Asas Kewangan Yang Hebat Penentu Strategi Terbaik Syarikat Anda

oleh Team Richworks pada 27 April 2018


Kenapa ramai orang pening-pening kepala fikirkan soal akaun dan kewangan syarikat yang asyik tak terurus? Cuak sahaja selalu bila dengar LHDN nak buat lawatan mengejut, atau tidur malam tak lena sebab tak pasti GST perlu buat ke tak perlu, atau paling haru, betul ke tidak akaun yang aku buat ni?

Soal ‘berat-berat’ ni mungkinlah anda rasa berbaloi nak fikir. Tapi, kalau soal syarikat jenis apa perlu diguna untuk bisnes pun anda masih keliru dan ragu, sah, anda perlu rela untuk disekolahkan oleh #sexyaccountant Jerry Rizal! Jerry paling marah kalau anda tak ambil kisah dan tak tahu hal-hal sebegini. Tambah lagi bila syarikat buat duit cuma atas kertas saja! Kertas duitnya entah ke mana!

Ketua syarikat yang baik dan hebat bukan saja tahu buat duit, tapi juga tahu ke mana duit itu pergi dan dibelanjakan, selain tahu cara untuk simpan dan beranakkan duit dengan cara yang sah. Berniaga paling minimum 3 tahun sahaja tempoh yang sepatutnya untuk lihat peningkatan demi peningkatan dari segi keuntungan dan pelebaran sayap syarikat. Jika lebih dari itu, anda adalah hamba pada syarikat anda.

Jerry akan kembali lagi Mei ini bersama modul Entrepreneur Foundation Program (EFP) beliau yang memang tak boleh disangkal lagi sangat membantu usahawan mengelakkan kebocoran-kebocoran wang syarikat, melipat gandakan keuntungan syarikat dengan sistematik dan teratur dan banyak lagi hal berkaitan kewangan syarikat.

Sesuai namanya, EFP adalah asas yang perlu dikuasai oleh kesemua ahli bisnes, tak kira lama atau baru agar perniagaan yang dijalankan mencapai matlamat yang diharapkan.

Bersama Tuan Hj Jerry Rizal ini nanti, anda perlu bersedia mental dan fizikal selain emosi kerana anda pasti akan bagai dibelasah dengan ‘kesalahan’ anda sendiri. Siapa lagi yang mampu untuk ‘menegur’ kesilapan anda bila anda sudah bergelar Tuan Besar pada bisnes anda?

Lagi lewat anda selia, semak dan selaraskan perihal akaun syarikat, lagi susah untuk anda bendung ketirisan yang berlaku dalam syarikat. Ambil langkah segera supaya anda tak lagi perlu termimpi-mimpi mengejar pencuri wang syarikat, mahupun menyorok di balik pintu setiap kali pihak berkuasa yang berkenaan hadir untuk membuat audit dan semakan syarikat anda.

Setkan dan lapangkan diri anda pada 25-27 Mei 2018 di Ideal Convention Centre (IDCC), Shah Alam nanti dan kosongkan gelas untuk terima ilmu yang bakal ubah pandangan dan kedudukan kewangan syarikat anda menjadi lebih hebat dari sekarang.

Lagi mengenai artikel: Blog, Tip Perniagaan
 

Ruangan Komen

Hak Cipta Terpelihara 2017 © Richworks International Sdn. Bhd.
Open Chat
1
Close chat
Hello! Thanks for visiting us. Please press Start button to chat with our support :)

Start