Abang Nak Cakap Sikit Boleh!

oleh Team Richworks pada 03 April 2018

Abang bersyukur Alhamdulillah Allah swt berikan abang kekuatan untuk berkongsi ilmu dengan 1,800 para usahawan, jutawan dan bakal jutawan di #mmmmac2018 selama 4-hari berakhir semalam. Hari pertama habis like 11.47 malam, hari kedua jam 1:40 pagi. Start jam 8.30pagi….

Abang pun tak tahu apa yang “merasuk” diri abang macam tak nak buat “kursus” macam kat luar yang mula jam 9am habis jam 5pm berhenti minum 16 kali dan dalam kelas hanya membawang…… Abang rasa mungkin sebab abang tahu dan rasa betapa tingginya harapan anak didik abang ini nak ubah hidup, tahap kewangan dan tingkatkan bisnes untuk gembirakan keluarga…. abang juga pernah lalui satu zaman yang buat bisnes dan sentuh apa sahaja bisnes dulu gagal dan lingkup sehingga tak tahu nak buat macamana serta tidak ada orang yang kaya berjaya masa tu nak spend masa ajar kau dari pagi hingga malam terangkan satu satu langkah……

Bila tengok ada yang dah capai RM500,000 sebulan, ada yang RM350,000 sebulan, ada yang capai RM3juta ke RM5 juta sebulan tapi mereka bermula dari kosong dan mungkin RM2,000 jer 6-7 bulan sebelum hadir kelas…. Abang tahu satu perkara- Allah swt berikan abang satu amanah berat iaitu bantu orang lain yang nak dibantu especially anak bangsa abang sendiri, yang tak nak- Tuhan pun sebut- Tuhan tidak ubah nasib sesiapa melainkan dia sendiri yang nak ubah…. Itu Tuhan yang sebut beb! Kalau kau sendiri tak nak ubah- sukahati kaulah.

Sebab tu abang komited bila mereka ini hadir kelas terakhir Millionaire Marketing Mastery 2018 ini. Abang pun tahu kelas ini tak ada lagi tahun ini. So abang tahu juga Insha Allah abang dah berikan lebih dari apa yang abang patut berikan dengan 99% formula & strategi Zero Kos Marketing abang yang terbaru! Kau apa tahu…. kau hanya tahu komplen pasal hidup kau dan hutang kau serta masalah kau tapi kau tak nak buat apa2 pun about it…. abang bukan cakap kau tu kau- abang cakap dengan “kau” yang terasa macam abang tengah cakap pasal kau

P/S Tunggu buku terbaru abang #ZeroKosMarketing #AzizanOsman di lancarkan Insha Allah… tunggu bubar parlimen dululah…

#AzizanOsman

Kau nak buku terbaru abang free? Kau komen kenapa kau patut dapat dan tag nama kawan2 kau suruh Like komen kau dan Share post abang ini.

Kalau kau nak lah. Like komen kau paling tinggi abang bagi kau dan undang kau masa launchinh buku nanti…. ok?

Lagi mengenai artikel: Blog, Seminar, Tip Pemasaran Bisnes
 

Ruangan Komen

  • Percuma! Dapatkan 50 Idea Pemasaran Luarbiasa Disini

  • Maklumat Anda Selamat Bersama Kami.

  • Post Terkini
  • Sertai Alumni Dr. Azizan Osman (Facebook)
  • Kategori
Hak Cipta Terpelihara 2017 © Richworks International Sdn. Bhd.
Open Chat
1
Close chat
Hello! Thanks for visiting us. Please press Start button to chat with our support :)

Start