7 Masalah Utama Manusia Dan Cadangan Penyelesaiannya.

oleh Team Richworks pada 25 April 2017

7 Masalah Utama Manusia Dan Cadangan Penyelesaiannya - 000

Berat betul kepala fikirkan masalah…

Lepas habis satu masalah, datang pula masalah lain. Dah ada bisnes tapi masih ada masalah kewangan.  Dah bisnes bertahun-tahun tapi masih tak mampu nak berikan kasih sayang kepada keluarga, semuanya jadi huru hara. Itu untuk yang ada bisnes, yang makan gaji pula, bukan tak ada perasaan atau hajat nak berniaga, tapi bila buat asyik gagal.  Semua asyik tak jadi. Musibah datang bertimpa-timpa.

Pening kepala fikirkan masalah hidup sehinggakan kadang-kala hati ini terasa..Aku Tak Layak Untuk Berjaya!

COPPP!  Jangan teruskan kesedihan anda.  Kami nak beritahu, bukan anda seorang kat dunia yang ada masalah-masalah ini.  Syukur Alhamdulillah, anda sedar bahawa anda hidup bermasalah, ada  ramai orang lain langsung tak tahu hidup mereka bermasalah.

Kami nak kongsikan dengan anda 7 Masalah Utama Manusia dan cadangan jalan penyelesaian supaya anda tak lagi rasa pening kepala, sedih, tak keruan… Baca sampai habis ye..

1. Masalah Kewangan.

7 Masalah Utama Manusia Dan Cadangan Penyelesaiannya

Ramai orang kaitkan masalah kewangan dengan masalah ekonomi dunia.  Harga minyak yang sekejap turun, sekejap naik, harga barang yang mencanak, kos kehidupan yang meningkat buatkan semuanya jadi faktor kepada masalah kewangan manusia.  Terutamanya bagi yang pendapatannya statik dan bergantung kepada satu sumber sahaja.

Macam mana nak selesaikannya, bagi yang belum berniaga, ini adalah masanya untuk anda fikirkan semula, tentang kewangan anda.  Anda mungkin perlu untuk mula tambah pendapatan dari sumber yang lain, contohnya melalui perniagaan.

Bagi yang dah berniaga, anda mungkin perlu fikir cara untuk menambahkan jualan setiap bulan.  Mungkin anda boleh tambahkan medium jualan anda dengan tambahkan stokis dan agen, tambah cawangan, buat lebih banyak promosi dan lain-lain lagi.  Faham ye?

2. Tiada Kasih Sayang.

7 Masalah Utama Manusia Dan Cadangan Penyelesaiannya - 002B

Masalah kedua yang selalu dihadapi oleh manusia ialah perasan kasih sayang yang dah mula luntur.  Sedar tak? Ramai orang luangkan banyak masa  untuk cari duit, tapi duit tetap tak ada.  Yang paling teruk, ikatan kasih sayang dengan keluarga pun mula pudar.

Bagi yang bekerja, mungkin ramai yang terpaksa menghabiskan banyak masa dalam kesesakan lalu lintas di tempat kerja.  Terpaksa kerja lebih masa dan korbankan banyak tenaga demi nak siapkan kerja.  Balik dari tempat kerja pun dah lewat, anda dah keletihan untuk spend sisa masa yang ada dengan keluarga.  Anda mungkin perlu fikirkan cara terbaik untuk anda ada lebih banyak masa dengan orang tersayang. Mungkin anda perlu pindah lebih hampir dengan tempat kerja, atau cari kerja lain yang dapat berikan anda lebih masa.

Untuk yang berniaga, ada yang berniaga tanpa ilmu yang betul sehinggakan anda terpaksa bersusah payah berniaga, andalah yang perlu buat semua kerja.  Akhirnya, anda habiskan banyak masa dan korbankan masa untuk keluarga dan hasil yang anda dapat tak seberapa. Anda boleh lantik pembantu dan latih mereka untuk buat kerja sebaik anda. Wujudkan sistem dalam perniagaan anda supaya pembantu anda boleh menguruskannya.

3. Selalu Gagal.

7 Masalah Utama Manusia Dan Cadangan Penyelesaiannya - 003B

Pernah tak alami keadaan ‘ni?  Banyak kali anda cuba nak capai impian anda, tapi ianya gagal di tengah jalan? Kita lihat orang lain buat macam mudah ‘je, kita yang berhempas pulas langsung tak nampak hasilnya.  Ada tak antara anda yang macam ni?

Kita lihat orang lain mudah sangat untuk berjaya, dapat bina kehidupan yang lebih baik, dapat capai semua cita-cita tapi kita sebenarnya tak nampak usaha dia dan ilmu yang dia ada.  Cer fikir, kenapa anda gagal, kenapa anda buat dan tak nampak hasil?

Sebab, anda berusaha tanpa ilmu.  Buat-buat tapi tak tahu hala tuju.  Ataupun, anda buat kerja separuh jalan.  Rasa macam susah je sikit, anda putus asa.  Jika anda ada ilmu bagaimana nak buat apa tindakan yang anda perlu buat untuk capai apa yang anda impikan, InsyaAllah anda akan capai apa yang anda nak capai.

