Apa Ada Pada Spider-Man: Homecoming

oleh Team Richworks pada 08 July 2017

Spider-Man, dari kecil hingga besar kita dah biasa dengar kisah superhero unik ini yang mendapat kuasa selepas digigit labah-labah. Kita juga dah hafal jalan ceritanya, bagaimana dia terinspirasi untuk menjadi hero masyarakat setelah pakciknya sendiri terbunuh dalam kes rompakan dan meninggalkan Makcik May hidup keseorangan.

Siapa tak kenal Peter Parker. Seorang remaja yang dibesarkan oleh Pakcik dan Makciknya. Di sekolah, dia tidak berapa terkenal. Bergelut untuk menjadi lebih popular di kalangan pelajar-pelajar lain. Sehingga akhirnya dia digigit labah-labah dan menjadikan dia tiba-tiba memiliki kuasa luar biasa.

Itu cerita biasa. Versi Spider-Man dulu-dulu yang selalu kita tonton dan baca. Tapi kali ini, Spider-Man:Homecoming ada banyak perbezaan dan pengajaran. Tanpa perlu buka cerita bagaimana Peter Parker mendapat kuasa, tanpa perlu tonjolkan kisah bagaimana pakciknya dirompak dan dibunuh, Spider-Man:Homecoming bawa jalan cerita yang berbeza tapi dengan isi cerita yang masih sama.

Apa yang menarik, aksi Peter Parker lakonan Tom Holland bergelut dengan orang jahat Vulture lakonan Michael Keaton walaupun Spider-Man ketika itu tidak memakai suit khas, membuatkan kita tersedar, sebenarnya dalam diri setiap dari kita ada ciri-ciri ‘hero’ tersendiri. Anda tak perlu suit khas rekaan Tony Starks untuk jadi hero kepada diri anda sendiri.

Bila kita sedar matlamat dan tujuan utama kita mahu hidup luar biasa, ciri-ciri ‘hero’ yang tersembunyi akan bangkit dengan sendiri dan jadikan kita bertindak dengan lebih berani.

Spider-Man: Homecoming, adalah bukti, anda semua mampu menjadi hero kepada diri sendiri dan orang tersayang walaupun tanpa super power. Juga membuktikan bahawa, barang lama mampu kekal laku dalam pasaran selagi anda tahu nak ‘position’ dan marketkannya.

Mulakan langkah hero anda dengan menyertai Program Intensif Magnet Kekayaan & Kejayaan (IMKK).  Layari www.azizanosman.com/imkk untuk maklumat lanjut.

Lagi mengenai artikel: Blog, Tip Motivasi dan Inspirasi
 

Ruangan Komen

  • Percuma! Dapatkan 50 Idea Pemasaran Luarbiasa Disini

  • Maklumat Anda Selamat Bersama Kami.

  • Post Terkini
  • Sertai Alumni Dr. Azizan Osman (Facebook)
  • Kategori
Hak Cipta Terpelihara 2017 © Richworks International Sdn. Bhd.
Open Chat
1
Close chat
Hello! Thanks for visiting us. Please press Start button to chat with our support :)

Start