9 Tips Mudah Untuk Peniaga Bina Kedai Secara Online Di Facebook

oleh Team Richworks pada 07 November 2017

Sekarang platform Facebook dah jadi macam deretan bazaar. Scroll saja mesti jumpa produk untuk dijual beli. Sekejap-sekejap nanti lalu page pula. Sekejap lagi lalu Facebook ads. Kita pun klik-klik saja profil mereka untuk membeli belah. Dunia hujung jari sungguh!

Tapi apa sebenarnya teknik yang perlu diguna kalau nak jual produk di Facebook?

1) Buat page, bukan buat profil personal – Page lebih luas capaian dan banyak peluang untuk boost post. Personal page selalunya kena send request, kena add dan sebagainya. Dan tiada boost post mahupun post berjadual.

2) Letak gambar profil yang betul – Letak yang sesuai. Kalau produk, letak yang berkaitan produk. Kalau speaker atau orang perseorangan, letak gambar separuh badan atau separas dada yang profesional, bukan kasual.

3) Cover photo menarik – Ini macam banner kedai anda. Letak yang menarik dan bersesuaian dengan apa yang anda jual.

4) CTA – Letak nombor telefon, emel serta cara nak hubungi anda.

5) Seksyen Tentang Saya – Letak semua yang ada kredibiliti. Letak deskripsi umum. Biar orang nampak dan yakin.

6) Post visual dan video di Timeline – Tinggikan potensi untuk orang lain share post anda.

7) Cari waktu peak – Perhatikan trend bila orang berada di online. Post waktu yang paling ramai.

8) Pin post – Pin post anda yang penting di atas. Senang orang nak nampak dan baca.

9) Respon pada komen dan mesej – Kalau dah ada kedai di Facebook, anda perlu respon pertanyaan yang ada.

Cukup 9? Cukup dahulu. Nampak simple saja tapi ramai yang terlupa atau terlepas pandang kan? Nak buka kedai di Facebook memang senang, nak maintain tu yang payah. Tapi tak susah! Selamat berniaga!

Lagi mengenai artikel: Blog, Tip Pemasaran Bisnes
 

Ruangan Komen

  • Percuma! Dapatkan 50 Idea Pemasaran Luarbiasa Disini

  • Maklumat Anda Selamat Bersama Kami.

  • Post Terkini
  • Sertai Alumni Dr. Azizan Osman (Facebook)
  • Kategori
Hak Cipta Terpelihara 2017 © Richworks International Sdn. Bhd.
Open Chat
1
Close chat
Hello! Thanks for visiting us. Please press Start button to chat with our support :)

Start