8 Cara Nak Berkawan Dengan Selebriti

oleh Azizan Osman pada 19 Mac 2017

Berkawan dengan selebriti (2)

“Berkawan dengan selebriti juga merupakan teknik marketing dalam bisnes?”

Selebriti ni bukan sahaja pelakon, penyanyi dan pelawak, tetapi atlet, pakar motivasi yang terkenal, malah sesiapa sahaja yang popular dan ramai pengikut. Bila anda berkawan dengan selebriti, ia secara tak langsung akan sedikit sebanyak akan mempengaruhi anda.

Macam mana ye nak berkawan dengan selebriti ni? Jom baca perkongsian kami tentang cara nak dekati selebriti.

1. Follow mereka di media sosial

Kebanyakkan selebriti akan berhubung dengan peminat mereka melalui media sosial. Sekiranya selebriti yang anda suka ada media sosial, anda boleh follow mereka menggunakan media sosial seperti Facebook, Instagram, Blog, WeChat, SnapChat, Line dan sebagainya.

2. Hantar surat

Tapi, kalau mereka tiada media sosial macam mana ye? Jangan risau, anda tahu kan alamat rumah mereka atau agensi yang uruskan mereka. Jadi, anda boleh hantar surat kepada mereka sehingga mereka boleh sedar akan kewujudan anda.

3. Elakkan dari terus contact mereka

Selagi anda belum kenal mereka secara peribadi, elakkkan dari berhubung dengan mereka secara terus seperti menghubungi nombor telefon peribadi mereka, sehinggalah mereka meminta anda berbuat demikian. Jika anda buat juga, mereka akan hiraukan atau abaikan mesej anda. Anda juga mungkin dah rosakkan peluang untuk kenal rapat dengan mereka.

4. Komen post mereka

Kalau anda nak mereka kenal anda dengan cepat, ‘like’ atau komen setiap post mereka dengan kata-kata yang menunjukkan anda peminat mereka, kata-kata sokongan dan sebagainya. Jika ada yang cuba ‘condemn’ mereka, teruskan bagi mereka kata-kata sokongan. Buat sampai mereka ‘nampak’ anda dan beri respon pada komen anda.

5. Beri mereka hadiah

Ni biasa dilakukan oleh setiap peminat kepada selebriti yang mereka sayang. Mereka akan bagi berbagai jenis hadiah, buat ‘fan page’ untuk tunjuk rasa minat dan sokongan, beli setiap tiket konsert, hadir ke ‘fan meeting’ dan sebagainya. Ada peminat yang sanggup berhabis duit untuk beri hadiah kepada selebriti yang mereka suka. Ada yang buat sendiri hadiah tersebut dan ini akan dapat tarik perhatian mereka sekiranya hadiah anda itu unik dan lain dari yang lain.

6. Hantar mesej terus (DM)

Anda juga boleh menghantar ‘direct message’ melalui inbox di media sosial mereka. Sebagai contoh, jika anda tahu mereka akan datang ke tempat yang anda tinggal untuk melancong, anda boleh ‘direct message’ dengan memberi cadangan tentang tempat-tempat menarik yang mereka boleh lawati. Mereka mungkin akan berminat dengan cadangan yang anda berikan.

7. Buat kelab peminat

Untuk lebih dekat dengan selebriti yang anda suka, anda boleh buat kelab peminat atau ‘fan club’ untuk mereka. Anda boleh berkongsi cerita dan kenal dengan lebih ramai peminat selebriti yang anda suka itu. Bila anda buat kelab peminat ni, anda boleh raikan hari-hari istimewa selebriti yang anda suka dengan mengundang mereka untuk turut serta atau jadikan sebuah kejutan untuk mereka.

8. Join aktiviti yang mereka ada

Contohnya anda peminat sukan badminton dan sangat sukakan Dato’ Lee Chong Wei. Jadi, anda akan pergi ke setiap pertandingan badminton yang beliau main untuk bagi sokongan. Tak kira la beliau kalah atau menang dalam pertandingan tersebut, anda akan terus setia untuk memberi sokongan kepadanya.

Amacam?
Teringin nak guna cara ni untuk approach selebriti yang anda suka. Bila anda dah berkawan rapat dengan selebriti yang anda suka, anda boleh bergabung dengan mereka untuk buat joint venture dalam bisnes. Di mana anda boleh saling memberi sokongan dalam bisnes masing-masing.

Lagi mengenai artikel: Blog, Tip Pemasaran Bisnes, Tip Perniagaan
 

Ruangan Komen

  • Percuma! Dapatkan 50 Idea Pemasaran Luarbiasa Disini

  • Maklumat Anda Selamat Bersama Kami.

  • Post Terkini
  • Sertai Alumni Dr. Azizan Osman (Facebook)
  • Kategori
Hak Cipta Terpelihara 2016 © Richworks International Sdn. Bhd.
Open Chat
1
Close chat
Hello! Thanks for visiting us. Please press Start button to chat with our support :)

Start