Adakah Anda Si Attention Seekers- Pemasar Hebat Yang Terbaik?

oleh Team Richworks pada 18 April 2017

attention

Si pencari perhatian.

“Eh kau ni attention seekers lah! Sibuk sangat upload gambar kat Instagram, Facebook, buat vlog. Hari hari nak up status. Say Hi lah, tanya makan apa hari ni lah, kau tak bosan je? Kadang aku tengok kau up cerita pasal rumahlah, anaklah, shopping kat manalah, bercutilah. Macam macam lagilah. Fed up pula aku tengok!”

Aha! Selalu tak anda, si pencari perhatian, dengar bebelan seperti ini? Baik dari haters, mahupun lovers. Dan anda pula, yang membebel sebegini, anda benar benar fed up atau ada sekelumit cemburu dalam hati? No no no. Jangan cemburu, jangan iri. Tak elok untuk kesihatan minda dan rohani.

Jika anda seorang usahawan, yang baru bermula, orang kata baru nak up, malah jika anda sudah senior pun, anda memang akan diajar untuk menjadi attention seekers. Cuma sama ada ianya bawa keberhasilan yang baik atau tidak, bergantung pada cara dan apa yang anda kongsikan. Attention seekers. Mestilah anda nak cari perhatian! Anda kan usahawan. Anda menyediakan (menjual) produk atau perkhidmatan yang perlu anda pasarkan!

Untuk mencari pasaran, anda wajib cari perhatian. Marketing is making people to see you. Anda memasarkan diri anda mahupun produk anda melalui perhatian yang anda bina terhadap prospek anda. Kalau anda tak jadi attention seekers, sebaliknya jadi katak bawah tempurung, siapa nak nampak anda? Anda pun takkan nampak orang!

Market = attention.

Ada yang berpendapat mereka mahu memasarkan diri mereka terlebih dahulu. Bagi orang kenal dan tahu. Bagi orang suka diri mereka. Bina network dan lovers. Kongsi seribu satu #tipskehidupan atau #tipskecantikan. Mereka kumpul seramai mungkin fans (peminat). Mereka tembusi segala macam cabang media sosial. Kerana bagi mereka, lebih ramai orang suka dan percaya kita, lebih mudah untuk kita menjual nanti!

Dan kepercayaan ini, memang benar! Dalam kelas-kelas Dr Azizan Osman sendiri menekankan konsep ini. Masyarakat sekarang sudah muak dan bosan dengan teknik hard selling. Mereka akan lebih tertarik pada soft sell. Menjual secara tak langsung. Atau jual tapi bukan menjual.

Berkongsi petua, pengalaman, inspirasi dan cerita sehari hari lebih menarik perhatian prospek. Mereka sukakan cerita! Manusia kan suka bergosip? Okay maaf, hanya sesetengahnya saja. Yang lain sekadar mengambil berat. Tapi itu bagusnya.

Sebagai usahawan, setiap titik peluang perlu diambil kira dan dimanfaatkan. Dan menjadi attention seekers adalah satu cara yang paling berkesan. Lihat saja di media sosial, sesiapa yang tular mudah saja menjual. Jual apa sahaja, pasti jalan.

Dan sebenarnya, usahawan, anda bukanlah attention seekers seperti yang dibebelkan oleh marhaen berminda bukan jutawan. Anda cuma memasarkan diri anda. Anggap saja anda marketer. Molek sikit bunyinya.

Apa apapun, memang terbaik! Jika anda berjaya dilabel sebagai attention seekers. Kerana anda dah berjaya membuka peluang besar untuk produk anda laris di pasaran!

Lagi mengenai artikel: Blog, Tip Pemasaran Bisnes
 

Ruangan Komen

  • Percuma! Dapatkan 50 Idea Pemasaran Luarbiasa Disini

  • Maklumat Anda Selamat Bersama Kami.

  • Post Terkini
  • Sertai Alumni Dr. Azizan Osman (Facebook)
  • Kategori
Hak Cipta Terpelihara 2017 © Richworks International Sdn. Bhd.
Open Chat
1
Close chat
Hello! Thanks for visiting us. Please press Start button to chat with our support :)

Start