7 PANDUAN MENJADI PEMIMPIN HEBAT OLEH RICHARD BRANSON

oleh Team Richworks pada 10 May 2017

7 PANDUAN MENJADI PEMIMPIN HEBAT OLEH RICHARD BRANSON - 000

Perkongsian 7 panduan ini dipetik dari buku penulisan beliau yang bertajuk “The Virgin Way: Everything I Know About Leadership.”

1. Keghairahan Bekerja (Passion).

7 PANDUAN MENJADI PEMIMPIN HEBAT OLEH RICHARD BRANSON - 001B

Richard Branson merupakan seorang yang tidak pernah mengalah dalam menukarkan idea luar biasa kepada realiti hidup walaupun beliau seringkali dikritik teruk oleh orang ramai.

Ada yang mengatakan bahawa Richard Branson tidak akan berasa kecewa umpama bermain biola seorang diri jika projek yang dijalankan itu gagal. Kekuatan minda ini dipelajari dari ayahnya yang membenarkan beliau berhenti sekolah bagi memulakan pengeluaran majalah sendiri, dengan syarat beliau perlu menjual iklan sebanyak mungkin bagi menampung kos percetakan majalah tersebut.

2. Buat Perkara Baik.

7 PANDUAN MENJADI PEMIMPIN HEBAT OLEH RICHARD BRANSON - 002B

Richard Branson amat mempercayai dengan falsafah hidup sebagai dermawan. Beliau telah menandatangani perjanjian dengan Bill Gates dan Warren Buffett untuk men derma search kekayaan belie kepada alma kebajikan.

Beliau telah menggunakan kerja-kerja kebajikan sebagai salah satu cara terbaik untuk menyatukan para pekerja. Dengan idea ini, beliau berjaya mendapat kumpulan besar peserta pekerja dari syarikat Virgin menyertai larian amal New York dan London. Dan wang yang terkumpul hasil dari larian amal ini didermakan kepada badan-badan kebajikan kegemaran mereka.

3. Percaya Kepada Perniagaan Anda.

7 PANDUAN MENJADI PEMIMPIN HEBAT OLEH RICHARD BRANSON - 003B

“Kepercayaan tinggi dalam objektif perniagaan dan diri boleh menjadi sebab utama kejayaan dan kegagalan anda. Jika anda tidak merasa bangga dengan apa yang anda lakukan sekarang, bagaimana orang lain ingin mempercayai anda?” mutiara kata dari Richard Branson.

4. Berseronok.

7 PANDUAN MENJADI PEMIMPIN HEBAT OLEH RICHARD BRANSON - 004B

Richard Branson mengatakan bahawa hati yang menyatukan semua syarikat-syarikat berbeza di bawah satu nama Virgin adalah dedikasi kerja yang menyeronokkan. “Berseronok adalah salah satu perkara yang paling penting bagi membina kejayaan. Jika anda tidak seronok dalam melakukan kerja tersebut, sudah tiba masanya anda cuba sesuatu yang baru.”

Richard Branson mencadangkan agar memecahkan tradisi hierarki korporat melalui pengurusan majlis-majlis atau acara-acara lain bagi memastikan pekerja berasa selesa dan terbuka untuk berkongsi idea.

5. Jangan Putus Asa.

7 PANDUAN MENJADI PEMIMPIN HEBAT OLEH RICHARD BRANSON - 005B

Seperti usahawan lain, Richard Branson pernah mengalami kegagalan dalam perniagaan. Antara contoh terbaik kegagalan adalah apabila beliau menubuhkan Virgin Cola bagi menandingi syarikat Coca-Cola atau penutupan Virgin Megastore. Walaupun beliau gagal, beliau tetap kekal meneruskan perjalanan perniagaan dengan lebih tekun lagi.

6. Tumpu Pada Mendengar, Kurang Pada Bercakap.

7 PANDUAN MENJADI PEMIMPIN HEBAT OLEH RICHARD BRANSON - 006B

Sejak kecil lagi Richard Branson telah membina amalan menulis perkara-perkara yang beliau anggap ianya penting di dalam buku. Dia mengatakan amalan ini telah lama diamalkan dan beliau tidak akan tertinggal buku nota jika beliau ke mana-mana.

Nota ini merupakan senjata rahsia beliau sebagai seorang ahli usahawan.

7. Seni Delegasi Kerja.

7 PANDUAN MENJADI PEMIMPIN HEBAT OLEH RICHARD BRANSON - 007B

“Seni delegasi kerja merupakan salah satu kunci kemahiran usahawan yang perlu di kuasai.” kata Richard Branson.

Pemimpin yang hebat tahu bahawa mereka tidak mempunyai kapasiti atau masa untuk belajar setiap aspek syarikat mereka. Sebab itu, pemimpin ini akan delegasi tugas kepada orang lain untuk menjaga perkara-perkara yang mereka tidak mahir atau perkara yang membazirkan masa bernilai mereka.

“Delegasi kerja juga dapat memberi ruang masa bagi anda untuk bersama keluarga, yang merupakan perkara paling penting dan utama dari semua perkara.” kata Richard Branson.

#TeamRichworks #ResultMatters

Lagi mengenai artikel: Tip Motivasi dan Inspirasi, Tip Pemasaran Bisnes, Tip Perniagaan, Uncategorized
 

Ruangan Komen

  • Percuma! Dapatkan 50 Idea Pemasaran Luarbiasa Disini

  • Maklumat Anda Selamat Bersama Kami.

  • Post Terkini
  • Sertai Alumni Dr. Azizan Osman (Facebook)
  • Kategori
Hak Cipta Terpelihara 2017 © Richworks International Sdn. Bhd.
Open Chat
1
Close chat
Hello! Thanks for visiting us. Please press Start button to chat with our support :)

Start