7 Tahun Berbisnes Sampai Sekarang Tak Ada Hasil? Kau Bisnes Apa Sampai Sengsara Sangat Macam Tu!

oleh Team Richworks pada 12 March 2018


Kalau nak tahu ini adalah cerita-cerita biasa yang kami dapat dari mereka yang PM kami.  Dah berbisnes sehingga 7 hingga 10 tahun tapi masih struggle, masih tak nampak hasil. Masih terpaksa hidup biasa-biasa.  Malahan terpaksa pulak menanggung hutang.

Sedangkan, ramai #AnakDidikDrAzizan yang dah boleh buat bisnes walaupun baru setahun jagung berniaga. Apa formula mereka?  Apa yang mereka buat?

Itu masalahnya. Ramai orang nak tahu formula kejayaan sesebuah bisnes tapi tak ramai nak tahu macam mana mereka yang dah berjaya komited dan konsisten dalam buat tindakan.  Ramai usahawan kat luar sana lebih suka ambil sikap “tak laku bisnes A, tutup dan buka bisnes B”.  Semua kesalahan diletakkan pada produk A yang tak bagus, tak laku, tak digemari ramai.

Tanpa mereka sedar, kalau dah gagal jual produk A, jangan harap kau nak berjaya jual produk B! Sebab kau akan guna cara yang sama yang digunakan untuk berniaga produk A, untuk berniaga produk B.

Ada 3 masalah utama yang usahawan/peniaga/founder selalu hadapi:

1) Masalah tidak ramai pelanggan

Tak ramai pelanggan masuk kedai.  Atau, kalau berniaga online, ramai yang PM, yang whatsApp, yang tanya  itu ini, tapi conversion atau yang beli tak ada.

2) Jualan tak naik

Kalau dah tak ada pelanggan baru, paling teruk bila jualan tak naik.  Ini maknanya pelanggan lama pun tak membeli lagi banyak dan lagi kerap dari anda. Atau mereka pun dah lupakan anda.

3) Tak buat duit

Bisnes kalau tak buat duit, memang sengsara.  Lebih baik kerja.  Tak buat duit sehinggakan nak run the business pun tak mampu.  Ada kos dan bil yang tak mampu nak ditanggung, apa lagi nak buat untung.

Ini antara masalah biasa yang ramai usahawan/peniaga/founder hadapi.  Yang jadi isu besarnya bila benda ni dah berlaku bertahun-tahun dan mereka tak tahu cara nak atasinya macam mana.  Asyik terkebil-kebil tengok orang lain buat sales riban-riban dan juta-jutaan, tapi diri sendiri tak tahu nak start dari mana.

Kami just nak share dengan anda, kisah kejayaan Tetamu Showcase di Program Intensif Magnet Kekayan & Kejayaan (IMKK) Mac lalu  Puan Ilyana boleh je nak pilih untuk kerja makan gaji dengan Master Degree yang beliau ada, tapi memikirkan belanja besar dan perlu luangkan lebih banyak masa dengan anak yang mengidap Thalassemia, beiau pilih untuk berniaga.

Dan yang bestnya beliau tak perlu jadi founder!  Hanya jadi master stokis produk orang lain, dan dengan ilmu marketing dan tindakan, beliau dah boleh naikkan sales dari RM4,000 je sebulan hingga ke lebih RM100,000 sebulan.

Tak perlu tunggu 7 tahun berbisnes baru nak buat sales tinggi!  Kalau dah ada ilmu marketing, selepas 3 bulan pun dah boleh dapat hasil.

Terpulang kepada anda…

Program Millionaire Marketing Mastery (MMM) akan diadakan pada 30 Mac – 1 April 2018 di Ideal Convention Shah Alam. Dalam program 3 hari ini, Dr Azizan Osman akan share dengan anda:

  • Apa push factor anda untuk berniaga
  • Kenapa anda perlu buat perniagaan yang berjaya
  • Zero kos marketing – kenapa nak bayar kos marketing lebih tapi tak ada hasil?
  • Formula POWER dan 6 Pillars – untuk bantu anda start your marketing engine.
  • Marketing tak wujud tanpa persaingan – strategi marketing yang bantu anda lebih menonjol dari pesaing.

Dan banyak lagi ilmu marketing yang bila anda buat, kurang dari 3 bulan anda dah boleh dapat hasil yang lebih baik.

Musim perayaan dah dekat.  Terpulang kepada anda macam macam mana hasil yang anda nak dapat dan macam mana ‘raya’ yang anda nak sambut nanti.

Kami sarankan anda tak lepaskan peluang hebat ke Program MMM kali ini – layari www.marketingmastery.com.my

Lagi mengenai artikel: Blog, Tip Motivasi dan Inspirasi, Tip Pemasaran Bisnes, Tip Perniagaan
 

Ruangan Komen

Hak Cipta Terpelihara 2017 © Richworks International Sdn. Bhd.
Open Chat
1
Close chat
Hello! Thanks for visiting us. Please press Start button to chat with our support :)

Start