7 Sebab Kenapa Anda Perlu Hadir Ke IMKK. Selebriti Dan Jutawan Pun Hadir Atas Sebab Yang Sama.

oleh Azizan Osman pada 19 June 2017

Ramai orang mungkin dah pernah dengan tentang Program Intensif Magnet Kekayaan & Kejayaan (IMKK).  Ramai antara anda juga mungkin pernah dengar pengalaman kenalan anda yang pernah hadir.  Anda pun mungkin rasa nak hadir, tapi ada sesuatu yang membuatkan anda sentiasa menangguhkan penyertaan anda ke dalam program 3 hari yang dah dihadiri oleh 75,000 orang semenjak tahun 2010 ini.

 

Ada orang maklumkan kepada kami:

“Saya dah lama dengar tentang IMKK, tapi belum sampai hidayah nak pergi.”

“Dulu kawan saya dah pergi, tapi masa ‘tu saya rasa tak perlu untuk saya pergi.”

“Masa ‘tu saya tak nampak lagi, kenapa perlunya saya datang IMKK ‘ni.”

Ini antara perkara yang orang ramai beritahu kami bila kami tanya mereka kenapa mereka hadir ke IMKK sekarang.

Hidayah tak boleh dipaksa.  Itu bukan kerja manusia nak beri hidayah.  Hadir ke IMKK 10 kali pun, kalau Tuhan tak nak beri hidayah, takkan bermakna apa-apa juga kepada  sesiapa.  Tapi, itu bukan alasan untuk kami dari berhenti buat program yang dah banyak bantu manusia berubah menjadi seorang yang lebih baik, lebih berjaya, mampu mencapai tahap kewangan yang lebih tinggi dan jumpa kebahagiaan yang mereka cari-cari. Dan, untuk manusia yang betul-betul nak ubah hidup, InsyaAllah mereka akan dipertemukan dengan IMKK. Kami yakin.

Kami nak kongsikan dengan anda 7 sebab kenapa anda perlu hadir ke IMKK.  Dan jika anda nak tahu, ramai selebriti dan jutawan produk ternama juga hadir atas sebab-sebab yang sama.

  1. IMKK beri anda peluang untuk kenal diri anda lebih jauh lagi. Ramai orang tak tahu dengan jelas apa kemampuan diri mereka.  Mereka ingat mereka ini mampu hidup biasa-biasa sebab mereka belum tahu kemampuan luar biasa  yang ada dalam diri mereka.
  2. IMKK bantu mereka eratkan hubungan dengan Allah SWT, dengan keluarga dan dengan orang di sekeliling. Kadang-kadang, kita dah berusaha sebaik mungkin tapi perkara-perkara macam ‘ni ‘lah yang buatkan kita susah nak berjaya.
  3. Anda bakal kenal apa sikap negatif yang menghalang anda selama ini. Ada peserta baru tahu bahawa kerana mereka suka bertangguh, atau kerana mereka rasa tak layak untuk berjaya menyebabkan mereka tak capai apa-apa.  Di IMKK anda akan didedahkan dengan perkara yang menghalang manusia dari berjaya.
  4. Ramai orang belum faham kaitan jiwa dan kejayaan. Jiwa yang berkeladak, selalu berfikiran negatif dan selalu berburuk sangka, akan menarik perkara-perkara negatif kepada anda.  IMKK, bantu anda betulkan fikiran anda menjadi lebih positif.
  5. Jika anda dah bosan dengan hidup dalam rutin yang sama setiap hari, anda dah bosan dengan tahap kerja yang sama, semuanya pun mudah dan boleh dijangkakan, cuba hadir ke IMKK dan anda akan dapat alami sesuatu pengalaman yang sangat berbeza. Walaupun anda pernah dengar dari orang yang dah hadir, tapi takkan sama dengan apa yang anda akan alami bila anda dah hadir sendiri
  6. Jika anda ada banyak masalah kehidupan, beban hutang, hidup tak terurus, perniagaan yang tak menunjukkan peningkatan, atau pekerjaan yang tak buatkan anda dapat kualiti hidup yang baik, IMKK InsyaAllah dapat berikan jawapan kepada kerisauan anda.
  7. Bagi anda yang minat berniaga tapi tak tahu bagaimana nak bermula atau yang dah berniaga tapi tak tahu bagaimana nak besarkan perniagaan, IMKK dapat bantu menjadi langkah pertama anda untuk capai impian anda tersebut.

Ramai artis, selebriti dan jutawan yang dah ada bisnes yang terkenal juga hadir ke Program IMKK kerana mereka tahu ada perkara yang perlu mereka betulkan dalam diri dan kehidupan mereka.  Alhamdulillah, makin lama makin ramai orang memberikan maklumbalas terbaik tentang program 3 hari ini.  Makin lama, makin banyak kisah kejayaan yang kami terima hasil dari tindakan yang mereka buat selepas hadir ke IMKK.

Anda pun boleh uba untuk hadir ke Program IMKK. Klik link ini untuk dapatkan TAWARAN TERHAD beli 1 tiket PERCUMA 2 tiket ke IMKK.

Kami harap kami dapat jumpa anda di IMKK terdekat ini.  Hubungi kami di 1 300 88 2424 (waktu pejabat) jika anda perlukan lebih maklumat.

Lagi mengenai artikel: Blog, Video
 

Ruangan Komen

  • Percuma! Dapatkan 50 Idea Pemasaran Luarbiasa Disini

  • Maklumat Anda Selamat Bersama Kami.

  • Post Terkini
  • Sertai Alumni Dr. Azizan Osman (Facebook)
  • Kategori
Hak Cipta Terpelihara 2016 © Richworks International Sdn. Bhd.
Open Chat
1
Close chat
Hello! Thanks for visiting us. Please press Start button to chat with our support :)

Start