Bagaimana Peserta IMKK Boleh Jadi Jutawan?

oleh Team Richworks pada 11 September 2017

 

Tapi, menjadi jutawan bukan proses satu hari.  Kami dapati ada untuk menjadi jutawan ada beberapa perkara yang anda perlu lakukan, dan perlu lalui.  Dan setelah kami tinjau mereka yang pernah hadir ke Program Intensif Magnet Kekayaan & Kejayaan (IMKK), kami nak kongsikan dengan anda 5 perkara yang dah bantu mereka jadi jutawan, dalam masa yang lebih pantas.  Baca selanjutnya di sini.

1) Tahu ‘figure’ yang nak dicapai dengan jelas.

Ada orang nak jadi jutawan, tapi tak tahu berapa jumlah yang beliau nak buat samada dalam kerjaya atau perniagaan mereka dan bila tarikh mereka nak capai.  Contoh, ada beza orang yang nak capai RM1juta dalam tempoh 10 tahun akan datang dengan RM1 Juta tahun depan.

2) Tahu cara nak capai apa yang diimpikan

Ramai orang memang ada banyak impian.  Ada ‘bucket list’.  Ada yang siap buat diari khas, koleksi gambar khas.  Tapi, mereka tak tahu di mana titik permulaannya untuk mereka mulakan usaha.  Mereka tak tahu cara bagaimana?  Lepas ni nak buat apa?  Ini akan buatkan lebih mudah proses mereka.

3) Tahu kenapa mereka nak jadi jutawan.

Menjadi jutawan bukan semata-mata nak tunjuk kat orang lain.  Atau, untuk suka-suka, tapi mesti ada sebab yang sangat kuat sebagai ‘push factor, untuk anda buat tindakan.

4) Buat tindakan dengan pantas.

Mereka yang pernah hadir ke IMKK dan kini dah jadi jutawan akan buat tindakan segera, sebaik sahaja habis IMKK.  Tindakan mereka adalah berasaskan ilmu yang mereka dapat.  Dan, untuk lancarkan tindakan, mereka sentiasa pastikan ada ilmu terkini dan upgrade ilmu yang mereka ada supaya boleh bantu mereka ke step seterusnya.

5) Ada bimbingan dari orang yang dah berjaya

Ini penting. Bila kita jumpa seorang yang dah pernah lalui kesusahan dan cabaran hidup, dan mereka dah berjaya atasinya, dan berjaya capai impiannya, serta sanggup pula kongsikan cara-cara beliau berjaya, apa formulanya, apa tindakan yang mereka buat, kita sepatutnya jangan lepaskan peluang untuk terus berguru dari mereka.  Lebih-lebih lagi jika mereka dah bantu ramai orang lain yang pernah ada situasi hidup yang bermasalah, yang susah yang penuh cabaran dan berjaya ubah hidup mereka menjadi jauh lebih baik.

Ini apa yang kami dapat dari mereka yang pernah hadir ke Program IMKK dan dah berjaya jadi jutawan dengan tindakan berterusan dan ilmu yang sentiasa di upgrade.  Kami percaya, ini juga boleh bantu anda capai semua impian.

 

Lagi mengenai artikel: Blog, Tip Motivasi dan Inspirasi, Tip Perniagaan
 

Ruangan Komen

  • Percuma! Dapatkan 50 Idea Pemasaran Luarbiasa Disini

  • Maklumat Anda Selamat Bersama Kami.

  • Post Terkini
  • Sertai Alumni Dr. Azizan Osman (Facebook)
  • Kategori
Hak Cipta Terpelihara 2017 © Richworks International Sdn. Bhd.
Open Chat
1
Close chat
Hello! Thanks for visiting us. Please press Start button to chat with our support :)

Start