Ada 5 Strategi Tapi Anda Buat Dua Strategi Sahaja, Bisnes Terpaksa Berkembang

oleh Team Richworks pada 08 February 2018

“Matlamat saya pada tahun 2018 adalah untuk kembangkan bisnes saya.”

Ini merupakan matlamat yang baik. Keinginan untuk kembangkan perniagaan merupakan satu keperluan yang sangat penting bagi memastikan perniagaan anda sentiasa mempunyai keupayaan untuk bersaing.

Nak kembangkan perniagaan memerlukan strategi yang efektif. Tanpa strategi, perniagaan anda mungkin akan bertukar menjadi “perniagaan gulung tikar” tahun ini. Bagi mengelak situasi ini dari berlaku, kami kongsikan 5 strategi untuk kembangkan perniagaan anda tahun ini.

Strategi #1: Kuasai Pasaran Sedia Ada

Perkara pertama yang sering difikirkan oleh usahawan bila bercakap tentang pengembangan perniagaan adalah ‘mendapatkan pelanggan baru’.

Mencari pelanggan baru untuk perniagaan memang penting tetapi ianya sesuai bagi peringkat permulaan perniagaan. Bagi fasa nak kembangkan bisnes, pelanggan sedia ada atau pelanggan tetap adalah lebih penting berbanding pelanggan baru.

Ianya lebih mudah dan lebih murah untuk dapatkan orang yang sudah membeli dari anda untuk ‘membeli lebih’ berbanding daripada mencari pelanggan baru dan meyakinkan mereka untuk terus membeli dari bisnes anda.

Strategi #2: Jadikan Pelanggan Sebagai Iklan

Salah satu cara paling pantas untuk mendapatkan pelanggan baru adalah dengan cara menggunakan pengaruh pelanggan sedia ada.

Anda perlu berikan produk atau perkhidmatan yang terbaik buat pelanggan sedia ada. Bagi mereka rasai kepuasan tidak terhingga selepas menggunakan produk bisnes anda.

Buat survey semasa atau selepas setiap kali pelanggan membeli produk anda. Cuba anda tanya pelanggan samada mereka berpuas hati dengan produk atau perkhidmatan bisnes anda. Ini akan membantu anda untuk meningkatkan kualiti bisnes.

Percayalah, pelanggan yang berpuas hati dengan perkhidmatan atau produk anda dengan rela hati akan kongsikan cerita kepuasan ini kepada orang lain. Pelanggan ini akan menjadi iklan bergerak ‘percuma’ buat bisnes anda. Strategi ini sangat meyakinkan dan efektif untuk dapatkan pelanggan baru.

Strategi #3: Inovasi Produk Atau Perkhidmatan Bisnes Anda

Strategi ini harus dilakukan secara berterusan. Bisnes anda kena sentiasa mempunyai sesuatu yang ‘segar dan unik’. Ini bagi mengelakkan pesaing menguasai pasaran bisnes anda.

Pelanggan suka dan ingin merasai pengalaman baru, disebabkan itu bisnes makanan seperti Pizza Hut sentiasa membuat inovasi produk dengan menyediakan pelbagai jenis pizza baru dan unik.

Strategi #4: Luaskan Saiz Pasaran

Jika sebelum ini anda hanya fokus saiz pasaran pada area Kuala Lumpur, apa kata tahun ini anda luaskan saiz pasaran ke area Selangor pula. Sekarang anda sudah ada dua kawasan jajahan pasaran tahun ini.

Sebagai contoh, luaskan saiz pasaran di lokasi baru, seperti membuka kedai atau kiosk di bandar baru. Pemasangan banner atau bunting di kawasan baru. Luaskan saiz pasaran juga boleh dilakukan di alam digital, seperti penambahan kawasan target di dalam pengiklanan Facebook.

Strategi #5: Join Pameran Perdagangan (Trade Shows)

Pameran perdagangan merupakan salah satu peluang untuk kembangkan bisnes anda. Kebiasaan orang yang hadir ke pameran ini sudah mempunyai pengetahuan tentang produk yang ditawarkan sebagai contoh pameran perkahwinan, pameran buku atau pameran komputer.

Oleh kerana pameran perdagangan menarik orang yang sudah berminat dengan jenis produk atau perkhidmatan yang anda tawarkan, mereka secara tidak langsung dapat meningkatkan kedudukan bisnes anda di dalam pasaran.

Tugas anda pada pameran itu hanyalah perlu menarik pelanggan ini ke kaunter bisnes anda. Anda perlu ada ilmu ‘tarik pelanggan’ dan ilmu untuk ‘close dan upsell’ produk. Ilmu ini yang akan menjadi penentu keuntungan bisnes anda.

Anda perlu berhati-hati dalam memilih pameran perdagangan yang ingin diikuti. Perlu mengikuti pameran perdagangan yang sama industri dengan bisnes anda dan juga selidik siapa yang menganjurkan pameran tersebut.

2018 Masa Untuk Kembangkan Bisnes Anda

Senarai di atas merupakan 5 contoh strategi kembangkan bisnes. Anda tidak perlu buat kesemuanya, buat dua strategi sahaja pun sudah mencukupi. Jika anda tumpukan dua strategi ini dan buat secara ‘all out’, tak mustahil bisnes anda boleh berkembang tahun ini.

Nak huru harakan bisnes, buat kelima-lima strategi ini. Tapi ingat untuk lakukan strategi ini perlu ada ilmu yang tepat dan berkesan. Dapatkan ilmu melalui pembacaan buku, online atau nak lebih mudah dapatkan mentor untuk bimbing anda.

Lagi mengenai artikel: Blog, Tip Pemasaran Bisnes, Tip Perniagaan
 

Ruangan Komen

  • Percuma! Dapatkan 50 Idea Pemasaran Luarbiasa Disini

  • Maklumat Anda Selamat Bersama Kami.

  • Post Terkini
  • Sertai Alumni Dr. Azizan Osman (Facebook)
  • Kategori
Hak Cipta Terpelihara 2017 © Richworks International Sdn. Bhd.
Open Chat
1
Close chat
Hello! Thanks for visiting us. Please press Start button to chat with our support :)

Start