Adakah Benar “Kekayaan” Penyebab Utama Manusia Hilang Pedoman Hidup?

oleh Team Richworks pada 18 April 2017

kaya-hilang-pedoman-richworksv2

Pernahkah anda dengar bahawa kekayaan boleh menyebabkan ramai orang hilang pedoman?  Mungkin ada antara anda yang melihatnya sendiri, individu yang dahulunya baik kini telah berubah sikap apabila menjadi kaya.  Ada juga suami atau isteri yang berubah sikap setelah berjaya dan anak-anak yang melupakan ibu bapa dan keluarga setelah menemui kejayaan.  Ramai juga lagi yang sanggup menipu untuk mengejar kekayaan.

Adakah benar harta kekayaan boleh menjadi penyebab kepada kehancuran akhlak manusia?  Tetapi bagaimana pula dengan ajaran lslam yang mengatakan bahawa kefakiran itu boleh membawa kepada kekufuran?

Bagaimana pula dengan kewajipan berzakat, berwakaf atau bersedekah yang digalakkan oleh agama Islam jika menjadi kaya serta berharta itu berdosa atau merupakan satu kesalahan?

Saya setuju jika anda katakan bahawa harta dan wang ringgit tidak boleh membeli kebahagiaan dan boleh membuat seseorang hilang pedoman. Betul! Memang kebahagiaan itu tidak boleh dijual beli dan bukan juga terletak kepada apa yang kita miliki.

Sebaliknya kebahagiaan itu letaknya pada nikmat rasa kesyukuran itu.  Walau bagaimanapun, hukum dunia menetapkan bahawa dari sekecil-kecil institusi seperti sebuah keluarga sehinggalah kepada institusi yang lebih besar seperti sebuah negara berpaksikan ekonomi dan wang ringgit sebagai tunjang utama untuk memiliki kebahagiaan duniawi.

Realitinya, wang ringgit memang tidak boleh membeli kebahagiaan dan ketenangan tetapi untuk mencapai kebahagiaan mahupun ketenangan, memerlukan wang ringgit sebagai alat utamanya. Walau bagaimanapun, jika digunakan kekayaan fizikal ini mengikut tuntutan agama yang sebenar, saya yakin bahawa wang juga boleh membawa anda menuju kebahagiaan dunia dan akhirat.

 Anda harus ingat, wang adalah hanya sekeping kertas, yang tidak boleh berkata-kata atau boleh mempengaruhi anda menjadi negatif. Ia sebenarnya bergantung kepada apa yang ada di dalam sistem minda anda.

 Jika anda hidup dalam rahmat selama ini, setiap sen yang diperolehi anda akan hargai dan syukuri.  Malah, anda akan terus berusaha lagi untuk memperbaiki diri supaya lebih banyak lagi kekayaan dan kejayaan yang dapat anda himpun untuk disumbangkan kembali kepada masyarakat dan negara.

 Wang juga, merupakan satu alat atau instrumen yang diberikan nilai. Dunia ini tidak menjadi lebih aman walaupun wang dihapuskan sepenuhnya tetapi kehidupan kita boleh menjadi lebih baik sekiranya kita menggunakan alat ini dengan ilmu dan secara berhikmah.

Islam sendiri mendidik kita supaya menjadi ummah yang punya kekuatan ekonomi. Islam tidak pernah mengasingkan muamalat dari perihal agama. Malahan, muamalat adalah sebahagian daripada lslam itu. Terpulanglah kepada manusia untuk memilih sama ada hendak menggunakan wang untuk kebaikan atau sebaliknya.

Sekarang anda dah faham apa itu kekayaan dan bagaimana hendak gunakannya. Sekali lagi saya ajukan soalan yang sama kepada anda… “Adakah anda masih percaya bahawa kekayaan menyebabkan ramai orang hilang pedoman?” Apa jawapan anda sekarang?

IMKK, program 3-hari Intensif Magnet Kekayaan & Kejayaan hanya 9-hari sahaja lagi. Tahniah buat anda yang telah mendaftar dan pastikan anda hadir dan baca *9 Persediaan Peserta IMKK. Jika anda belum mendaftar, anda boleh dapatkan tawaran terakhir kami sebelum kami tutup pada bila-bila masa *di sini*.

Lagi mengenai artikel: Blog, Tip Motivasi dan Inspirasi, Tip Pemasaran Bisnes
 

Responses

  1. riangria 19 April 2017, 1:40 am (#)

    perkongsian yang sangat baik utk pedoman hidup..

Ruangan Komen

  • Percuma! Dapatkan 50 Idea Pemasaran Luarbiasa Disini

  • Maklumat Anda Selamat Bersama Kami.

  • Post Terkini
  • Sertai Alumni Dr. Azizan Osman (Facebook)
  • Kategori
Hak Cipta Terpelihara 2017 © Richworks International Sdn. Bhd.
Open Chat
1
Close chat
Hello! Thanks for visiting us. Please press Start button to chat with our support :)

Start