan pendapatan anda dengan dengan jadikan ia kraftangan. Tak ada bakat? Anda boleh belajar kan.

Buka sahaja YouTube, search apa yang anda nak create dan pasti banyak idea yang anda akan dapat. Daripada anda membazir dengan membuang ke tong sampah, anda juga boleh tukarkan pakaian anda di butik-butik yang terpilih untuk dapatkan kupon.

5/ Ajar diri pakai cash

6_cara_tingkatkan_kewangan6

Salah satu sebab anda tak dapat nak simpan duit adalah, anda suka membayar dengan kad kredit atau kad debit. Bila anda guna kad-kad ini, anda tak akan perasan yang duit anda hilang kejap je.

Siapa setuju say I! Jadi, ajar diri anda pakai cash. Sekiranya anda guna cash, anda boleh limitkan berapa yang anda nak beli. Anda akan jelling dulu duit dalam dompet anda sebelum gunakan duit tersebut.

Anda tahu, antara faktor yang jadikan ramai orang bankrupt sebab mereka juga suka guna kad kredit. Mungkin anda tak tahu, kad kredit adalah hutang. Bila anda gunakan kad melebihi limit, anda akan berhutang dengan bank.

6/ Membayar zakat dan bersedekah

6_cara_tingkatkan_kewangan7

Ini cara terbaik untuk anda tingkatkan tahap kewangan anda. Cuba biasakan diri anda untuk memberi dengan cara membayar zakat dan bersedekah.

Bila anda suka memberi, walaupun tidak banyak, ia telah memberi kebahagian pada anda. Hati anda lebih tenang dan hidup anda lebih berkat. Allah telah berjanji, Dia akan tambahkan harta kita bila kita memberi.

Cuma kita tak tahu, pemberian-Nya dalam bentuk apa. Itu adalah rahsia-Nya yang anda akan dapat tanpa anda sedari. Jadi, ringankan tangan anda untuk memberi mulai hari ini.

Lagi mengenai artikel: Blog, Tip Motivasi dan Inspirasi
 

Ruangan Komen

  • Percuma! Dapatkan 50 Idea Pemasaran Luarbiasa Disini

  • Maklumat Anda Selamat Bersama Kami.

  • Post Terkini
  • Sertai Alumni Dr. Azizan Osman (Facebook)
  • Kategori
Hak Cipta Terpelihara 2016 © Richworks International Sdn. Bhd.
Open Chat
1
Close chat
Hello! Thanks for visiting us. Please press Start button to chat with our support :)

Start