Akibat Hutang, Mak Andam Moden Ini Bangkit Bina Bisnesnya

oleh Team Richworks pada 14 April 2017

002

“Hidup ‘ni kalau tak berhutang tak merasa ‘lah nak beli macam-macam.”

Pernah dengar ayat macam ni?

Akibat ayat macam ‘ni, ramai antara kita terjebak dengan hutang terutamanya hutang kad kredit. Ada yang memiliki lebih dari 5 kad kredit, semuanya digunakan untuk berhutang.

Teringat kat sebuah lagu lama yang antara liriknya berbunyi, “gali lubang tutup lubang”. Maksudnya, guna satu kad kredit untuk bayar hutang kad kredit lain, kan susah tu?

Tapi itulah hakikat. Ramai antara kita yang terjebak dalam hutang hingga terpaksa disenarai hitam, CCRIS dan CTOS. Ada yang terus diistiharkan muflis!

Wanita ini, juga pernah merasai dan melalui hidup dibelit hutang. Akibatnya…..

Puan Emma Zuraida, juga seperti insan-insan lain yang ada impian. Suka atau tidak, semua orang terpaksa terima hakikat, nak capai impian semuanya memerlukan duit tapi dalam keterujaan manusia nak mencapai impian ramai yang sanggup berhutang. Masalah akan terjadi bila manusia gagal menguruskan hutang.

Puan Emma Zuraidah yang dulu pernah makan gaji juga pernah menghadapi situasi yang sama. Namun, Alhamdulillah Allah kurniakan dirinya idea untuk berniaga dengan bakat yang ada demi untuk mencari sedikit wang saku untuk membayar hutang piutangnya.

Dari berniaga kecil-kecilan sebagai pengurus acara dan majlis perkahwinan, dengan sedikit-sedikit ilmu yang ada, beliau mula mampu menjadikan perniagaannya semakin besar. Sedikit demi sedikit hutangnya mula langsai.

Tetapi, ada halangan lain pula yang dihadapi bila perniagaannya mula sukar nak berkembang. Dari situlah beliau ambil keputusan untuk perbaiki diri dan tambah ilmu dengan menyertai Program Intensif Magnet Kekayaan & Kejayaan (IMKK).

Puan Emma Zuraidah yang merupakan pemilik Wedding’s By Emma terus teruja melihatkan banyak ilmu yang dipelajari dari IMKK dan mula hadir ke program-program lain anjuran Richworks. Selepas hadir ke IMKK, beliau lebih jelas tentang apa sebenarnya tujuan beliau berniaga. Untuk siapa dan kenapa? Tujuan sebenarnya, lebih besar dari setakat bayar hutang.

Ianya untuk perbaiki tahap hidup diri dan keluarga juga untuk mampu lebih memberi dan membantu insan-insan yang memerlukan.

Seseorang akan dapat membantu lebih ramai orang setelah diri sendiri dibantu dan diperbaiki ke satu tahap yang jauh lebih baik dari sebelumnya.

Ini halikat kehidupan. Dengan perniagaan Wedding’s By Emma yang semakin berkembang dan mula dikenali di kalangan selebriti dan orang ternama, Puan Emma Zuraidah tidak pernah menyesal berguru dengan Dr Azizan Osman.

Semoga anda juga boleh berjaya seperti beliau.

PM kami segera jika anda nak tahu bagaimana nak mulakan langkah untuk berjaya atau layari www.azizanosman.com/imkk/april2017 segera.

#TeamAzizan

#ResultMatters

Lagi mengenai artikel: media, Tip Motivasi dan Inspirasi, Tip Pemasaran Bisnes, Tip Perniagaan
 

Responses

  1. Akibat Hutang, Mak Andam Moden Ini Bangkit Bina Bisnesnya - UstazWan.com 15 April 2017, 6:21 pm (#)

    […] post Akibat Hutang, Mak Andam Moden Ini Bangkit Bina Bisnesnya appeared first on Azizan Osman […]

  2. Admin Nadia 21 April 2017, 11:34 am (#)

    Salam..boleh segera PM kami di Pages Azizan Osman untuk kami bantu tentang IMKK . Klik link ini ya https://www.facebook.com/azizanosmanofficialpage/messages/ Terima kasih #Admineyka

Ruangan Komen

  • Percuma! Dapatkan 50 Idea Pemasaran Luarbiasa Disini

  • Maklumat Anda Selamat Bersama Kami.

  • Post Terkini
  • Sertai Alumni Dr. Azizan Osman (Facebook)
  • Kategori
Hak Cipta Terpelihara 2017 © Richworks International Sdn. Bhd.
Open Chat
1
Close chat
Hello! Thanks for visiting us. Please press Start button to chat with our support :)

Start