4. Tak Kaya-Kaya.

7 Masalah Utama Manusia Dan Cadangan Penyelesaiannya - 004B

Bila sebut kaya, jangan fikir ianya setakat kaya duit sahaja.  Kaya dengan kesihatan yang baik, kaya dengan perhubungan yang baik, kaya dengan kejayaan dan kaya dengan keberkatan.  Masalahnya, ramai orang dah lah tak kaya duit dan dia juga tak sihat, tak bahagia, tak berjaya serta tak berkat.  Pernah tak jumpa orang yang macam ‘ni?

Hidup mereka macam tiada arah tujuan.  Asyik serabut dengan masalah.  Tak pernah bahagia dan tak pernah rasa cukup.  Anehnya, mereka berusaha bagai nak gila,  Nampak macam rajin berusaha tapi isinya kosong sahaja.

Mereka sebenarnya berusaha dengan cara yang salah.  Tanpa ilmu, tanpa hala tuju yang jelas, tanpa tahu bagaimana nak berusaha sebaiknya.  Kadang-kadang, apa yang kita impikan macam susah kita nak capai sedangkan kita dah berusaha sebaiknya.  Puncanya mungkin dari hati kita sendiri.  Hati yang kotor, susah nak jadi magnet tarikan rezeki yang baik.  Jadi, cuba cek hati sendiri, bersih ke?

5. Musibah Datang Bertimpa-Timpa.

7 Masalah Utama Manusia Dan Cadangan Penyelesaiannya - 005B

Ini bukan lagi malang namanya! Tak tahulah nak panggil apa…

Ada orang yang hidupnya sentiasa dirundung malang.  Duit selalu bocor, rumahtangga berantakkan, anak-anak selalu tak sihat, kereta atau motor selalu bermasalah, asyik hilang barang, asyik tak cukup duit, dan banyak lagi masalah yang sering datang dan datang lagi.

Kenapa ye?  Bila musibah datang bertimpa-timpa, ia sebenarnya adalah tanda Tuhan mahukan kita cek balik diri sendiri.  Muhasabah.  Apa perkara dalam diri kita yang tak betul, yang salah yang sentiasa kita lakukan.  Manusia sekarang ramai yang hidup setakat hidup.  Hidup bagaikan tak ada erti dan tak terfikirkan nak beri erti yang lebih baik kepada kehidupan.  Dalam kita mengejar hidup, ada banyak perkara yang kita abaikan.  Kita abaikan masa kita dengan Tuhan, abaikan tanggungjawab, hidup dengan penuh ego, dan macam-macam lagi.  Sedikit demi sedikit, kebahagian yang kita ada ditarik dengan ditimpakan masalah yang selalu datang.

6. Tak Tahu Banyak Perkara.

7 Masalah Utama Manusia Dan Cadangan Penyelesaiannya - 006B

Dr Azizan Osman kata, “Setinggi mana ilmu yang anda ada, setinggi itulah anda tahu bagaimana cara nak cari duit, setinggi itulah tahap pendapatan anda.”  Betul kan?  Ramai orang, tak tahu banyak perkara.  Dan yang best lagi, dia tak tahu pun bahawa dia tak tahu banyak perkara.  Maka hiduplah dia dengan ketidak tahuan.

Bila mereka hidup dan tak tahu banyak perkara, hidup tak suka cari ilmu, tak suka belajar dan tak suka cari pengalaman baru, mereka akan jalani kehidupan dengan keadaan yang sama dari dulu sampai sekarang.  Mereka rasa selesa dengan apa yang mereka ada, tapi mereka tak tahu mereka ada potensi yang lebih besar untuk berjaya dan mereka tak tahu cara untuk berjaya.

Kebanyakan orang yang seperti ini, mereka tak suka cari ilmu, tak suka perubahan, tak suka sesuatu yang baru dan mereka rasa mereka dah tahu banyak perkara.  Hanya dengan ilmu boleh ubah segalanya…

Nak hidup lebih baik, cari ilmu dan pastikan anda buat tindakan dengan ilmu yang anda ada.  Ilmu yang macam mana, ilmu yang boleh bantu anda capai kejayaan.

7. Tak Erat Dengan Tuhan.

7 Masalah Utama Manusia Dan Cadangan Penyelesaiannya - 007B

Ini berat!  Masalah besar bila manusia tak erat dengan Tuhan.  Tuhan, ‘source’ utama kejayaan, kekayaan, kebahagiaan, kesihatan dan keberkatan yang kita mahukan.  Berusaha sekuat mana pun, jika Dia tak izinkan, kita akan sukar nak berjaya.

Bukanlah maknanya, bila kita erat dengan Tuhan, hidup kita tak akan ada masalah, tapi ianya akan jadi lebih mudah nak dihadapi, ianya jadi seperti perkara kecil saja dalam hidup kita kerana kita yakin Allah akan ada bersama untuk bantu kita.

#TeamRichworks #TeamAzizan

Lagi mengenai artikel: Blog, media, Tip Motivasi dan Inspirasi
 

Ruangan Komen

  • Percuma! Dapatkan 50 Idea Pemasaran Luarbiasa Disini

  • Maklumat Anda Selamat Bersama Kami.

  • Post Terkini
  • Sertai Alumni Dr. Azizan Osman (Facebook)
  • Kategori
Hak Cipta Terpelihara 2017 © Richworks International Sdn. Bhd.
Open Chat
1
Close chat
Hello! Thanks for visiting us. Please press Start button to chat with our support :)

Start