Anda Berani 2013?

oleh Azizan Osman pada 03 Disember 2012

Berani Bertindak – Sharina Shahar

Berani 2013 - Dr Azizan Osman

Alhamdulillah segalanya telah berubah hanya dalam masa 12 bulan, selepas saya hadir sesi seminar oleh Mentor Usahawan Dr.Azizan Osman.

Sebelum ini, syarikat kami, Gaia Plas Sdn Bhd hanya fokus dalam industri pembuatan botol-botol ubat, untuk dibekalkan ke seluruh hospital dan klinik kerajaan di seluruh Malaysia. Walaupun sambutannya baik, namun kami masih lagi mencari-cari bagaimana untuk mengembangkan perniagaan sedia ada.

Masalah yang berlaku di sini adalah perasaan takut dan trauma yang menyelebungi diri. Kami pernah melalui banyak kegagalan serta kesilapan masa silam menghantui diri.

Kerana Berani, Kami Mencapai Impian Baru

Kami tidak berani untuk bertindak dan melakukan perkara yang lain daripada sebelumnya, bagi mengembangkan syarikat Gaia Plas.

Namun segalanya berubah selepas bertemu dengan insan yang dikenali sebagai Mentor Kejayaan No. #1 Malaysia, iaitu Dr. Azizan Osman.

Berbekalkan formula dan ilmu yang dikongsikan olehnya, kini syarikat Gaia Plas Sdn Bhd melangkah dengan lebih berani. Di mana kami membuat keputusan untuk menceburkan diri dalam bidang pengeluaran mainan di bawah jenama kartun terkenal iaitu Boboiboy.

Idea ini tercetus apabila melihat anak saya meminati rancangan televisyen kanak-kanak ini serta ia memperoleh sambutan yang hangat, dalam kalangan rakyat Malaysia. Bukan itu sahaja, malah jenama Boboiboy turut dipuja-puja di negara asia lain seperti Thailand, Indonesia dan Brunei.

Dahulu Ragu-ragu, Sekarang Tidak Lagi

Sebelum ini kami rasakan mustahil dan ragu-ragu untuk melangkah, kini tidak lagi. Berbekalkan ilmu, semangat, sistem perniagaan dan strategi yang dikongsikan oleh Dr. Azizan Osman melalui programnya, ia telah berjaya membuatkan syarikat Animonsta, iaitu organisasi yang bertanggungjawab dalam penghasilan rancangan televisyen Boboiboy bersetuju untuk menjadikan syarikat kami sebagai pengilang serta pengeluar rasmi patung permainan mereka.

Bukan itu sahaja, kami juga memperoleh sokongan penuh daripada stesen minyak terkemuka negara iaitu Petronas. Di mana mereka membenarkan syarikat kami untuk menjual patung mainan Boboiboy, di seluruh cawangan Kedai Mesra Petronas di seluruh Malaysia, termasuk Sabah dan Sarawak.

Selain daripada Boboiboy, Gaia Plas Sdn Bhd juga kini bertanggungjawab dalam penghasilan botol air di bawah jenama “Boboi”, peserta Maharaja Lawak yang diwakili oleh Afdlin Shauki dan Harun Salim Bachik.

Berani 2013 – Sertai dan Rasai Sendiri

Semua kejayaan yang berjaya dicipta ini tidak akan berlaku dengan izin Allah, serta bantuan ilmu dan strategi yang dikongsikan oleh Dr. Azizan Osman. Beliau berjaya melakukan transformasi terhadap perniagaan kami.

Ada sesetengah mereka yang takut untuk bertindak memperbaiki hidup mereka, nasihat saya kepada mereka, mereka perlu berani, apatah lagi setelah mereka hadir program Dr.Azizan nanti, Insya-Allah keberanian mereka akan datang lebih tinggi lagi untuk mencapai impian mereka.

Dari sebuah organisasi yang mempunyai ketakutan untuk berkembang, kini kami melangkah dengan penuh berani.

Saya setuju dengan apa yang Dr.Azizan selalu kongsikan, lebih 90% kejayaan seseorang adalah bergantung kepada berapa berani mereka bertindak, tetapi mereka mestilah berani belajar dari mentor yang telah berjaya.

Bagi saya, Dr.Azizan merupakan usahawan dan jutawan yang bukan sahaja telah berjaya membina lebih 15 buah perniagaan dalam pelbagai industri.

Tetapi dia adalah seorang yang “gila” kerana jarang saya berjumpa ada usahawan yang telah berjaya yang mahu berkongsi ilmu,dan pengalamannya dalam membina perniagaan mereka serta komited membantu lebih lebih 250,000 orang dalam masa yang singkat.

Anda perlu berani menuntut ilmu dari beliau!

Pastikan anda hadir program edisi khas 2013 ditaja 100% oleh Richworks dengan mendaftar di www.Berani2013.com

Lagi mengenai artikel: Tip Motivasi dan Inspirasi, Tip Perniagaan
 

Responses

  1. MARIAM BINTI SALLEH 04 Disember 2012, 9:41 am (#)

    SAYA DAN SUAMI SUDAHPUN REGISTER UNTUK BERSAMA DR AZIZAN PADA SEMINAR BERANI 2013 .SAYA DAN SUAMI MEMANG BERANI NAK JOINT SEMINAR INI.
    PERTANYAAN SAYA SELEPAS SEMINAR INI ADAKAH KAMI AKAN DIBIMBING DAN DIAJAR SETERUSNYA OLEH DR AZIZAN ATAU PUN KAMI AKAN DIBIARKAN SENDIRI ? ORANG SEPERTI KAMI SENTIASA BERHADAPAN DENGAN KEGAGALAN OLEH ITU KAMI BERHARAP AGAR DR AZIZAN DAPAT BANTU KAMI BAGI MEMPERBAIKI KEHIDUPAN KAMI YANG AKAN DATANG .DR AZIZAN ADALAH MENTOR KAMI.

  2. shahrina 13 Disember 2012, 1:43 am (#)

    Oh patung Boboboi yang banyak terpapar di stesyen2 petronas tu dari company akak rupernya. Tahniah saya ucapkan kepada Gaia Plas Sdn Bhd kerana berjaya menerokai pasaran permainan Boboboi! Anak saya pun suka untuk memiliki merchandise itu.

    The right talent, the right market and the right mentor! :)

  3. ahmadzailanbinzainuddin 04 Januari 2013, 1:50 pm (#)

    verygood

  4. asnah binti ahmad 10 Januari 2013, 10:40 am (#)

    Assalamualaikum. Saya telah mendaftar BERANI 2013 pada 30hb Dec 2012 yang lalu. Tapi disebabkan suami saya mendapat kecelakaan semasa bermain bola sepak pada 29hb Dec 2012 saya tidak dapat menghadirkan diri pada sesi tersebut. Tapi saya ingin dapatkan adakah tarikh lain untuk BERANI seterusnya.

  5. Ida Maria 01 Mac 2013, 3:10 am (#)

    Saya dah join..memang Best!

Ruangan Komen

Hak Cipta Terpelihara 2014 © Richworks International Sdn. Bhd.