Berniaga Itu Sunnah

oleh Azizan Osman pada 13 October 2015

bajet-2016

#Bajet2016 #prebudget2016

Saya percaya mudah-mudahan Perdana Menteri dan pihak kerajaan akan buat apa yang penting untuk perbaiki keadaan dan persepsi ekonomi Malaysia.

Saya tidak berminat tentang sebarang komen politik. Saya bercakap tentang cadangan saya jika ia didengari.

Latihan membina usahawan especially bumiputera perlu diperbaiki dan diajar oleh mereka yang memang run business serta terbukti berjaya melatih ramai orang untuk business. Latihan berniaga perlu dibuat untuk mereka yang bekerja dan ingin membina perniagaan supaya ia menjadi satu usaha berterusan dan sistematik membina lebih ramai usahawan yang berjaya. Dan ia adalah antara cara paling pantas untuk meningkatkan pendapatan bumiputera dan seluruh rakyat Malaysia selain dapat menyediakan lebih banyak peluang pekerjaan.

Bangsa lain lebih jauh ke hadapan dan menguasai ekonomi serta perniagaan.

Kita?

Kerajaan boleh sediakan semua jenis dana untuk bantu usahawan, ia usaha yang bagus tetapi kunci penting sebelum itu adalah membina mentaliti dan sikap keusahawanan yang betul serta dibimbing oleh mentor usahawan yang terbukti berjaya dengan formula yang berjaya. Kita ada pelbagai pihak sediakan dana pinjaman atau bantuan perniagaan, tetapi kita perlu penyelarasan latihan yang betul dan terbukti berkesan. Nak bina usahawan bukan di atas kertas atau sekadar pandai buat RP (Rancangan Perniagaan) berjela. Itu sentiasa nampak cantik dan huntung.

Bagaimana lecturer di universiti nak ajar tentang business jika mereka tidak pernah run business apatah lagi run business yang berjaya?

Dan di Malaysia, bukan sesiapa boleh sesuka hati nak mengaku usahawan dan jutawan ok. Sekejapan sahaja Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) akan buat “ziarah” ke rumah dan office untuk check jika tiada rekod pembayaran cukai yang betul dan sesuai dengan apa yang di claim.

Ini fakta.

Bangsa saya perlu bangkit untuk membina perniagaan dan jangan fikir nak berniaga dengan modal yang besar atau banyak. Atau keturunan kita fokus nak makan gaji kerja kerajaan sebab nak loan 4%.

Memang akan ada yang cakap, kalau semua berniaga siapa nak beli. Sebab itu bangsa kita lebih suka jadi pembeli dan ramai yang berniaga bukan bangsa kita kan?

#AzizanOsman
Berniaga Itu Sunnah.

Lagi mengenai artikel: Blog, Tip Motivasi dan Inspirasi, Umum
 

Ruangan Komen

  • Percuma! Dapatkan 50 Idea Pemasaran Luarbiasa Disini

  • Maklumat Anda Selamat Bersama Kami.

  • Post Terkini
  • Sertai Alumni Dr. Azizan Osman (Facebook)
  • Kategori
Hak Cipta Terpelihara 2016 © Richworks International Sdn. Bhd.
Open Chat
1
Close chat
Hello! Thanks for visiting us. Please press Start button to chat with our support :)

Start