7 Kisah Inspirasi Jenama Makanan Dunia

oleh Team Richworks pada 20 March 2017

7 Kisah Inspirasi Jenama Makanan Dunia (9)

Industri makanan merupakan antara industri yang paling cepat berkembang. Ianya juga dikatakan paling kompleks dan menjadi asas kepada banyak lagi industri lain yang wujud hasil drinya.

Dulu, manusia hanya tanam dan ternak sendiri apa yang mereka nak makan. Tetapi bila citarasa berubah, berlaku evolusi dan kehendak bertambah, wujudkah industri makanan?

Kini, industri makanan bukan setakat menjadi keperluan utama tetapi juga boleh menunjukkan status hidup seseorang. Di Malaysia, industri makanan juga berkembang pesat. Ramai juga peniaga yang menjadi jutawan hanya dengan menjlankan bisnes makanan.

Kami nak share dengan anda, 7 kisah inspirasi jenama makanan terkenal dunia. Semoga anda dapat ambil yang baik darinya, dan hasilkan jenama makanan anda sendiri.

7 Kisah Inspirasi Jenama Makanan Dunia (2)

1) STARBUCKS

Tahu tak, Starbuck telah diasaskan di Seattle, Washington pada tahun 1971 oleh 3 orang sahabat yang berjumpa di Universiti of San Francisco iaitu Jerry Baldwin yang merupakan Guru English, Zev Siegl yang merupakan guru Sejarah dan penulis Gordon Bowker. Nama Starbucks diambil dari novel terkenal “Moby Dick.”

Starbucks telah memperkenalkan ‘expresso’ ke pasaran Amerika yang sebelum ini hanya terkenal di Itali dan dikalangan orang Itali yang menetap di Amerika.

Kini, Starbucks adalah salah satu ‘kedai kopi’ terkemuka dunia dengan rangkaian berjumlah 24,000 kedai di 70 buah negara.

7 Kisah Inspirasi Jenama Makanan Dunia (3)

2) PREGO

Setiap wanita pasti tahu jenama Prego. Jenama Prego telah memudahkan rakyat Malaysia dan seluruh dunia untuk menikmati masakan Itali di dapur sendiri. Prego adalah perkataan Itali sebenarnya bermaksud “Don’t Mention It, Your Welcome.!”

Kisah kewujudan Prego ini adalah sangat menarik. Pada awalnya Campbell’s Soup mahu mengeluarkan hanya Sup Tomato kerana nak balas dendam kepada jenama lain yang pernah saman mereka.

Tetapi setelah melakukan banyak kajian, Campbell’s Soup telah menghasilkan barisan pelbagai perasa dibawah jenama Prego dan ianya makin digemari oleh ramai penduduk dunia.

7 Kisah Inspirasi Jenama Makanan Dunia (4)

3) BURGER KING

Burger King wujud hasil setelah pengasasnya terinspirasi dengan kisah McDonalds. Ianya diasaskan pada tahun 1953 di Florida Amerika oleh Keith J. Kramer dan Matthew Burns.

Walau bagaimanapun, perniagaan ini jatuh pada tahun 1954 dan kemudiannua dibeli oleh James McLamore dan David R. Edgerton yang merupakan bekas franchisee mereka.

Pelbagai halangan telah mereka hadapi sehinggalah pada tahun 1978 melantik bekas eksekutif McDonalds, Donald N. Smith. Dengan kepakaran dan pengalaman beliau di McDonalds, beliau telah membuat banyak perubahan kepada Burger King.

Walaupun perubahan ini bagus, tetapi ianya tak bertahan lama dan membawa banyak masalah kepada Burger King. Setelah melalui beberapa zaman, akhirnya pemilik baru Burger King telah berusaha untuk menghasilkan produk terbaik Burger King iaitu Whopper yang telah berjaya memenangi hati ramai pelanggannya.

7 Kisah Inspirasi Jenama Makanan Dunia (5)

4) NESTLE

Nestle baru sahaja menyambut hari ulangtahunnya yang ke 150 pada tahun 2016!

