9 Persediaan ke IMKK Oktober 2017

oleh Team Richworks pada 06 October 2017

Cop..cop…ada orang tanya IMKK ni apa?

Ok, untuk yang bertanya, IMKK ialah Program Intensif Magnet Kekayaan & Kejayaan yang akan berlangsung selama 3 hari bermula dari 27 – 29 Oktober 2017 di Ideal Convention Center (IDCC) Shah Alam, dan merupakan satu program yang telah membantu puluhan ribu peserta yang hadir untuk ketahui apa kunci kejayaan hidup yang selama ini tertanam dalam diri, apa tindakan yang patut diambil untuk berjaya dan banyak lagi perkara yang buatkan mereka yang pernah hadir capai kejayaan gila-gila selepas praktikkan semua ilmu yang diajar.

Dan…..

Ramai yang PM kami nak tanya macam-macam info.  Ada yang baru nak daftarkan ahli keluarga dan kenalan.

Ada yang panik sebab hotel dah penuh.

Ada juga yang tanya tentang suhu dewan, tandas kat mana, surau ada disediakan ke?  Dan macam-macam lagi.

Teruja betul semua bakal peserta IMKK Oktober 2017.

Untuk kami bantu 6500 peserta yang bakal hadir ke Program Intensif Magnet Kekayaan & Kejayaan (IMKK) Oktober ini, kami nak kongsi dengan anda 9 persediaan yang anda patut tahu dan buat sebelum hadir ke IMKK.  ATAU PM KAMI SEGERA, jika anda ada kemusykilan tentang pendaftaran ke IMKK Oktober 2017.

Jumpa anda di IMKK!

1. Pastikan Daftar Nama Anda & Nama Peserta.

001

Sila pastikan anda daftar nama anda dan nama peserta yang akan pergi bersama anda atau nama peserta yang akan hadir ke IMKK Oktober ini.  Kesilapan ramai peserta ialah, mereka tak masukkan nama peserta-peserta yang bakal hadir.  Jika anda beli tiket dan anda juga peserta, anda perlu juga masukkan nama anda dan peserta seorang lagi.  Jika anda beli tiket dan anda bukan peserta, anda perlu masukkan nama orang yang bakal hadir nanti.

Bukan setakat nama tapi alamat email dan nombor telefon juga. Macam mana nak daftarkan nama peserta?  Kami ada hantar email khas untuk anda daftar peserta, jika tidak anda boleh call 1300 88 2424 atau email ke info@richworks.com.my  untuk kami bantu.

2. Terima Pra-Pakej.

002

Apa itu Pra Pakej?  Pra Pakej adalah maklumat lengkap tentang lokasi, kedai makan, hotel, dan banyak lagi maklumat tentang program IMKK ini.  Ini adalah seumpama senarai dan maklumat  persediaan yang anda perlu lakukan sebelum hadir ke IMKK.

Sebelum anda hadir ke IMKK anda perlu baca dulu Pra Pakej sebagai persediaan awal.  Jika anda tak dapat Pra Pakej ini, anda boleh PM kami sekarang untuk kami bantu.

Nak mudah, anda juga boleh sertai Facebook Group khas untuk IMKK Oktober iaitu  (LINK FB IMKK OKTOBER) dan berikan nombor kad pengenalan anda untuk kami sahkan.

3. Pastikan Ada Boarding Pass.

003

Nak tahu, lebih dari 6500 orang akan hadir ke Program IMKK Oktober kali ini.  Jadi untuk memudahkan anda dalam proses mendaftar masuk atau check-in, anda perlu print dan bawa Boarding Pass.  Macam nak naik kapal terbang tu!

Boarding Pass ini hanya untuk anda sendiri sahaja.  Anda tak boleh ‘check in’ kan untuk orang lain.  Alaaa…macam naik flight tu?  Mana boleh anda minta orang lain untuk tolong check in untuk anda kan?

Boarding pass ini adalah QR Code yang kami boleh scan masa nak check-in kan anda nanti.

4. Check In Awal.

004

Macam nak naik kapal terbang, adalah sangat bagus jika kita check in awal.  Ini bagi mengelakkan sebarang kesulitan bila check in di saat akhir.  Lagipun, anda bayangkan, ada lebih 6500 orang yang akan hadir, jadi bagus untuk anda check in awal.

Kaunter check in akan dibuka sehari awal iaitu pada hari Khamis 26 Oktober 2017 dari pukul 2pm – 8pm.  Jadi, tak ada alasan untuk kita lewat-lewatkan check-in.

