7 Perkara Wajib Usahawan Buat Menjelang Januari Tahun Baru

oleh Team Richworks pada 05 December 2017

Disember dah mula menjengah. Pejam celik tahu-tahu dan nak masuk tahun baru. Dah siap atau belum strategi syarikat untuk tahun depan?

Jom semak list wajib buat pada bulan Disember ini.

1) Set target perkembangan syarikat

Mampukah syarikat anda merealisasikan semua target perkembangan bisnes yang telah diramalkan tahun hadapan? Semak kembali pelan dan rangka kerja tahun hadapan. Kemaskinikan dan perhatikan semula bajet kewangan. Susun atur semula jika ada penambahan atau pengurangan di mana-mana bahagian.

Semak juga adakah staf jualan anda sudah mencapai target tahun ini dan adakah dia perlukan apa-apa bantuan untuk capai target tahun hadapan. Lihat semula adakah anda perlukan lebih ramai staf, adakah ruang pejabat anda sesuai atau perlu penambahbaikan? Lihat jika pertambahan klien memberi kesan pada khidmat layanan pelanggan anda dan apa solusinya.

2) Susun buku akaun anda

Pastikan cukai anda sudah siap dan langsai kira-kira serta bajetnya. Dan pastikan pelan rancangan cukai tahun depan sudah siap juga. Semak repot kewangan, perhatikan jika ada pengurangan, penambahan, perubahan. Set numbers tahun depan sebaiknya.

3) Masa bersama staf

Anda dah fikir semua dalam kepala tentang bisnes. Tapi anda tak sampaikan pada staf anda. Anda juga yang rugi masa nanti. Anda mesti kongsikan matlamat dan perancangan anda dengan team. Reflek kembali pencapaian syarikat, cabaran dan peningkatan, serta perancangan tahun depan. Selesaikan mesyuarat sebegini sebelum ada staf yang ambil cuti panjang.

4) Cari jalan untuk menyimpan

Ada perkara atau item yang jika anda beli dan bayar lump sum akan berikan anda diskaun dan penjimatan. Lihat untuk servis begini supaya anda dapat kurangkan perbelanjaan tahun hadapan. Duit yang berjaya diselamatkan itu boleh diguna untuk pelaburan lain.

5) Manfaat teknologi

Lihat teknologi mana paling berkesan, paling jarang digunakan atau tidak berkesan untuk syarikat anda. Jika tak digunakan, kenapa, dan jika ia tak berguna, buang saja sistem atau teknologi itu.

6) Tetapkan matlamat

Matlamat paling berguna ialah matlamat yang boleh dicapai. Setkan matlamat yang achievable dan measurable. Selarikan matlamat staf dengan matlamat syarikat. Rangka tindakan yang perlu dibuat, ditingkatkan dan difokuskan. Lihat semula jika pemasaran perlu ditambah, semangat dan azam staf perlu di recharge. Bina pelan tindakan, fahami dan laksanakan mengikut tempoh masa yang telah ditetapkan.

Sudah buat sumbangan atau belum? Buatlah sumbangan dalam bentuk derma, atau amal. Bukan untuk menunjuk-nunjuk tapi sebagai sedekah, ataupun supaya anda mendapat rebat cukai. Imej baik itu bonus. Syarikat yang menyumbang kepada mana-mana badan kebajikan turut menberikan satu perasaan yang berbeza pada staf anda. Mereka rasa mereka turut terlibat dalam memberikan nilai pada masyarakat dan ini pastinya beri manfaat pada bisnes anda sendiri kelak.

Lagi mengenai artikel: Blog, Tip Motivasi dan Inspirasi
 

Ruangan Komen

  • Percuma! Dapatkan 50 Idea Pemasaran Luarbiasa Disini

  • Maklumat Anda Selamat Bersama Kami.

  • Post Terkini
  • Sertai Alumni Dr. Azizan Osman (Facebook)
  • Kategori
Hak Cipta Terpelihara 2017 © Richworks International Sdn. Bhd.
Open Chat
1
Close chat
Hello! Thanks for visiting us. Please press Start button to chat with our support :)

Start