Baca Ni! Ramai Orang Gagal Capai Matlamat Kerana Mereka Tak Pernah Serius Tulis Matlamat Mereka.

oleh Team Richworks pada 12 March 2018


Ada ramai yang bercerita kepada kami yang mereka baru pertama kali tulis matlamat di Program Intensif Magnet Kekayaan & Kejayaan (IMKK).  Dr Azizan Osman minta tulis 101 Impian tapi bila sampai nombor 30 je dah ramai yang stuck.  Ada yang terpaksa tiru impian orang lain, sebab dah tak ada idea nak tulis apa!

Tapi apa yang best bagi kami ialah, ramai juga yang share, selepas hadir IMKK, mereka tak perlu ambil masa lama untuk capai impian mereka.  Satu per satu impian yang dah ditulis mula di pangkah, satu per satu impian mula jadi kenyataan.

Dan, inilah yang buatkan kami rasa sangat gembira dan rasa nak bantu lebih ramai orang lagi untuk capai impian.

Untuk cabaran hari ke lapan selepas IMKK, kami nak minta anda untuk share dengan kami melalui cerita atau gambar apa matlamat pertama yang anda nak capai dan apa tindakan anda dah mula buat untuk mencapainya.

Ceritakan juga kenapa anda nak sangat capai matlamat anda ini, siapa pendorong anda? Apa Big Why anda.

Sepanjang kami adakan cabaran ini, kami rasa sangat gembira dan berterima kasih kerana anda sangat-sangat teruja untuk turut serta.  Nampaknya, semangat anda tak luntur walaupun IMKK dah seminggu berlalu.

Akhir bulan ni, kita akan berjumpa di Program Millionaire Marketing Mastery (MMM) pada 30 Mac – 1 April di Ideal Convention Center (IDCC) Shah Alam.  MMM sebenarnya adalah satu program yang dah banyak buatkan #AnakDidikDrAzizan mampu capai impian kerana dengan ilmu marketing yang betul, sales akan mula naik.

Kami pasti anda dah tak sabar nak hadiahkan sesuatu untuk orang yang anda tersayang, bayangkan, jika anda bersungguh-sungguh buat tindakan selepas anda hadir ke IMKK dan MMM, dan pada Disember tahun ini anda dah boleh hantar ibu bapa menunaikan umrah.  Meremang bulu roma, bila kita fikirkan…

Tonton jap video sharing dari Abang Azrin Bengkel kereta ni.  Apa jadi kat bisnes bengkel beliau lepas hadir ke MMM. Bisnes bengkel yang dah nak padam tu kembali beroperasi dan buat duit selepas beliau buat tindakan berdasarkan ilmu MMM.

 

Lagi mengenai artikel: Blog, Tip Motivasi dan Inspirasi
 

Ruangan Komen

Hak Cipta Terpelihara 2017 © Richworks International Sdn. Bhd.
Open Chat
1
Close chat
Hello! Thanks for visiting us. Please press Start button to chat with our support :)

Start