Akibat Tak Ada Ilmu, Wanita Ini Menangis Setiap hari Kerana Bisnesnya Rugi.

oleh Team Richworks pada 06 April 2018

Bau pandan bersama lemak santan mengisi seisi rumah seawal pukul 4 pagi.  Diikuti, dengan bunyi tumisan sambal dengan bau yang harum. Kak Ani menghiris timun-timun segar dan meletakkannya dalam satu bekas bersebelahan dengan ikan bilis dan kacang tanah yang sudah digoreng.

Hari masih awal pagi tapi beginilah rutin kehidupan Kak Ani sebagai seorang peniaga nasi lemak setiap hari. Kak Ani berniaga nasi lemak di sebuah gerai di Klang semenjak beberapa tahun lepas.  Niat Kak Ani hanyalah untuk mencari duit saku, membantu keluarga dan memberikan sedikit kegembiraan kepada anaknya.

Itu impian setiap ibu di dunia.  Itu juga yang ibu selalu lakukan demi anak-anaknya. Kak Ani gigih berniaga nasi lemak setiap hari demi nak berikan sesuatu, berikan kebahagian dan mencapai impian dirinya sendiri dan anaknya.

Malangnya, berniaga nasi lemak tak semudah yang disangka.  Tak selemak rasa pandan dan santan dan tak seharum bau tumisan sambal yang Kak Ani masak setiap hari.  Selama berniaga, Kak Ani bagaikan kais pagi makan pagi.  Kak Ani tak pernah merasa untungnya.  Tak pernah tahu ke mana pergi duit jualannya setiap hari.

Ada kala, Kak Ani bagaikan nak meraung menangis bila terpaksa keluarkan duit untuk membeli beras, telur, cili, ikan bilis dan bahan jualan yang lain.  Kak Ani tak tahu kenapa beliau terpaksa teruk-teruk berniaga, korbankan masa tidur, korbankan macam-macam sedangkan beliau tak pernah nikmati untungnya.

Kak Ani tak tahu kenapa hidupnya masih susah walaupun sudah berbisnes.  Kak Ani tak tahu di mana silapnya. Setiap hari Kak Ani berniaga hanya untuk hidup, setakat lepas nak buat modal untuk berniaga lagi esok hari. Kak Ani tak pernah nampak duitnya bertambah. Tak sanggup rasanya Kak Ani, untuk tangguhkan lagi impiannya untuk membelikan sebuah rumah untuk keluarganya.  Namun, semakin hari impiannya semakin jauh.

Sehingga satu hari Kak Ani mendapat maklumat tentang satu program yang mengajar usahawan tentang kepentingan urus wang bisnes dan strategi untuk melakukannya.  Kak Ani hadir dan mula belajar bagaimana nak uruskan duit bisnes yang dia dapat setiap hari.  Kenapa perlu simpan duit di bank setiap hari, dan bila waktu sesuai nak keluarkan duit untuk beli barang. Kak Ani, dah jelas kenapa nak kena rekodkan berapa jumlah sales setiap hari, tanpa perlu belajar ilmu perakaunan yang susah, hanya rekodkan di buku lejer.

Impian Kak Ani besar.  Dengan ilmu yang beliau dapat, Kak Ani terus konsisten buat tindakan.  Rekod semua jualan dan perbelanjaan, asingkan duit untuk beli keperluan, ambil gaji bulanan, simpan duit di bank.

Akhirnya Kak Ani dapat lihat duit simpananya bertambah.  Kak Ani dah daftarkan perniagaannya dan hasil konsisten simpan duit di bank dan urus akaun dengan baik, Kak Ani dah mampu dapatkan pinjaman untuk beli rumah yang diidamkan.

Kak Ani percaya, 9/10 rezeki adalah dari perniagaan.  Tapi jika tanpa ilmu yang betul, berniagalah macam mana pun rezeki tak akan lekat juga. Kak Ani kini lebih yakin dalam berbisnes bila dia dah mula nampak jumlah duit yang semakin bertambah dalam akaunnya.

Alhamdulillah, Kak Ani kini tak perlu menangis lagi. Kak Ani pun dah semakin yakin dalam berbisnes. Gerainya di Taman Andalas, tak pernah kosong. Bisnesnya pun dah semakin baik.

Berniagalah apa pun, perlu tahu tujuan asalnya adalah nak buat duit dan simpan sebanyaknya. Tapi, tanpa ilmu pengurusan bisnes, perniagaan sebesar mana pun akan runtuh juga.

Lagi mengenai artikel: Blog
 

Ruangan Komen

  • Percuma! Dapatkan 50 Idea Pemasaran Luarbiasa Disini

  • Maklumat Anda Selamat Bersama Kami.

  • Post Terkini
  • Sertai Alumni Dr. Azizan Osman (Facebook)
  • Kategori
Hak Cipta Terpelihara 2017 © Richworks International Sdn. Bhd.
Open Chat
1
Close chat
Hello! Thanks for visiting us. Please press Start button to chat with our support :)

Start