Berniaga Kalau Tak Ada Untung, Itu Namanya Sedekah

oleh Team Richworks pada 16 January 2018

Tapi anda mesti kena faham, sedekah dan berniaga adalah dua perkara yang sangat berbeza. Kenapa anda bersedekah dan kenapa anda berniaga boleh jadi sama tapi beza langkah dan caranya. Itu baru pasal berniaga tapi jadi macam sedekah. Ada lagi berniaga, kaya dan raya tapi hanya atas kertas. Angka bukan main tujuh lapan sembilan. Tapi hakikatnya dalam bank kosong, dalam poket berhabuk. Betul?

Ada lagi, berniaga, berduit, tapi semuanya hasil kerja sendiri. Ada staf ramai, gaji bayar setiap bulan, insentif bagi setiap tahun, tapi yang memikirnya tetap anda. Yang hantar barang, pos barang, kutip duit anda juga. Itu namanya pusat kebajikan ke? Lagi sedih, perniagaan nampak maju, orang kenal, jualan habis, tapi masih di takat itu juga angkanya. Asyik merungut saja pelanggan, barang hot tapi bila nak, tak ada.

Anda ni berniaga apa sebenarnya? Cam berniaga buluh kasap, hujung hilang pangkal lesap. Mengerjakan sesuatu tanpa tahu cara yang betul, hanya akan mendatangkan kerugian pada diri sendiri betul?

Itulah situasi sebenar, dan biasa bagi semua usahawan di mana-mana sekalipun. Puncanya bila tak tahu apa yang mereka patut tahu.

Jika berniaga bersama rakan kongsi, perjanjian hitam atas putih kena lengkap, rangkanya kena cermat. Skop kerja kena tepat, padat dan menyeluruh. Barulah pembahagian tugas berjalan lancar dan manfaat anda sebagai pemilik bisnes dan dia sebagai rakan kongsi terpelihara.

Jika anda berniaga dan ada pekerja atau staf, anda kena pandai hargai mereka jika mahu mereka setia dengan anda. Dan juga tahu nak kawal mereka, bukan bagi pijak kepala. Perjanjian, surat tawaran, caruman KWSP, Socso, dan banyak lagi hal berkaitan anda kena tahu. Macam mana nak temuduga, apa kriteria yang anda nak, apa yang anda nak elak, semua kena dalam kepala. Bukan main ambil dan gajikan. Kalau salah langkah, anda yang botak kepala. Gaji jalan, kerja tak beres. Ini hal berkaitan pengurusan sumber manusia, atau bahasa lainnya, HR (Human Resource).

Balik pada cerita buat duit. Anda penat seharian nak buat duit, nampak duitnya ada tapi untungnya tiada. Di sini konsep margin yang anda kena faham dan kira. Berani letak harga. Buat duit tapi duitnya hilang – itu semua kena jaga nafsu berbelanja. Belanja sendiri tak boleh ambil wang syarikat. Belanja syarikat tak boleh suka hati dan boros. Kemudian hal buat duit sentiasa, untung ada, tapi barang selalu tak ada. Ini bersangkut dengan banyak benda – pengurusan, produksi dan lain-lain hal, yang mesti anda nak kena master. Aliran tunai penting bagi perniagaan. Anda nak bina profil yang bagus di mata bank dan pelabur supaya anda dapat lebih banyak peluang membesarkan bisnes. Jika berniaga tapi tak besar, tak berkembang, itu rugi.

Kepentingan jenama? Siapa kata jenama tak penting tu maksudnya anda belum ada ilmu yang mendalam tentang perniagaan. Kena balik, muhasabah diri dan ulangkaji ilmu MMM yang telah dipelajari.

Semua situasi di atas ni, ramai yang dah dapat jawapannya di Entrepreneur Foundation Program bersama Tuan Jerry Rizal baru-baru ini. Seramai lebih 1,000 orang peserta yang telah berkumpul di IDCC Shah Alam telah dapat manfaatnya di perkongsian Tuan #sexyaccountant kita sepanjang 3 hari dari 12-14 Jan 2018.

Bila berniaga, kena yakin nak minta duit pelanggan. Kena pandai jual nilai produk dan perkhidmatan. Perlu ambil berat dan jadi cerewet. Bukan cerewet melampau-lampau tapi anda perlu jadi teliti. Jangan sampai poket bocor. Berniaga dengan pasangan, anda kena pandai pula asingkan hal peribadi, dan hal syarikat. Kalau tak tahu, silap hari bulan, syarikat runtuh, pelamin anganku musnah pula. Nauzubillah.

Di EFP, Tuan Jerry kongsikan ilmu yang boleh bantu anda untuk minimakan kos, minimakan masalah dan maksimakan untung. Sesi branding pula akan ajar peserta tentang pemilihan warna yang baik dan berbagai aspek lagi yang boleh bantu naikkan jenama syarikat. Tuan Azul, Pengarah Kreatif ABC Mediaworks berkongsi ilmu dan pengalaman beliau dalam salah satu segmen EFP. Ada ramai usahawan ada produk bagus tapi branding hancus menyebabkan ianya nampak kurang berkualiti dan tak sesuai dengan target pelanggan anda. Malah, penampilan diri turut menjadi asbab pelanggan lari atau mari.

Topik paling hangat, isu akaun, cashflow, percukaian dan GST yang membelenggu setiap inci sudut minda peserta. Ianya mudah tapi ramai yang dimomok-momokkan dengan kesan-kesan yang sebenarnya minimal dan boleh diatasi. Yang penting, cukai dan GST jangan elak, jangan lari sebab itu akan bantu perniagaan anda untuk maju lagi dan lagi.

“Bisnes macam setengah mati, pusing-pusing benda sama setiap hari. Tapi tak ada hasil, sebab anda bina bisnes tanpa ada matlamat nak capai apa, tak ada pengurusan …” – Jerry Rizal

Elakkan jadi hamba pada bisnes, urus bisnes dengan baik, bina untung, beri manfaat dan lebih kebaikan pada diri, keluarga dan ramai orang lain. Jangan lupa EFP yang seterusnya. Nantikan maklumat kemaskini di page kami.

Sebelum terlupa, tahniah dan syabas pada semua peserta yang hadir kali ini. Harapnya ilmu yang ditimba diaplikasikan menjadi tindakan.

Sila layari  www.richworks.my/efp/ untuk mendaftar ke program EFP April akan datang.

Lagi mengenai artikel: Blog, Tip Perniagaan
 

Ruangan Komen

Hak Cipta Terpelihara 2017 © Richworks International Sdn. Bhd.
Open Chat
1
Close chat
Hello! Thanks for visiting us. Please press Start button to chat with our support :)

Start