7 Tips Membina Sistem Agen Yang Berkualiti

oleh Azizan Osman pada 23 December 2016

sistemagenberkualiti_blog-7600

Nampaknya, semua peniaga pun nak ada agen sendiri!

Betul, salah satu cara untuk meluaskan aktiviti pemasaran anda ialah dengan memiliki agen yang ramai. Ramai peserta program Richworks terutamanya yang telah menyertai Titanium, mempunyai bilangan stokis dan agen yang besar.

Pernah tak terfikir, bagaimana peniaga yang ada lebih dari beribu-ribu agen contohnya seperti Puan Nur Aini Zolkepeli, pengasas produk Nurraysa, Tuan Amir Syakireen Ramli, Pengasas Hipster Pomade dan ramai lagi para peserta program Richworks mampu menguruskan agen yang ramai?

Kami senaraikan 7 tips membina sistem agen yang berkualiti dengan anda. Semoga anda pun dapat bina rangkaian agen yang ramai sedikit masa lagi.

sistemagenberkualiti_blog-6600

1/ Do’s and Don’ts

Kesilapan ramai peniaga yang nak bina rangkaian agen ialah tiada undang-undang yang jelas dan juga pemantauan. Peniaga sepatutnya dari awal lagi telah menerangkan garis panduan yang jelas tentang beberapa perkara penting seperti:

[1] Peraturan harga – Contoh, tidak boleh jual lebih rendah dari harga yang ditetapkan oleh pemilik

[2] Peraturan tentang promosi produk – Promosi hanya boleh dilakukan oleh pemilik atau stokis terbesar

[3] Peraturan yang jelas tentang kawasan liputan – contoh, tidak boleh adakan promosi di kawasan stokis atau agen yang lain

[4] Penggunaan alat promosi – Penggunaan alat promosi hendaklah dengan keizinan ibu pejabat supaya dapat menggunakan tema dan penjenamaan yang sama.

[5] Tiada perjanjian yang khas – Sepatutnya ada dokumen perjanjian yang khas di antara peniaga dan agen. Dokumen ini sepatutnya mempunyai garis panduan yang jelas tentang bagaimana mahu menjadi agen kepada perniagaan anda.

sistemagenberkualiti_blog-8600

2/ Jumlah sasaran jualan

Ada peniaga yang tak kisah dan tak peduli untuk meletakkan sasaran jualan kepada agen. Tanpa sasaran jualan, agen tak akan kisah nak buat jualan! Atau mereka tak akan berusaha untuk buat jualan.

Ada banyak kes, peniaga yang ada ‘agen lonmpat-lompat’ kerana agen tak serius nak jadi agen akibat pemilik produk pun tak serius nak bantu agen bina pendapatan.

sistemagenberkualiti_blog-3600

3/ Imbuhan

Manusia perlukan sesuatu untuk menjadi inspirasi mereka untuk membuat tindakan. Selalunya, peniaga yang berjaya memiliki dan mentadbir agen mereka sebaiknya, mempunyai strategi memberi imbuhan kepada agen, mengikut pencapaian mereka.

Ada yang beri hadiah berbentuk barang kemas, Iphone 7, tiket umrah dan berbagai lagi. Bila anda imbuhan, agen akan nampak dengan jelas target yang mereka nak capai.

sistemagenberkualiti_blog-5600

4/ Bimbingan

Agen tak boleh dibiarkan berniaga tanpa bimbingan. Sebagai pemilik produk, anda perlu tahu, anda akan dapat buat jualan yang tinggi bila agen anda juga buat jualan yang tinggi. Jadi, jika anda biarkan mereka berniaga tanpa ilmu, anda sendiri yang akan ditimpa masalah.

Anda mungkin juga perlu buat lawatan ke setiap negeri yang anda mempunyai agen untuk memberi latihan dan bimbingan tentang produk dan cara nak berbisnes. Atau, ada juga peniaga yang membuat bimbingan melalui group WhatsApp, Live Video di FB Group, Webinar dan lain-lain lagi.

Jika anda tak tahu bagaimana nak latih mereka, cara paling mudah ialah dengan menghantar mereka ke program-program seperti yang diadakan di Richworks. Dalam program asas seperti Intensif Magnet Kekayaan & Kejayaan (IMKK) ramai pemilik-pemilik perniagaan menghantar stokis dan agen mereka hadir.

sistemagenberkualiti_blog-4600

5/ Sistem

Untuk mempunyai bilangan agen yang ramai, penting untuk anda ada sistem pengurusan agen yang betul.

Ada beberapa peserta program kami yang mempunyai agen yang ramai tetapi tidak pernah berurusan secara langsung dengan agen, sebaliknya pemilik atau ibu pejabat hanya berurusan dengan stokis utama dan stokis biasa. Dan, stokislah yang akan berurusan dengan agen.

Sistem yang betul juga penting untuk anda memantau agen yang tidak aktif, agen yang perlu di bantu atau agen yang memberikan masalah.

sistemagenberkualiti_blog-1600

6/ Matlamat yang jelas

Satu lagi kesilapan utama peniaga ialah tidak berkongsi matlamat perniagaan, misi dan visi syarikat dengan sejelasnya kepada agen. Ini menyebabkan agen tak tahu hala tuju perniagaan anda dan juga tak pasti bagaimana perniagaan anda boleh bantu mereka.

Ada juga peniaga yang sangat berahsia dan sangat skeptikal dengan agen menyebabkan agen pun rasa takut nak berurusan dengan peniaga.

sistemagenberkualiti_blog-2600

7/ Mentor 

Anda perlu menjadikan diri anda sebagai mentor kepada agen anda. Untuk menjadi mentor, anda perlu ada ilmu, anda perlu ada pengalaman dalam memasarkan produk anda sendiri, anda perlu tahu dengan jelas semua aspek tentang produk anda.

Anda perlu pandai menginspirasikan mereka dan mampu untuk membantu mereka memperbaiki kehidupan dengan menjadi agen produk anda.

Anda sendiri harus mempunyai kredebiliti yang tinggi untuk menjadi mentor yang bagus selain dari kepercayaan yang teguh terhadap bisnes anda sendiri dan aktif membantu agen anda dengan melakukan aktiviti promosi dan lain-lain.

 

 

Lagi mengenai artikel: Blog, Uncategorized
 

Responses

  1. Zakaria Nasirudin 10 April 2017, 12:12 am (#)

    Sangat bermanfaat
    memang saya mempunyai cita-cita untuk mengembangluaskan Kaedah Haraki: Belajar al-Quran 7 jam dengan memiliki agen yang lebih ramai.

  2. Safwan Ndlife 23 April 2017, 12:35 am (#)

    Sangat bermanfaat !!
    Terima kasih DAO. Artikel yang ringkas tapi padat. Sangat membantu meningkatkan sistem ejen-ejen saya. Jelas & bermatlamat. Tq sifu.

  3. Muhammad Fadhil 20 June 2017, 11:57 pm (#)

    Alhamdulillah syukur..sgt brmnfaat ilmu DAO utk diaplikasikan kepada saye & org lain.

Ruangan Komen

  • Percuma! Dapatkan 50 Idea Pemasaran Luarbiasa Disini

  • Maklumat Anda Selamat Bersama Kami.

  • Post Terkini
  • Sertai Alumni Dr. Azizan Osman (Facebook)
  • Kategori
Hak Cipta Terpelihara 2016 © Richworks International Sdn. Bhd.
Open Chat
1
Close chat
Hello! Thanks for visiting us. Please press Start button to chat with our support :)

Start