“Aku Dulu Pernah Hidup Makan Asap.” Wedding Planner Selebriti Ternama Kongsi Cerita Jatuh Bangun Dalam Bisnes.

oleh Team Richworks pada 11 July 2018

“OK, terima kasih kerana memilih Wedding By Emma.  I harap you puas hati…Selamat Pengantin Baru!”  Puan Emma mematikan telefon bimbitnya.  Senyum dan senyum lagi.  Syukur sangat.  Dalam banyak-banyak wedding planner kat Malaysia ni, penyanyi terkenal dengan lagu Oh Bulan – Yuna dan pasangannya, Adam Sinclair pilih Wedding by Emma untuk menguruskan majlis perkahwinan mereka.. Awesome!!

Puan Emma, belek-belek lagi handphone.  Ada beberapa lagi selebriti tanahair sedang minta untuk berjumpa Puan Emma.  Nak set appointment dengan artis bukan senang.  Semuanya sibuk.  Tapi Puan Emma perlu cari masa.  Mana nak uruskan majlis perkahwinan adik Erma Fatimah, wedding Syukri Yahaya dan yang paling besar satu Perkahwinan Di Raja!  Ala-ala princess gitu…

Sambil-sambil Puan Emma lukis-lukis idea pelamin, dia teringat cerita dolu-dolu. Cerita zaman dia bekerja sebagai Eksekutif Khidmat Pelanggan.  “Eksekutif ke kulikutif!” Itu yang dia selalu fikirkan. Itu jugak yang selalu orang sekeliling dia persoalkan.

“Bagus ke kerja Eksekutif Khidmat Pelanggan tu?” Besar ke gajinya.  Aku tengok hidup kau macam merana je..?”

“Nama jawatan macam bagus – Eksekutif Khidmat Pelanggan.  Tapi takkan gaji kau ciput je.?”

“Boleh ke kerja macam tu tanggung hidup kau kat KL ni.?”

“Kau tu anak bongsu…apa retinya!”

Tu antara suara-suara sumbang yang selalu membuatkan Puan Emma rasa bengang. Tapi, nak salahkan siapa.  Nak salahkan makcik-makcik bawang tu, tak ada gunanya.  Tapi sampai bila nak hidup dengan kata nista orang?

Puan Emma terus lukis-lukis lagi contoh idea pelamin.  Pelamin penuh bunga.  Pelamin penuh lampu hiasan.  Ada bunga putih dan pink, ada yang bunga warna warni. Sambil tu dia biarkan fikiran dia terbang ke zaman dulu.  “Syukurlah…hidup sekarang dah lega, dulu…tiap-tiap hari terpaksa makan asap, naik skuter pergi office, berpanas berhujan. Dapat naik gaji RM50.00 setahun pun dah syukur sangat.  Kerja susah macam nak mati, gaji seciput.  RM2,500 je. Macam mana nak hidup senang lenang dengan gaji macam tu.”  Puan Emma berbisik sendiri dalam hati. Bukan tak bersyukur tapi hidup kat KL ni, dengan gaji  RM2500.00  dah kira masuk statistik orang miskin bandar!

Sebak juga hati bila teringatkan dia dan suami terpaksa budget-budget nak makan.  RM10.00 je sehari! Jangan harap la nak makan kat restoran atau Food Court mewah..telan air liur je lah..kat kedai mamak pun dapat roti canai dengan teh tarik je. Itu pun dah kira mewah!

Puan Emma jenguk lagi skrin handphone.  Ada beberapa mesej WhatsApp masuk.  Ada ramai yang tanya quotation.  Ada yang tanya tarikh yang masih available untuk Puan Emma uruskan majlis perkahwinan mereka.  Puan Emma senyum. Happy dia dengan keadaan sekarang.  Happy dengan bisnes yang dia ada, dengan kenderaan yang dia ada, tak perlu lagi naik skuter buruk.

“Bang, ingat tak rumah kita dulu..?”  Tanya Puan Emma kepada suaminya yang duduk di sebelah. Suaminya pun pandang Puan Emma. Lama.  Kepalanya angguk-angguk perlahan.   Sambil imbas kembali kenangan yang mereka takkan lupa sampai bila-bila, zaman terpaksa duduk bersesak-sesak di apartment yang hanya bersaiz 700 kaki persegi.  Duduk pulak dengan 7 orang serumah! Boleh bayangkan sempitnya.  Nak berjalan pun susah.  Nak duduk makan pun tak cukup kerusi meja!