5. Sihat Dan Komited Nak Ubah Hidup.

005

Program Intensif Magnet Kekayaan & Kejayaan (IMKK) mungkin akan jadi program pertama bagi anda yang akan berikan pengalaman paling berbeza, semangat berbeza, aura yang berbeza yang akan menjadikan anda sangat penuh bersemangat dan penuh keterujaan.

Dan, anda perlu komited untuk terus tekun belajar dan komited untuk sentiasa berada di dalam kelas dan sedut semua ilmu yang akan dikongsikan oleh Dr Azizan Osman.  Sekali anda keluar dewan, anda mungkin terlepas bahagian paling penting yang mungkin akan mengubah hidup anda.

Jadi, pastikan anda berada dalam keadaan sihat dan terus komited kerana mungkin inilah peluang anda untuk ubah dan perbaiki tahap hidup anda ke satu tahap yang jauh lebih baik.

6. Parking Betul-Betul!

006

Dalam keterujaan kita nak menuntut ilmu, janganlah sampai kita menyusahkan orang lain…betul kan. Jadi, kami  harap anda rancang perjalanan anda sebaiknya, gunakan ruang parking yang betul dan jangan halang kenderaan orang lain atau laluan keluar masuk.    Dan kami juga tak akan bertanggungjawab jika kenderaan anda disaman atau kena ‘clamp’.  Jadi jaga diri anda dan kenderaan anda sebaiknya.  Orang yang berjaya dunia akhirat tak akan buat perkara yang menyusahkan orang lain.

7. Bawa Alat Tulis Sendiri.

007

Orang yang serius nak berjaya akan sentiasa berada dalam keadaan bersedia.  Jadi, anda dah tahu anda nak menuntut ilmu,  apa kata anda bawa alat tulis anda sendiri semasa hari pendaftaran dan di sepanjang program.  Anda tak akan terpaksa meminjam dari orang lain atau tercari-cari alat tulis untuk anda catat nota dan sebagainya. Pastikan bawa alatulis semasa mendaftar.

8. Fokus Sepanjang Program.

008

Kesilapan ramai orang yang tak berjaya setelah pergi mana-mana program pun ialah mereka tak fokus ketika belajar.  Mereka tidur, keluar masuk dewan, asyik nak ke tandas dan asyik makan.  Mana boleh macam tu…

Kalau nak berjaya, pastikan anda fokus sepanjang program.  Masuk awal, cari tempat duduk yang paling depan mengikut pakej anda dan cari kawan-kawan baru atau circle yang positif.  Buat semua benda dan aktiviti yang diminta buat dengan sesungguhnya.  Pasti IMKK ini kan jadi pengalaman terindah untuk anda semua.

9. Pastikan Hadir.

009

Kami tahu, tawaran ke IMKK ini sangat murah.  Dah lah harga terpaling murah, kami beri pula tawaran tiket percuma.  Jadi, mungkin ada antara anda yang tak rasa penting untuk hadir.  Mungkin…

Sebenarnya, jika anda rasa dah bosan dengan hidup anda dan anda rasa anda perlu cari satu platform untuk perbaiki hidup anda yang dah ala-ala membosankan dan membengangkan anda ini, IMKK lah platform terbaik.

Kami cakap berdasarkan pengalaman.  Ramai yang datang ke IMKK dan fokus serta komited sepanjang program, serta terus buat tindakan selepas hadir program, akan nampak perubahan dalam hidup mereka dalam tempoh 3-6 bulan.

Jadi, pastikan anda hadir, anda tak boleh sia-siakan peluang ini, anda tak layak nak tangguhkan kejayaan anda.  Dan dengan doa, ilmu, usaha dan tawakal, kita tengok apa hasilnya selepas 3-6 bulan nanti.  Insya Allah.

#TeamRichworks

#ResultMatters

Lagi mengenai artikel: Blog, Pengumuman, Seminar
 

Ruangan Komen

  • Percuma! Dapatkan 50 Idea Pemasaran Luarbiasa Disini

  • Maklumat Anda Selamat Bersama Kami.

  • Post Terkini
  • Sertai Alumni Dr. Azizan Osman (Facebook)
  • Kategori
Hak Cipta Terpelihara 2017 © Richworks International Sdn. Bhd.
Open Chat
1
Close chat
Hello! Thanks for visiting us. Please press Start button to chat with our support :)

Start