Berapa Jauh Anda Sanggup Pergi Untuk Perniagaan Anda? Ke Bulan Bintang Atau Ke Laut Dalam?

oleh Azizan Osman pada 13 June 2017

Sejauh mana anda sanggup pergi untuk perniagaan anda? Hingga ke dasar lautan Pasifik? Atau hingga ke bulan? Anda pasti? Kenapa anda berhempas pulas mengerah keringat demi perniagaan anda? Apa matlamat anda sebenarnya?

Banyak lagi persoalan kalau nak ditanya. Tapi cukuplah dahulu. Sejauh mana? Apa matlamat asal anda berniaga? Adakah untuk keluar dari kepompong hidup yang tak bebas? Atau adakah kerana anda mahu menjadi problem solver bagi ramai orang?

Jika anda tahu apa matlamat asal anda berniaga, anda pasti tahu juga ke mana anda sanggup pergi demi perniagaan anda. Matlamat menjadi punca utama jalan pilihan anda. Semakin kukuh dan kuat matlamat yang anda pilih, semakin jelas jalan anda. Sebab itu persoalan apa BIG WHY anda sangat dominan dalam mana-mana bidang yang diceburi.

Bayangkan jika hidup tanpa goals, dreams and vision. Anda cuma akan berlegar di satu tahap kehidupan saja. Tiada niat untuk meningkat apa lagi menurun. Anda selesa. Dan selesa itu adalah perkara terakhir yang patut anda rasa jika anda seorang usahawan.

Tak selesa bukan bererti tidak bersyukur. Tidak selesa bererti anda sentiasa mahukan peningkatan dalam hidup. Dari berbaju ketat ke baju longgar. Dari sedekah RM1 ke sedekah RM100. Dari tidur sepanjang malam ke tahajud sepertiga malam. Hidup ini sentiasa perlukan peningkatan. Dari segi jasmani, rohani dan emosi.

Perniagaan akan ada pasang surutnya. Sekejap di atas, ada pula sekejap macam tertindas. Sekejap popular, sekejap lagi ‘dipetik’ orang yang gilakan populariti. Bagaimana anda nak tangani setiap satu situasi jika sistem emosi dan ilmu anda masih ditakuk yang sama?

Jika perniagaan anda sedang dalam fasa penurunan, ambil nafas dalam-dalam. Lihat balik satu-satu mana cabang yang mungkin reput. Cari balik formulasi untuk menyihatkan atau apa solusi terbaik? Simpan atau buang dan ganti baru?

Pemasaran, anda sanggup belajar dengan mendalam dan faham untuk dapatkan hasil yang mantap dan terbaik atau anda hanya sanggup cekup saja mana-mana yang anda nampak bagus, nampak cantik, nampak elok dan anda pakai? Celup-celup silap hari bulan anda yang terlingkup. Belajar, faham dan buat memang lebih sukar berbanding celup, cekup dan ikut. Pilihan pertama tentulah lebih kos dan lebih masa diperlukan. Pilihan kedua pasti lebih senang dan singkat masanya.

Tapi sebagai seorang usahawan, yang membawa nama dan diri sendiri , mahupun orang lain atau sebagai pekerja juga, anda seharusnya punya mentaliti dan integriti yang lebih baik lagi. Bukan mentaliti kelas bawahan. Atau integriti senipis kulit bawang.

Sejauh mana anda sanggup pergi untuk perniagaan anda? Bertunjuk ajar bersama mentor, coach, senior, atau berlagak sombong kata “Ah, aku dah tahu. Cuma masa je tak sebelahi aku.” Anda berani salahkan masa pula. Berguru takkan pernah rugi. Setiap hari ilmu berganti baru. Siapa kata berniaga tahun 1990-an sama jalannya dengan berniaga alaf 2000? Sedangkan makan sahur lauk sama hari-hari pun anda bosan bukan?

Perniagaan itu sentiasa berubah. Apa yang anda lalui 5 tahun yang lalu, tidak akan sama dengan apa yang anda bakal lalui 5 tahun akan datang. Jadi, sentiasa top-up ilmu dan cara anda. Sentiasa upgrade integriti dan mentaliti anda. Sentiasa up-to-date pada pasaran yang meminta.

Sejauh mana anda sanggup pergi untuk perniagaan anda? Berhabis duit, masa dan tenaga memperbaiki sistem, menambah staff, memperhalusi taktikal, mencanang nama, menimba ilmu dan pengetahuan?

Sejauh mana anda pergi, berbalik pada sekuat mana keinginan anda untuk capai matlamat. Semak balik apa matlamat asal anda, semak balik KENAPA anda buat apa yang anda sedang lakukan. InsyaAllah anda akan tahu jawapan ‘sejauh mana anda sanggup pergi untuk perniagaan anda.’

Lagi mengenai artikel: Blog, Tip Motivasi dan Inspirasi
 

Ruangan Komen

  • Percuma! Dapatkan 50 Idea Pemasaran Luarbiasa Disini

  • Maklumat Anda Selamat Bersama Kami.

  • Post Terkini
  • Sertai Alumni Dr. Azizan Osman (Facebook)
  • Kategori
Hak Cipta Terpelihara 2016 © Richworks International Sdn. Bhd.
Open Chat
1
Close chat
Hello! Thanks for visiting us. Please press Start button to chat with our support :)

Start