“Tak boleh jadi! Aku mesti buat something.”  Hidup yang sangat tertekan dan dengan kata-kata orang sekeliling yang buatkan dia terfikir nak mulakan bisnes. Puan Emma sedar, dia suka organize majlis dan dia ada bakat buat hiasan. Dari situ dia dapat idea bisnes.  Mula-mula dia ambik tempahan majlis cukur jambul dan majlis aqiqah, kemudian mula terima tempahan majlis bertunang, majlis akad nikah dan akhirnya terlibat dengan pengurusan majlis persandingan dan perkahwinan.

Sikap dan komitmen yang dia berikan kepada pelanggan dan kesungguhannya nak berikan moment terbaik kepada pelanggan pada hari bersejarah mereka, membuatkan nama Puan Emma makin jadi sebutan. Bisnesnya semakin berkembang…

Hidup dia dah mula berubah.  Duit hasil bisnes mula masuk.  Lifestyle pun dah jadi lain macam.  Eh..ok kot, dulu hidup teruk, gaji ciput dah ada bisnes sendiri mestilah ubah cara hidup! Betul tak?  Tapi rupanya panas tak selamanya, ribut taufan datang juga.  Tak sangka! Tiba-tiba Puan Emma tersedar, dia berhutang keliling pinggang sehingga mencecah RM800,000!  Hutang bisnes, hutang kad krediit dan macam-macam lagi sehingga nama dah tersenarai dalam CCRIS dan CTOS.

Seram sejuk bila dia ingatkan saat tu. Mana nak letak muka kalau geng-geng makcik bawang yang selalu mengata dia dulu dapat tahu. Paling tak sanggup dia fikir kalau terpaksa tutup bisnes. Ya Allah! Malunya muka…Puan Emma tak nak kembali hidup susah macam dulu, tak nak hidup kat rumah sempit, tak nak hidup dengan budget makan RM10.00 sehari, tak nak lagi naik skuter buruk dan makan asap setiap hari!

Dalam dia pening fikirkan jalan nak selesaikan hutang piutangnya…dia ternampak video Dr Azizan Osman lalu di laman Facebooknya. Dia pelik, “sapa mamat ni, tak pernah tahu pun?”  Dia belek-belek lagi laman Facebook Dr Azizan Osman, “ramainya orang datang program dia, dia ajar apa..?”  Dari situlah, Puan Emma mula tertarik hati nak tahu dengan lebih lanjut tentang Dr Azizan Osman.  Apatah lagi bila dia baca kisah-kisah kejayaan para peserta yang pernah hadir ke program Richworks.  Dari susah jadi senang, dari berhutang jadi lapang!

Itu yang memikat hati Puan Emma. Dia terjebak! Puan Emma tak nampak siapa lagi yang boleh bantu dia selesaikan masalah hutangnya.  Dia datang ke program Richworks dan terus belajar macam mana nak perbaiki bisnesnya dan macam mana nak perbaiki dirinya untuk menjadi usahawan yang berjaya. Dia jadi #AnakDidikDrAzizan yang komited belajar dan buat tindakan…

Alhamdulillah, tak lama lepas tu dia dah nampak hasilnya.  Sedikit demi sedikit hutangnya dah langsai.  Lega! Hidup dengan hutang bertimbun tak aman beb…nak tidur pun tak boleh! Hari raya baru-baru ni dia share dengan Dr Azizan Osman, tahun ni dia dah mampu raya dengan lebih baik, dah mampu beli dan tinggal di rumah yang lebih selesa.  Dah tak payah ke hulu dan ke hilir dengan skuter.  Kalau dulu bagi duit kat mak ayah RM30.00 je seminggu, sekarang dia dah boleh bagi mereka jumlah yang lebih besar.

Puan Emma pun dah makin terkenal.  Masuk majalah tu dah jadi perkara biasa.  Bukan setakat uruskan majlis perkahwinan artis tapi Wedding By Emma juga jadi pilihan Majlis Perkahwinan Di Raja.

Lagi mengenai artikel: Blog, Tip Motivasi dan Inspirasi, Video
 

Ruangan Komen

Hak Cipta Terpelihara 2017 © Richworks International Sdn. Bhd.
Open Chat
1
Close chat
Hello! Thanks for visiting us. Please press Start button to chat with our support :)

Start