9 Kali Datang ke Program MMM! Kenapa Najib Asaddok Sanggup Datang Banyak Kali?

oleh Team Richworks pada 14 March 2018


Anda kenal Tuan Najib Asaddok?

Pakar dalam copywriting dan emel marketing.

#AnakDidikDrAzizan ni dah hadir ke Program Richworks semenjak tahun 2015, dan semenjak itu terus hadir dan hadir lagi.

Sebenarnya, beliau dah hadir semua program Richworks.  Komitmen yang beliau bagi tak ada tandingannya.  Tapi yang paling kami tak sangka ialah beliau dah hadir ke Program Millionaire Marketing Mastery (MMM) dah SEMBILAN kali!

Apa yang beliau dapat dari Program Millionaire Marketing Mastery (MMM)? Kenapa beliau nak kena hadir banyak kali? Tak pandai-pandai lagi ke…?

Sebab beliau hadir banyak kali, komited cari ilmu dan komited nak buat tindakan lah sales beliau mencecah jutaan ringgit setahun.

Beliau bukan jual produk kecantikan, produk makanan atau produk hot macam orang lain, beliau cuma bantu orang ramai untuk menggunakan platform emel marketing dengan ayat copywriting terbaik sebagai alat untuk buat marketing. Tonton kejap sharing beliau.

Sebenarnya, ilmu perlu diupgrade sentiasa.  Semakin tinggi ilmu, semakin tinggi clarity dan keyakinan kita untuk bertindak.  Bila anda upgrade ilmu dan ada ilmu baru, usahawan seperti anda akan semakin PANDAI buat sesuatu perkara yang memberikan hasil.  Nak bercakap pasal marketing, ilmu marketing dari Program MMM memang tak dinafikan keberkesanannya, Alhamdulillah. Tapi, oleh kerana Dr Azizan Osman sendiri selalu upgrade ilmunya, dah pasti juga ada banyak ilmu yang beliau nak sharekan dengan anda #AnakDidikDrAzizan.

Nak lebih faham, anda tonton sendiri video ini.

Bila anda ilmu terkini yang lebih upgrade, lebih mudah anda nak buat tindakan yang lebih besar dan lebih berinovasi.  Contoh, kalau dulu setakat guna offline dan FB Ads sebagai alat marketing, tapi bila ada ilmu anda mungkin boleh guna cara marketing terkini yang lebih digital.

Seperti Tuan Najib Asaddok, walaupun dah bergelar ahli Titanium Premier, beliau masih tak pernah jemu untuk datang belajar kerana beliau yakin dalam setiap Program Richworks, pasti ada ilmu baru yang Dr Azizan Osman akan share dan update.

Bila anda buat marketing, anda perlukan ilmu terkini supaya anda tak ketinggalan zaman dan lebih selari dengan keadaan semasa.  Kesianlah kami tengok kepada usahawan yang masih lagi buat marketing dengan cara lama, yang bukan saja dah kurang berkesan tapi tak dapat nak capai target yang lebih besar.  Contoh, anda masih lagi gunakan flyers, brochures, sedangkan dengan tindakan yang sikit, dan tak perlukan banyak kos, anda dah boleh buat marketing untuk target yang lebih luas dengan menggunakan Facebook, Live di Facebook, Media sosial lain seperti Instagram, dan banyak lagi.

Bila buat marketing anda kena ingat 3 perkara, Time, Effort dan Money.  Dan cuba cari jalan untuk upgrade ilmu supaya anda tahu macam mana nak buat marketing yang tak memerlukan anda luangkan banyak masa, tak memerlukan effort yang banyak, dan kos yang besar tapi boleh beri hasil yang berlipat ganda.

Lagi mengenai artikel: Blog, Tip Motivasi dan Inspirasi, Tip Pemasaran Bisnes
 

Ruangan Komen

  • Percuma! Dapatkan 50 Idea Pemasaran Luarbiasa Disini

  • Maklumat Anda Selamat Bersama Kami.

  • Post Terkini
  • Sertai Alumni Dr. Azizan Osman (Facebook)
  • Kategori
Hak Cipta Terpelihara 2017 © Richworks International Sdn. Bhd.
Open Chat
1
Close chat
Hello! Thanks for visiting us. Please press Start button to chat with our support :)

Start