Nestle mula diwujudkan pada tahun 1866 oleh Henri Nestle. Antara produk awal mereka ialah susu pekat yang menggunakan logo MilkMaid atau lebih dikenali sebagai Susu Cap Junjung di negara kita.

Pada tahun 1867, Henri Nestle yang merupakan seorang pharmacist juga mula mengeluarkan susu tepung pertama untuk bayi. Pada masa ini, beliau telah mula menggunakan logo sarang burung (nest). Dari hanya 1 produk, kini Nestle telah berkembang dan mempunyai lebih dari 2,000 produk di 191 buah negara dan memiliki 418 buah kilang di 86 negara.

7 Kisah Inspirasi Jenama Makanan Dunia (6)

5) T.G.I. FRIDAY

Restoran Thank God It’s Friday atau lebih dikenali sebagai TGIF, telah ditubuhkan pada tahun 1965 di New York. Restoran yang terkenal dengan logo warna putih merahnya ini ditubuhkan oleh Alan Stillman kerana beliau tinggal di sebuah kawasan yang ramai penduduknya terdiri dari wanita bekerjaya seperti pramugari, setiausaha dan model. Tujuannya adalah untuk mencari pasangan hidup!

TGIF telah dibuka setelah Tillman meminjam modal sebanyak USD5,000 dari ibunya dan USD5,000 duit poketnya sendiri. Walaupun beliau tidak mempunyai ilmu dalam bisnes, beliau melakukannya juga kerana mahu mewujudkan satu restoran yang bukan sekadar jadi tempat lepak untuk orang lelaki.

Apa yang menjadi tradisi di TGIF ialah, para pekerja restoran akan menyanyikan lagu “Happy Birthday” kepada pelanggannya yang menyambut hari jadi dengan cara mereka sendiri dengan tujuan mahu memberikan satu kenangan untuk pelanggan.

7 Kisah Inspirasi Jenama Makanan Dunia (7)

6) KRAFT CHEESE

Kraft Cheese telah dikeluarkan oleh Kraft Food Industries yang mulanya berasal dari perniagaan kecil yang dijalankan oleh salah seorang pengasasnya J.L Kraft yang memulakan perniagaan kejunya pada tahun 1903.

J.L Kraft memulakan perniagaan dengan modal USD65, dengan bantuan kereta kuda dan seekor kuda. Pada awalnya beliau membeli keju-keju yang dijual di Chicago dan kemudian menjualnya kembali di pasaran tempatan.

Pada tahun 1915, mereka mula memiliki kilang keju sendiri yang terletak di Illinois Amerika. J.L Kraft dan abangnya kemudian mengeluarkan berbagai jenis keju yang telah diproses dan dengan menggunakan strategi pemasaran dan periklanan yang terbaik. Mereka juga adalah usahawan pertama yang menggunakan teknik sponsorship di iklan radio dan TV.

7 Kisah Inspirasi Jenama Makanan Dunia (8)

7) JACOB’S

Pada awalnya, Jacob hanyalah merupakan kedai biskut kecil yang diusahakan oleh dua beradik William Beale Jacob dan Robert Jacob pada tahun 1851. Jacob’s kemudiannya melalui beberapa fasa dalam perniagaan mereka termasuklah kilangnya pernah ditawan dalam peperangan.

Walauapapun yang berlaku, jenama Jacob’s terus berkembang dan kini mengeluarkan lebih banyak produk. Jenama yang berasal dari Ireland ini kini tetap terkenal walaupun telah muncul banyak jenama baru kerana mereka percaya bahawa biskut yang mereka hasilkan adalah yang paling betul caranya dan dihasilkan dengan cara yang paling baik.

Lagi mengenai artikel: Blog, Tip Motivasi dan Inspirasi, Tip Perniagaan
 

Ruangan Komen

  • Percuma! Dapatkan 50 Idea Pemasaran Luarbiasa Disini

  • Maklumat Anda Selamat Bersama Kami.

  • Post Terkini
  • Sertai Alumni Dr. Azizan Osman (Facebook)
  • Kategori
Hak Cipta Terpelihara 2017 © Richworks International Sdn. Bhd.
Open Chat
1
Close chat
Hello! Thanks for visiting us. Please press Start button to chat with our support :)

Start