8 Perbezaan Antara Mentaliti Seorang Usahawan Dan Pekerja

oleh Team Richworks pada 05 December 2017

Anda berminda usahawan atau pekerja? Jom lihat 8 perbezaan antara minda seorang usahawan dan pekerja.

1) Usahawan berusaha meningkatkan kemahiran dan skil, pekerja berusaha memperbaiki kelemahan

Dalam temuduga sesuatu pekerjaan, soalan yang biasa tentulah “Apa yang anda dah buat untuk perbaiki kelemahan anda?”

Fokus pada kelemahan kerana kelemahan itu satu keburukan – ia mentaliti pekerja.

Fokus pada kekuatan kerana kekuatan itu tiket kejayaan – itu mentaliti usahawan.

2) Usahawan mungkin adakalanya menghasilkan sesuatu yang biasa dan tak sempurna, pekerja pula sangat mementingkan kesempurnaan

Terpaksa jadi perfectionist sebab ada bos yang memerhati, dan tak mahu nota buruk mengenai kerja mereka – itu mentaliti pekerja.

Sentiasa cuba, cuba dan cuba walaupun ia belum lagi sempurna atau selalu gagal – ia mentaliti usahawan kerana tanpa cubaan dan kegagalan, kejayaan tak akan hadir, dan tak buat sesuatu kerana takut salah bermakna mereka melambatkan proses kejayaan. Lebih baik salah daripada tak buat langsung.

3) Usahawan kata Tidak, pekerja kata Ya

Tidak, saya tak akan buat ini, sebab saya fokus pada itu – ini mentaliti usahawan. Mereka tahu apa yang mereka perlu fokus dan lebih menguntungkan buat mereka.

Ya, ya dan ya, semua saya boleh buat. Bagi saja semua peluang pada saya – ini mentaliti pekerja. Mereka takut tak dapat peluang, mereka takut terlepas peluang lebih baik dan mereka takut jika kata tidak, peluang mereka akan hilang. Mereka tidak fokus.

4) Usahawan bahagi sama rata, pekerja semua aku yang punya

Buat apa yang perlu, dan apa yang lebih menguntungkan. Yang remeh, beri pada mereka yang lebih sesuai. Delegasi kerja dipraktikkan oleh mereka yang berminda usahawan.

Pekerja adalah sebaliknya. Mereka buat semua sendiri. Dan rasa mereka loser kalau tak mampu buat semua sekali sendirian. Mereka nak jadi hero – yang sebenarnya tertekan dan ditekan.

5) Usahawan fokus 1 kerja, pekerja buat semua kerja

Minda kita tak berupaya nak multitasking banyak benda dalam satu masa. Jika mampu buat, hasilnya pasti tak seberapa. Lebih baik buat satu sehabis baik daripada buat semua tapi hasilnya ala kadar.

6) Usahawan berani ambil risiko, pekerja elak risiko

Kenapa mereka yang berminda pekerja tak mulakan bisnes? Kerana mereka perlukan satu security dalam kerja dan kewangan.

Berbeza dengan usahawan. Mereka berani ambil risiko kerana bagi mereka lagi besar risiko, lagi besar ganjaran yang mereka akan dapat kemudian.

7) Usahawan percaya pada perubahan musim, pekerja mahukan keseimbangan

Seimbang dari segi kerja dan kehidupan – mentaliti pekerja.

Usahawan percaya bahawa hidup tak pernah akan seimbang. Jika mereka bagus dalam satu bab, mereka tahu satu bab lain akan kurang. Mereka terima ketidak-seimbangan kehidupan itu. Mereka ambil kesempatan dan manfaatkan apa yang mereka bagus.

8) Pekerja terancam dengan rakan yang lebih hebat, usahawan manfaatkan situasi tersebut

Dalam dunia korporat, jika anda tak bijak, tak rajin, tak ada banyak rangkaian dan sahabat, anda tak boleh naik lebih tinggi. Jadi pekerja akan sentiasa rasa terancam dengan sesiapa saja yang lebih dari mereka.

Tapi bukan pada mereka yang berminda usahawan. Usahawan gunakan dan manfaatkan kelebihan orang lain untuk bina team yang hebat. Tanpa team hebat, bisnes akan gagal.

Anda bukan lah bermaksud perlu membina atau mempunyai perniagaan untuk berminda usahawan. Mentaliti sebegini perlu ada pada semua orang (sudah tentulah ia paling penting untuk ahli perniagaan) supaya anda mampu menarik kejayaan lebih banyak lagi.

Mindset yang bijak mengundang keuntungan yang berlipat kali ganda.

Lagi mengenai artikel: Blog, Tip Motivasi dan Inspirasi, Tip Pemasaran Bisnes
 

Ruangan Komen

  • Percuma! Dapatkan 50 Idea Pemasaran Luarbiasa Disini

  • Maklumat Anda Selamat Bersama Kami.

  • Post Terkini
  • Sertai Alumni Dr. Azizan Osman (Facebook)
  • Kategori
Hak Cipta Terpelihara 2017 © Richworks International Sdn. Bhd.
Open Chat
1
Close chat
Hello! Thanks for visiting us. Please press Start button to chat with our support :)

Start