Bebelan Yang Berisi – Jerry Rizal.

oleh Team Richworks pada 18 August 2017

 

I enjoy membebel untuk bagi orang faham topik cukai, GST, accounting dan finance yang sangat payah nak faham dalam dunia  ni, bukan I nak menakutkan tapi I nak bagi tahu you all situasinya. Dah lah sistem cukai kat Malaysia ni antara yang paling mencabar untuk difahami.

This is my passion sebenarnya! Bila I mati, I harap adalah juga sebahagian dari anda yang pernah datang kelas I,  sedekahkan Al-Fatihah untuk I. Dan dari yang sebahagian tu mungkin ada doa-doanya makbul nanti..

And, I bukan orang yang senang nak bercakap di depan orang ramai.  Sekarang dah OK sikit.  Kalau dulu, I tak kuasa!

Bila I fikir-fikir balik, apa yang I nak buat dengan ilmu dan pengalaman I kerja kat luar negara, kerja macam nak mati kirakan duit orang, uruskan cukai kompeni besar-besar  untuk apa sebenarnya?  Supaya I boleh berkongsi ilmu dan pengalaman tu dengan anak bangsa I sendiri, yang I tahu sangat ramai yang tak tahu apa-apa. Pandai buat bisnes tapi tak pandai nak uruskan segala benda…menjual je tahunya!

Sebenarnya I bangga, lihat ramai yang dah mula berniaga. Tak kiralah berniaga kat pasar malam ke atau kat mana-mana, tapi yang penting I nak tengok ramai orang yang berniaga dan buat dengan cara yang betul, ada pengurusan akaun yang betul, faham dengan jelas tentang setiap aspek perniagaan, tahu apa nak dibuat dengan keuntungan supaya boleh bina lebih banyak kewangan, dan sebab itulah I sanggup berdiri dan membebel sepanjang 3 hari di Enterpreneur Foundation Program (EFP).

Alhamdulillah, dengan rezeki yang Allah bagi, I sebenarnya dah tak perlu buat tu semuanya.  Tapi I buat atas rasa tanggungjawab.  I kesian tengok ramai peniaga, berniaga susah-susah, tapi tak buat untung  banyak lepas tu, masih terkais-kais dan struggle nak uruskan bisnes, accounting semua ke laut, apatah lagi nak guna untung untuk pelaburan, langsung tak tahu apa-apa, sebab tu I sanggup  buat semuanya.

Bila baca feedback dari mereka yang hadir ke Entrepreneur Foundation Program  (EFP) yang diadakan baru-baru ini, I rasa penat I berdiri dan membebel selama 3 hari tu hilang macam tu je.

Ada yang cakap ilmu yang I share sangat power, Alhamdulillah itu semua Allah bagi, ada yang bagi tahu content workbook yang diberikan sangat hebat.  Sebab tu  kami tak panggil dia workbook tapi kami panggil ‘buku teks’, bukan senang jugak nak buat benda tu!

Ada juga yang cakap, “J ajar tax dan akaun sangat mudah faham, dulu belajar kat sekolah tak faham-faham!” Ye, sebab I bukan cikgu, I ajar ikut pengalaman dan ilmu yang I dapat all the way.

I seronok bila dapat tahu ada ramai peserta yang hadir dah mula faham tentang accounting perniagaan, cukai, GST, dan banyak perkara lagi so mereka boleh profail kan perniagaan mereka ni, cantik-cantik dan memudahkan mereka nak bina lebih banyak kekayaan dengan melabur di tempat yang sepatutnya.

Kita perlu kaya bukan untuk kita, tapi untuk bantu lebih ramai orang lain supaya boleh lah jadi bekal amal sikit bila kita dah tak ada. Lagipun I nak sedarkan masyarakat, bila berniaga tanggungjawab you untuk tunaikan hak bayar cukai dan GST, tanggungjawab you untuk jalankan perniagaan sebaiknya dengan penuh amanah supaya tak kena soal siasat kat sana nanti.

Jika ada yang rasa nak jumpa I, InsyaAllah nanti I ada kelas basic GST and Tax Talk with Jerry Rizal pada 30 September 2017 di Wisma Richworks, Seksyen 13 Shah Alam.  Boleh layari www.richworks.my/gtt atau hubungi office di 1 300 88 2424.

I tak sabar jugak nak jumpa you dan dengar apa lagi masalah bisnes yang boleh I bantu. InsyaAllah.

Lagi mengenai artikel: Uncategorized
 

Ruangan Komen

  • Percuma! Dapatkan 50 Idea Pemasaran Luarbiasa Disini

  • Maklumat Anda Selamat Bersama Kami.

  • Post Terkini
  • Sertai Alumni Dr. Azizan Osman (Facebook)
  • Kategori
Hak Cipta Terpelihara 2017 © Richworks International Sdn. Bhd.
Open Chat
1
Close chat
Hello! Thanks for visiting us. Please press Start button to chat with our support :)

Start