Apa Usahawan Baru Perlu Buat Untuk Elakkan Sales Dari Merudum?

oleh Team Richworks pada 27 June 2018

“Saya dah buat macam-macam tapi sales tetap tak naik.”

“Semenjak pesaing baru muncul, sales saya semakin jatuh.”

Bisnes perlu ada peningkatan. Peningkatannya diukur dari jumlah sales yang diterima, berbanding jumlah kos yang dikeluarkan.  Adakah anda usahawan baru sedar tentang ke mana hala tuju bisnes anda? Dalam bisnes hanya ada dua jalan utama.  Samada meningkat ke atas, atau merudum ke bawah.  Mana satu yang anda nak?

Ramai usahawan tak perasan samada bisnes mereka mula merudum.  Mereka hanya sedar bila mereka tak buat duit dan mereka tak mampu nak bayar kos. Usahawan baru selalunya tak mahir lagi dengan urusan bisnes. Perniagaan yang mereka jalankan juga mungkin tak ada sistem. Kami nak share dengan anda 7 perkara usahawan baru seperti anda perlu buat sebelum sales merudum.

1) Setkan Sasaran Jualan

Jangan pandang ringan tentang target sales! Ada usahawan baru terjun ke dalam dunia bisnes dengan mentaliti nak cuba-cuba dulu. Mereka tak kisah dengan target sales dan berapa sales yang mereka buat setiap hari. Janji jual! Janji laku!

Sepatutnya anda perlu ada target sales atau berapa jumlah sales yang anda nak capai setiap hari, setiap minggu, setiap bulan dan setiap tahun. Dan untuk capai setiap target, anda perlu tahu berapa banyak yang anda perlu belanja setiap kali mereka kunjungi kedai anda.

2) Rekodkan setiap jualan.

Sepatutnya usahawan baru ada perasaan yang sangat teruja setiap kali buat jualan. Dan, untuk pastikan anda capai sasaran jualan harian, mingguan, bulanan dan tahunan anda perlu rekod setiap jualan yang anda buat. Jika anda ada agen, anda juga perlu rekod berapa sales yang anda buat melalui agen, jika melalui offline dan online anda juga perlu rekodkannya.

Dari sales yang anda rekodkan setiap masa, anda boleh fikirkan dan cari jalan bagaimana nak capai target jualan anda. Contohnya, jika dah sampai tengahari dan anda belum capai separuh dari target sales harian anda, apa yang anda perlu buat ialah cari jalan seperti buat promosi untuk galakkan pelanggan membeli.

3)  Rancang teknik marketing yang nak digunakan

Anda perlu tahu apa teknik marketing yang anda nak gunakan untuk capai semua target sales anda.  Dalam setiap kempen pemasaran yang anda lancarkan, anda mesti jelas tentang berapa anda nak capai dan dalam tempoh masa berapa lama.  Anda juga perlu rekodkan teknik marketing apa yang bagus dan berjaya bantu anda capai target dan mana yang kurang bagus dan boleh diperbaiki.

4) Bina jenama sebaiknya.

Pilih nama ‘jenama’ yang terbaik.  Cipta logo dan tagline bisnes anda dan binalah jenama anda sekuatnya. Buat apa saja yang murah dan mudah yang anda boleh gunakan untuk naikkan jenama.  Anda boleh cuba teknik buat live video dan teknik story writing di Media Sosial.

Yang penting, apa saja yang anda buat untuk membina jenama bisnes anda, perlu konsisten dan ada komitmen.  Tak guna juga kalau setakat buat sekali sekala je dan harapkan impak yang besar.

5) ‘Engagement’ dengan pelanggan yang sedia ada.

Kadang-kadang kita sibuk nak mencari pelanggan baru sehingga kita tak sedar kita dah ada ramai pelanggan yang pernah berurusan dengan kita.  Kita abaikan mereka dan kita tak hubungi mereka langsung.

Bagaikan melepaskan emas dalam genggaman. Pelanggan yang dah pernah berurusan dengan kita adalah harta terbaik perniagaan.  Kita boleh buat ‘marketing campaign’ untuk ajak mereka datang kembali berurusan dengan kita, mereka boleh datang dan beli lebih banyak atau mereka boleh datang dan ajak kawan-kawan mereka sekali.  Ini dah boleh bantu tingkatkan ‘sales’.

Apa yang penting ialah kita ada database  asas mereka seperti , nama, nombor telefon dan alamat emel.

6) Kongsikan lebih banyak testimoni

Bila nak tingkatkan ‘sales‘, cara paling mudah untuk meyakinkan orang ramai dengan produk kita ialah dengan berkongsi ‘result’ atau hasil yang dicapai oleh orang yang telah menggunakan produk anda atau kita panggil sebagai testimoni.

Semakin banyak testimoni yang dikongsi, semakin tinggi tahap keyakinan orang ramai ke atas produk dan bisnes anda. Kadang-kadang, dengan testimoni sahaja anda dah boleh tarik minat dan perhatian orang lain.  Melalui testimoni, orang ramai dapat kaitkan masalah apa yang mereka ada dan bagaimana produk anda boleh bantu selesaikan masalah tersebut.

7) Jadikan diri lebih ‘advance’ dari pesaing.

Selalunya usahawan baru sangat takutkan persaingan.  Mereka takut pesaing akan buat tindakan yang lebih berhasil berbanding mereka.  Hanya satu cara untuk pastikan anda lebih ‘advance’ dari pesaing  iaitu dengan anda pastikan anda ada ilmu yang lebih ‘advance’ dari pesaing.  Pastikan, pesaing tak tahu lagi tentang teknik pemasaran terkini, ilmu bisnes terkini atau teknologi terkini berkaitan produk.

Ini akan menjadikan anda lebih ke hadapan berbanding pesaing anda.

Lagi mengenai artikel: Blog, Tip Motivasi dan Inspirasi, Tip Pemasaran Bisnes
 

Ruangan Komen

Hak Cipta Terpelihara 2017 © Richworks International Sdn. Bhd.
Open Chat
1
Close chat
Hello! Thanks for visiting us. Please press Start button to chat with our support :)

Start