6 Idea Marketing Power

oleh Azizan Osman pada 05 January 2017

6-idea-marketing-power

Bagi anda yang dah ada bisnes, mesti anda nak bisnes anda berkembang maju, mencapai target, dapat memberi manfaat pada orang ramai dan banyak lagi. Tambahan lagi, bila dah masuk tahun baru 2017 ni. Semua plan bisnes anda mestilah baru.

Jangan mudah berpuas hati dengan pencapaian anda yang lepas. Apa kata, anda powerkan lagi pemasaran bisnes anda pada tahun ni. Mulakan di awal tahun, kerana jika anda tersilap langkah, anda masih ada peluang untuk perbaikinya.

Kami kongsikan 6 idea untuk powerkan pemasaran bisnes anda. Amacam? Anda teruja nak praktiknya dalam bisnes anda? Rasanya, anda lagi teruja bila boleh dapatkan ilmu pemasaran secara live, face to face dengan Dr Azizan Osman, betul?

idea-marketing-power-1

1/ Perkhidmatan pelanggan yang luar biasa

Ingat, tidak ada yang lebih hebat daripada kata-kata positif daripada pelanggan. Perkhidmatan pelanggan yang hebat adalah senjata yang paling “power” di dalam menghadapi persaingan di dalam perniagaan.

Jangan anggap bila anda berniaga kecil kecilan, anda tidak perlu senyum dengan pelanggan, menjawab telefon dengan cepat sebelum 3 kali bunyi, dan melayan pelanggan dengan mesra dan tenang.

Jika anda tidak dapat lakukannya ketika perniagaan anda masih kecil, sampai bila pun perniagaan anda tidak akan menjadi besar!

idea-marketing-power-2

2/ Tambah maklumat baru di website

Anda sebenarnya tidak perlu bimbang tentang strategi SEO (Search Engine Optimization) untuk meningkatkan ranking laman web anda di enjin carian seperti Google.

Apa yang anda perlu lakukan adalah sentiasa menambah informasi atau aktiviti terkini setiap minggu atau sekerap yang mungkin. Anda akan terperanjat melihat ranking laman web anda meningkat dalam masa yang singkat.

idea-marketing-power-3

3/ Berikan jaminan wang dikembalikan

Sekiranya anda yakin dan percaya dengan produk atau perkhidmatan anda, berikan jaminan anda. Tawarkan pemulangan wang jika mereka tidak berpuas hati dengan apa yang anda berikan kepada mereka.

Anda akan menarik lebih ramai orang untuk mencuba produk atau perkhidmatan anda dan biasanya mereka tidak akan meminta wang untuk dipulangkan sekiranya ianya bagus untuk mereka.

idea-marketing-power-4

4/ Pergi bercuti

Sekiranya anda bekerja 18 jam sehari, 7 hari seminggu tiap-tiap minggu bertahun-tahun lamanya, anda pasti akan ketandusan tenaga dan idea baru untuk membaiki perniagaan dan mencari strategi pemasaran baru.

Apabila anda bercuti, anda mempunyai masa untuk melihat perniagaan anda dari perspektif yang berbeza dan biasanya anda akan mendapat lebih banyak idea untuk membaikinya, betul?

idea-marketing-power-5

5/ Buat sesuatu di luar jangkaan

Apa perasaan anda bila, tiba-tiba anda dikejutkan dengan SMS yang meminta anda untuk datang ke kedai untuk mengambil hadiah istimewa atau memberikan anda diskaun untuk hari itu sahaja, tanpa sebarang sebab? Pasti anda terkejut kan?

Itulah yang anda boleh lakukan kepada pelanggan anda. Anda boleh ‘Google’ untuk dapatkan sistem sms atau PM kami untuk kami bantu.

idea-marketing-power-6

6/ Tips percuma di media sosial

Bersedia untuk memberikan tips percuma kepada peniaga lain untuk membantu mereka memantapkan ilmu pemasaran bisnes. Cara ini dapat menaikkan reputasi anda dan secara langsung boleh mempromosikan perniagaan anda.

Anda juga boleh kongsikan tips-tips marketing dari page Dr Azizan Osman di media sosial anda. Banyak tips menarik dan berguna yang anda boleh praktikkan dalam bisnes anda.

Lagi mengenai artikel: Blog, Tip Motivasi dan Inspirasi, Tip Pemasaran Bisnes
 

Ruangan Komen

  • Percuma! Dapatkan 50 Idea Pemasaran Luarbiasa Disini

  • Maklumat Anda Selamat Bersama Kami.

  • Post Terkini
  • Sertai Alumni Dr. Azizan Osman (Facebook)
  • Kategori
Hak Cipta Terpelihara 2016 © Richworks International Sdn. Bhd.
Open Chat
1
Close chat
Hello! Thanks for visiting us. Please press Start button to chat with our support :)

Start