Apa Yang Istimewanya Selasa, 16 Mei 2017?

oleh Team Richworks pada 13 May 2017

guru-16mei

Selamat Hari Guru!

Cikgu, Ustaz, Teacher, Lao Shi, Madam, dan Sir. Macam-macam lagi gelaran untuk para pendidik yang digunakan. Kalau boleh disenaraikan, pasti berjela nama mereka yang telah begitu banyak menabur bakti, berkongsi ilmu dan nasihat sepanjang perjalanan hidup kita.

Guru tidak terhad pada mereka yang berada di institusi pendidikan sahaja. Guru adalah sesiapa yang bermurah hati memberikan segala apa yang mereka ketahui untuk dikongsi. Guru itu adalah universal. Anda punya kakak atau abang yang mengajar anda menunggang basikal? Anda punya rakan yang berkongsi ilmu matematik mudah? Anda punya mentor yang berkongsi tips kehidupan atau apa sahaja dengan anda? Atau mungkin anda punya ibu yang mengajar segala-galanya sejak dari anda buka mata sampai mereka tua?

Siapa pun mereka, yang baik mereka kongsikan, mereka layak menerima penghargaan ini. 16 Mei setiap tahun diabadikan untuk memperingati jasa-jasa mereka yang berkongsi ilmu dengan kita. Bukan hanya hari ini saja, tetapi lebih kepada untuk meraikan secara lebih global dan besar-besaran. Sebenarnya, setiap hari juga adalah hari guru. Jika anda tak tahu, gurulah yang bekerja non stop 365 hari selain daripada ibu!

Minda mereka ligat sahaja memikirkan apa lagi yang boleh mereka berikan pada anak didik mereka. Dan sebagaimana yang anda faham, minda bekerja 24 jam sehari! Wow. Sampai begitu sekali ke guru berkorban untuk kita? Meskipun mereka sedang bercuti, beriadah, atau apa sahajalah, minda dan ingatan mereka pasti ada terputar pada anak didik.

Pengorbanan waktu, tenaga dan usaha mereka janganlah disia-siakan. Ambillah setiap apa yang mereka kongsikan, sematkan dalam jiwa dan fikiran kita, serta jadikan amalan. Semoga apa yang mereka kongsikan itu menjadi pahala yang mengalir deras buat mereka sehingga hari akhirat.

Dan semoga kami juga, terus istiqamah untuk berkongsi ilmu- ilmu yang kami ada kepada anda semua. Diharapkan agar manfaatnya sentiasa diperturunkan antara generasi dan disebarkan pada setiap insan. InsyaAllah.

Sudahkah anda ucapkan Selamat Hari Guru pada guru-guru anda? Ambillah peluang dan ucapkanlah. Sungguh itu sahaja pun sudah boleh membuatkan hati mereka gembira dan rasa dihargai. Dan di sini, kami turut mengambil peluang untuk mengucapkan Selamat Hari Guru kepada semua guru di dunia dan semoga Tuhan merahmati anda!

Lagi mengenai artikel: Blog, Pengumuman
 

Ruangan Komen

  • Percuma! Dapatkan 50 Idea Pemasaran Luarbiasa Disini

  • Maklumat Anda Selamat Bersama Kami.

  • Post Terkini
  • Sertai Alumni Dr. Azizan Osman (Facebook)
  • Kategori
Hak Cipta Terpelihara 2017 © Richworks International Sdn. Bhd.
Open Chat
1
Close chat
Hello! Thanks for visiting us. Please press Start button to chat with our support :)

Start