90% Bisnes Start Up GAGAL: Ini Info Penting Tentang 10% Yang Berjaya

oleh Team Richworks pada 02 November 2017

Usahawan, kalau tak pernah gagal itu hampir mustahil. Kegagalanlah yang buat kita lagi kuat dan bangkit dengan lebih maju ke depan. Dan kegagalan itu juga buat kita tahu apa yang patut dan tak patut kita lakukan sepanjang jalan kita nanti.

 

9/10 rezeki memang dari perniagaan. Dan 9/10 pemula bisnes akan GAGAL. Pahit tapi benar. Tapi sebagai usahawan yang realistik, post mortem perlu dijalankan untuk analisa kenapa mereka gagal. Kenapa dan apa perlu diperbetulkan.

 

Ia penting supaya mereka boleh tembak dan capai apa yang sepatutnya mereka buat untuk lebih berjaya selepas ini.

 

Jadi apa karakteristik utama yang perlu ada untuk menjadi pemula bisnes yang berjaya? Let’s study!

 

1. Produk tepat untuk market yang betul

 Buat apa anda jual makanan kucing kepada pembela ikan? Nak jual, buat cara nak jual. Study your market needs. Hasilkan apa yang mereka perlu. ATAU, hasilkan apa yang anda mahu dan CARI market yang tepat. Jangan bazir masa ke hulu ke hilir dengan produk salah pada market yang salah.


2. Pemimpin bisnes takkan abai walau satu benda sekalipun

 Idea produk gempak, kumpulan teknikal hebat, tapi abai proses bisnes dan isu dalam syarikat. Kalau anda tak lingkup dalam masa sebulan dah untung. Nak bisnes tip top, struktur dan sistem kena mantap luar dalam. Walaupun anda kerja seorang buat masa ini, failkan setiap satu bahagian, jangan campur aduk. Dan paling penting jangan abai mana-mana isu.

 

Memang semua perkara tadi adalah sepatutnya bukan kerja anda sebagai founder atau business owner. Tapi jika anda baru, anda terpaksa juga buat semua dan atur. Susun elok-elok, naikkan bisnes, dan secara perlahan tapi konsisten, kembangkan organisasi untuk buat sistem anda lebih hebat. Kemudian baru anda perlu fikir cara untuk work on the business pula.

3. Perkembangan syarikat pantas

 Siapa kata cepat naik akan cepat jatuh? Cepat jatuh jika tiada kawalan dan struktur. Lagi banyak kejayaan, lagi cepat, lagi tinggi motivasi untuk capai kejayaan seterusnya.

Satu sebab kenapa ramai usahawan baru gagal ialah tak cukup tunai di tangan. Kenapa tak cukup? Sebab tak berkembang dengan kadar yang sepatutnya! Jadi hilanglah pelanggan, minat, semangat dan lain-lain lagi.

 

4. Backup team mantap

 Mindset, skill, kebolehan mengadaptasi dan mengubah, dan skill untuk bermula semula dari kosong. Ini semua perlu ada pada backup team anda. Jika anda pernah jatuh dan ada team ini, InsyaAllah anda boleh bangkit lebih hebat dari dulu. Sebab itu pernah ada orang kata, nak cepat pergilah seorang tapi jika nak pergi jauh, pergilah berdua. Jika anda ada partner atau co-founder, anda ada seseorang yang melengkapi kepakaran dan kekurangan anda. Two is better than one.

 

Apa-apa pun, jika anda usahawan baru, dan boleh bertahan, anda termasuk dalam 10% yang beruntung itu. Kejayaan bukan setakat bergantung pada nasib, tapi pada realiti yang dibawa – produk, market, usaha dan lain-lain.

 

Anda ada 4 kriteria ini, InsyaAllah anda on track!

Lagi mengenai artikel: Blog, Tip Perniagaan
 

Ruangan Komen

  • Percuma! Dapatkan 50 Idea Pemasaran Luarbiasa Disini

  • Maklumat Anda Selamat Bersama Kami.

  • Post Terkini
  • Sertai Alumni Dr. Azizan Osman (Facebook)
  • Kategori
Hak Cipta Terpelihara 2017 © Richworks International Sdn. Bhd.
Open Chat
1
Close chat
Hello! Thanks for visiting us. Please press Start button to chat with our support :)

Start