Adakah Anda Seorang Happy Businessman?

oleh Team Richworks pada 12 September 2017

5 Sebab Anda Berniaga Tapi Tak Boleh Tidur Malam.

 

Apa jenis perniagaan pun yang anda lakukan tak akan bermakna jika ianya tak memberi kegembiraan kepada anda.  Jika anda berniaga tapi macam kena paksa, macam kena dera dan tersiksa jiwa raga, anda sama saja tarafnya dengan orang yang bekerja tapi tak gembira dengan kerjayanya.

Apa yang menyebabkan seorang peniaga gembira?  Sales yang tinggi, bisnes yang berjalan lancar, tanpa masalah, dan jumlah dalam akaun yang bagus?  Masalahnya, ramai peniaga bila mereka mula berniaga, mereka fikir berniaga setakat buat sales dan buat untung.

Mereka tak tahu bahawa berniaga ialah tentang membina perniagaan dengan lebih bersistem, supaya pada satu masa nanti peniaga dah tak perlu sangat uruskan semua bisnes, dan bisnes boleh berjalan sendiri dan diuruskan oleh leader yang kita percayai.

Anda mungkin tak percaya sebab sekarang anda sedang sangat sibuk uruskan semua perkara dalam bisnes sehingga anda tak ada masa nak menikmati bisnes dan anda tak nampak jalan bagaimana nak jadi lebih releks berbisnes. Tapi, tak ramai peniaga sedar kenapa mereka bisnes busy hari-hari tapi hati masih risau dan tak dapat tidur malam.

Kami kongsikan 5 sebab ramai peniaga berniaga bertahun-tahun tapi masih tak rasa happy dan tak bahagia dengan hasil bisnes mereka.

1) Buat bisnes nampak busy, tapi tak tahu ke mana pergi duit bisnes.

Ini selalunya berlaku bila peniaga tak uruskan cashflow dengan betul.  Semua duit bisnes dimasukkan dalam satu akaun sahaja iaitu akaun peribadi.  Tanpa mereka sedar, mereka dah gunakan duit tersebut untuk urusan harian. Bila time nak tambah stok, baru sedar duit tak ada.

2) Takut dengan cukai dan GST

Ramai peniaga sedar yang jabatan kerajaan sedang laksanakan Ops cukai dan GST.  Dah ada kesedaran tu dah bagus, tapi masalahnya masih tak bayar cukai dan GST.  Jangankan nak bayar, macam mana nak buat potongan, nak daftar kat mana, nak kira macam mana pun masih ramai yang tak tahu.  Jadi, bila berita mengatakan LHDN dan Kastam nak buat serbuan, barulah masing-masing rasa stress.

3) Terpaksa bayar gaji staff yang makan gaji buta.

Kesian melihatkan peniaga yang terpaksa berhempas pulas buat bisnes lebih teruk dari kuli.  Terpaksa uruskan semua perkara.  Sedangkan staff buat perangai setiap hari.  Tak berdisiplin, salah gunakan waktu pejabat dan harta pejabat, datang lambat balik cepat, dan 1001 masalah lagi yang boleh buatkan peniaga terduduk. Ini semua akibat tak tahu nak uruskan staff dengan bijak.

4) Tak boleh tidur malam sebab fikirkan hutang bisnes

Bila buat bisnes kita memang perlu tahu tentang cash flow.  Bila tahu cash flow, kita tahu bagaimana nak pusingkan modal untuk beli stok.  Masalahnya, kalau dah duit bisnes semua masuk poket sendiri dan tak pernah rekod macam mana nak tahu cashflow.  Dan, bila nak order stok baru, mula terpaksa berhutang. Bila tak buat sales, maka terpaksalah pula menanggung hutang. Bukan setakat hutang bank tapi kos operasi yang lain-lain seperti sewa, bil dan lain-lain

5) Sakit hati dengan masalah agen, stokis dan distribution channel

Semua peniaga nak ada distribution channel  yang ramai tapi tak semua peniaga tahu macam mana nak uruskan mereka.   Nak uruskan distribution channel perlu ada ilmu, perlu ada leadership skills, perlu ada sistem latihan berterusan dan ada insentif.  Masalahnya benda macam ni tak ramai peniaga tahu.  Dan mereka juga tak ada sistem nak uruskan distribution channel terutamanya bila dah jadi besar.

Amacam? Dah tahu punca kenapa anda berniaga dan tak boleh tidur malam.? So next step, anda perlu cari ilmu bagaimana nak selesaikan 5 perkara ini.

Lagi mengenai artikel: Blog, Tip Motivasi dan Inspirasi
 

Ruangan Komen

  • Percuma! Dapatkan 50 Idea Pemasaran Luarbiasa Disini

  • Maklumat Anda Selamat Bersama Kami.

  • Post Terkini
  • Sertai Alumni Dr. Azizan Osman (Facebook)
  • Kategori
Hak Cipta Terpelihara 2017 © Richworks International Sdn. Bhd.
Open Chat
1
Close chat
Hello! Thanks for visiting us. Please press Start button to chat with our support :)

Start