9 Perkara Bagaimana Menguasai Media Sosial dan Tingkatkan Jenama dan Jualan Bisnes Anda

oleh Team Richworks pada 01 January 2019

Berikut adalah beberapa perkara yang akan saya nak sampaikan sempena Tahun Baru 2019 bagi anda untuk belajar menguasai media sosial dan tingkatkan jenama dan jualan bisnes anda.

  1. Sedari Semua Trend Dalam Industri

Untuk berjaya dalam pemasaran, anda perlu kreatif dan sedar tentang semua trend yang ada dalam industri. Kadang-kadang anda perlu bijak ‘bertindak’ atau ‘menyembunyikan’ karakter sebenar anda hanya untuk memenuhi dan menyesuaikan keperluan dan kemahuan pelanggan anda. Sesuaikan produk atau perkhidmatan anda hari ini, dan lakukan persediaan awal dengan apa yang akan anda hadapi dan harapkan dalam pemasaran digital untuk tahun 2019.

  1. Kualiti Iklan Adalah Keutamaan

Melakukan pemasaran hari ini adalah lebih mudah jika nak dibandingkan dengan 10 tahun yang lalu. Terlalu banyak iklan yang kita lihat dan tonton setiap hari adalah dari produk yang sama. Kebanyakan pelanggan kita ‘menderita’ dan letih menonton iklan yang sama. Dan lama kelamaan, mereka akan mula bosan dan benci dengan iklan yang ditayangkan kepada mereka.

Jadi, trend fokus utama pada tahun 2019 adalah mengurangkan pengiklanan tapi meningkatkan kualiti iklan dari segi penulisan atau copywriting dengan cara yang lebih kreatif.

  1. Algoritma Kurang Penting

Ramai pemilik bisnes hari ini menjual di posting Facebook, Instagram atau blog mereka hanya untuk mendapatkan perhatian pelanggan. Malah mereka ‘mengorbankan’ idea asal kandungan posting mereka semata-mata untuk meletakkan kata kunci (keywords) yang tidak perlu bagi mengoptimumkan enjin pencarian di web. Ianya bagus untuk ranking web anda, tetapi kualiti untuk posting tersebut akan kurang menarik dan boleh menyebabkan anda hilang kewujudan anda dalam pasaran. Anda sebenarnya perlu mencari atau melantik copywriter atau penulis yang bagus untuk menjadikan posting anda lebih berkualiti dan menarik perhatian pelanggan anda.

  1. Tetapkan Matlamat Anda

Kadang kala kita dapati posting oleh pengiklan yang cuba melakukan gimik, kontroversi, atau sesuatu posting yang mampu beri keseronokan kepada pelanggan dengan pelbagai kempen pintar dan kreatif semata-mata untuk menarik perhatian pelanggan untuk membaca posting mereka sehingga habis.

Tapi, pelanggan dah bosan dengan cara kempen ini dan mereka lebih menghargai konten posting yang memberikan maklumat berguna dan bernilai yang boleh memberi kesan kepada kehidupan mereka.

  1. Fahami Pandangan Pelanggan Anda

Apabila anda membuat posting, fahami pelanggan anda terlebih dahulu. Geografi, demografi, tingkah laku dan psikografi mereka. Cuba kaitkan dengan isu semasa seperti ICERD (International Convention on the Elimination of All Forms of Racial Discrimination), PTPTN (Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional), politik atau lain-lain perkara yang boleh menarik perhatian mereka, terutamanya politik yang merupakan pencarian paling popular dalam carian Trend Google Search Malaysia untuk 2018.

  1. Mesti Gunakan Instagram!

Pelanggan kadang-kadang letih dan bosan dengan penggunaan terlalu banyak teks. Mereka lebih suka melihat visual daripada teks. Mereka ini adalah jenis pelanggan yang suka menggunakan Instagram untuk membeli produk atau perkhidmatan. Dan pengiklanan melalui visual ini akan bantu menerajui pemasaran anda di tahun akan datang.

  1. Target Semula

Dengan lebih ramai pesaing di luar sana yang turut targetkan segmen pasaran pelanggan yang sama, ia menjadi satu cabaran bagi anda untuk mendapatkan pelanggan baru. Cara terbaik adalah menggunakan data atau analisis semasa untuk target prospek dan pelanggan yang sudah membeli dengan anda. Retargeting atau target semula adalah salah satu cara untuk tingkatkan jualan anda dengan kos pemasaran yang jauh lebih murah.

  1. Berkomunikasi Dengan Pelanggan Anda

Pemasaran online akan sentiasa kekal sebagai pemasaran online. Ramai usahawan hari ini tidak suka mendengar atau bercakap dengan prospek mereka secara offline. Ini sebenarnya boleh membuatkan pelanggan lebih yakin dan mempunyai sebab untuk membeli kerana mereka yakin dengan produk atau servis anda. Mereka masih mahu berinteraksi dengan jenama yang mesra sebagai ‘manusia’ bukan robot. Anda perlu sentiasa bercakap dan bertemu dengan pelanggan anda secara offline juga sebagai salah satu strategi pemasaran anda.

  1. Gunakan Video Live

Alat yang paling kurang digunakan hari ini, tetapi antara alat yang paling berguna adalah video live. Pelanggan sukakan ketulenan. Gunakan video live untuk perkenalkan produk, servis, aktiviti dan juga testimoni anda. Alat ini akan dapat meningkatkan kesedaran jenama dan juga pengikut anda.

Ini antara beberapa trend yang saya jangkakan akan dapat bantu tingkatkan bisnes dan kewangan anda pada tahun 2019, tapi, ia tidak bermakna anda harus meninggalkan strategi pemasaran yang telah anda gunakan dengan berjaya. Anda tetap harus terus bangunkan apa yang anda sudah sedia ada atau gunakan selama ini dan gunakan ramalan trend ini sebagai rujukan semasa anda membentuk strategi pemasaran anda untuk 2019 dengan menyesuaikan kepada perniagaan anda.

Bisnes atau perniagaan yang mempunyai asas kukuh untuk pelanggan mencari mereka dengan hasil usaha pemasaran yang mengagumkan akan membuatkan pelanggan anda sangat berpuas hati dan terus membeli dengan anda di tahun akan datang. Jadi pastikan anda tidak terlepas untuk bina jenama dan pemasaran anda dalam resolusi 2019 bermula hari ini!

Lagi mengenai artikel: Tip Pemasaran Bisnes, Tip Perniagaan
 

Ruangan Komen

  • Percuma! Dapatkan 50 Idea Pemasaran Luarbiasa Disini

  • Maklumat Anda Selamat Bersama Kami.

  • Post Terkini
  • Sertai Alumni Dr. Azizan Osman (Facebook)
  • Kategori
Hak Cipta Terpelihara 2019 © RichWorks International Sdn. Bhd.
Open Chat
1
Close chat
Hello! Thanks for visiting us. Please press Start button to chat with our support :)

Start