Anda Nak Jadikan Bisnes Berjaya Macam Mood Republik? Baca 7 Nasihat Dari Kimi Ini …

oleh Team Richworks pada 18 April 2017

mood-republik-nl

Rasanya saya tak perlu kenalkan jenama bisnes “Mood Republik” kepada anda. Anda sendiri lebih arif tentang jenama ini.

Untuk makluman anda, Mood Republik telah ditubuhkan oleh Wan Iskandar (Kimi) dan Yusri Ismail. Mereka berdua ini yang telah bersusah payah dari kosong mengembangkan jenama Mood Republik sehingga terkenal hari ini.

Saya tak mahu cerita panjang lebar tentang perjalanan dan latar belakang Mood Republik, yang saya ingin ceritakan adalah 7 nasihat Kimi berkaitan bisnes kepada anda. Beliau telah mencapai status “multi-jutawan”, jadi nasihat yang ingin dikongsikan ini merupakan nasihat yang bernilai jutaan ringgit.

Ini nasihat bernilai jutaan ringgit. Mungkin ianya akan membantu bisnes anda kelak.

Ok, ini 7 nasihat Kimi:

  1. Terlalu ramai usahawan yang asyik memikirkan stok. Berapa stok nak masuk ke dalam butik atau kedai, berapa stok nak ditambah dan sebagainya. Saya diajar oleh Dr Azizan, walau apa jua keadaan sekalipun dalam dunia ini, kita kena berpijak di bumi yang nyata. Pertama sekali, kita kena fikir adalah “Revenue”. Perlu fikir duit, berapa dapat dulu. Setiap kali Mood Republik diadakan, kami akan letakkan sasaran revenue. Kemudian baru kami fikir stok.
  1. Saya sangat pelik apabila usahawan hari ini tidak mahir tentang IT. Instagram pun tiada! Anda perlu berubah mengikut peredaran semasa dan perlu menembusi semua pasaran di dunia ini. Ada 7 saluran yang anda kena tahu – Twitter, FB Ads, emel, blog, Instagram dan YouTube Ads. Anda kena pandai IT!
  1. Offline marketing power. Ada peniaga yang menggunakan billboard sebanyak 36 lokasi, memang terbaik. Mood Republik pun guna billboard. Begitu juga dengan sesetengah usahawan yang membayar sehingga puluhan ribu untuk slot berita 2 minit di TV tetapi Mood Republik dapat percuma. Rahsianya adalah, anda kena pandai buat Public Relations (PR). Teknik ini sangat power, ia akan create “brand awareness” bisnes anda.
  1. Keempat   yang   saya   perhatikan, peniaga-peniaga hari ini mempunyai reputasi yang tidak baik. Bad-relationship dengan ejen dan pelanggan. Mereka tak pandai menghargai pelanggan dan ejen. Dr Azizan pernah mencadangkan memberi hadiah kepada ejen paling tinggi jualan. Patutnya benda-benda begini ada dalam minda kita semua. Manusia akan kalah terhadap barangan percuma dan pujian. Mood Republik sentiasa memberi barangan percuma kepada semua pengunjung.
  1. Kuasa fokus! Semua orang perlu fokus tetapi ramai orang yang hilang ‘kuasa’ ini. Bulan pertama, tahun pertama, peningkatan semuanya menarik. 2015 meningkat 20%. Alhamdulilllah tetapi tahun 2016, sampai bulan ke-3 atau ke-4, ada orang ajak dia buat benda lain. “Kau kan jual baju, jom buat perabot pula. Untung 80%, kena labur RM2 juta.” Labur pula RM2 juta dan tidak tahu kesinambungan, tiada kepastian untuk bulan seterusnya tetapi berani buat keputusan. Itu adalah tindakan yang bodoh. Ini contoh orang yang tidak fokus!
  1. Power of Giving. Memberi bukan di dalam bentuk wang sahaja. Mulalah belajar memberi. Tanya diri sendiri, berapa banyak derma untuk kebaikan tahun lepas? Cuba tanya berapa anda belanja untuk amal?
  1. Yang terakhir, pencukaian. Kalau tak belajar dengan Dr Azizan, saya rasa sampai sekarang Mood Republik tak bayar cukai sebab tak tahu fungsinya. Berada di dalam lingkungan Dr Azizan membuatkan saya sangat bersyukur tentang subjek cukai ini.

Macam mana? Anda dapat belajar sesuatu daripada nasihat seorang multi-jutawan ini? Apa yang Kimi kongsikan ini merupakan antara ilmu-ilmu yang beliau pelajari di program IMKK (Intensif Magnet Kekayaan dan Kejayaan).

Di IMKK beliau bukan sahaja dapat pelajari ilmu untuk berniaga, malah beliau juga dapat pelajari ilmu-ilmu bagaimana untuk menarik kejayaan, kekayaan, kesihatan, kebahagiaan dan keberkatan ke dalam hidup beliau.

Soalan: Adakah anda ingin berjaya seperti Kimi? Berjaya bukan dari segi bisnes sahaja, malah berjaya dari segala aspek kehidupan?

Kami tahu anda boleh berjaya macam Kimi atau anda mungkin akan lebih berjaya dari beliau. Nak lebih berjaya anda kena ada 3 aspek ini:

  1. Ilmu
  2. Sistem
  3. Tindakan

Tindakan pertama anda hari ini adalah layari laman web ini www.azizanosman.com/imkk/april2017/ . Layarinya sekarang ya!

Untuk makluman anda, Program Intensif Magnet Kekayaan & Kejayaan (IMKK) akan berlangsung pada 29 April – 1 Mei 2017 ini. Kimi telah hadir program IMKK ini, dan anda sendiri boleh nampak hasil kejayaan beliau. Kami mahu anda pun berjaya seperti Kimi!

Layari www.azizanosman.com/imkk/april2017/

P/s: Kami ada menyediakan “TAWARAN SPECIAL” untuk anda. Tawaran ini sangat TERHAD, ianya akan ditutup dalam masa terdekat ini.

Lagi mengenai artikel: Blog, Tip Motivasi dan Inspirasi
 

Ruangan Komen

  • Percuma! Dapatkan 50 Idea Pemasaran Luarbiasa Disini

  • Maklumat Anda Selamat Bersama Kami.

  • Post Terkini
  • Sertai Alumni Dr. Azizan Osman (Facebook)
  • Kategori
Hak Cipta Terpelihara 2017 © Richworks International Sdn. Bhd.
Open Chat
1
Close chat
Hello! Thanks for visiting us. Please press Start button to chat with our support :)

Start